《Akademi Putra Hari Terasing [Malays]》 Chapter 01 Pembukaan HARI PERTAMA Nama aku Hazrul, seorang pelajar sekolah rendah dengan bakat istimewa dalam sukan lari. Aku tak pernah menyangka bahawa bakat ini akan membawa aku ke jalan yang berliku, penuh cabaran dan keputusan besar. Pagi itu, langit cerah, dan aku melangkah keluar dengan penuh semangat. Selepas sarapan ringkas, aku bergegas ke sekolah. Semuanya terasa menyenangkan; angin sepoi-sepoi yang menemani langkahku menguatkan keyakinanku. Setibanya aku di sekolah, sahabatku Alia menyambutku dengan senyuman ceria dan berkata, "Haz, kau patut sertai acara lumba lari! Aku dah daftarkan nama kau!" Aku terkejut tapi gembira; lari memang sesuatu yang aku gemari, dan peluang ini terasa sempurna. Hari itu, aku pulang dengan rasa bangga ingin berkongsi berita ini dengan ibu bapa. Namun, suasana rumah sunyi, hanya dipenuhi suara pertengkaran antara ibu dan ayah tentang sekolah menengah yang patut aku masuki. Aku berundur, masuk ke bilik dan menutup telinga, cuba untuk tidak mendengar. Di antara harapan mereka yang bertentangan, aku terasa hilang. Pada hari perlumbaan, aku berlari dengan segenap tenaga. Langkahku laju, angin terasa mendesir di telinga. Akhirnya, aku sampai di garisan penamat sebagai juara! Dalam kegembiraan itu, aku menerima sepucuk surat ¨C sebuah jemputan ke sekolah elit, Akademi Putra. Aku membawa surat itu ke kelas dan bertanya kepada Alia, ¡°Apa itu Akademi Putra?¡± Alia terpana, ¡°Haz, itu sekolah paling hebat! Kau sangat bertuah!¡± Kegembiraanku memuncak, namun aku tahu ini akan mempengaruhi keluargaku. Di rumah, aku tunjukkan surat itu kepada ayah. Ayah tersenyum bangga, ¡°Hazrul, ini peluang luar biasa! Akademi Putra adalah sekolah yang terbaik.¡± Namun, ketika ibu mengetahui perkara ini, dia membantah dengan keras. "Aku mahu dia dekat, bukan di sekolah yang jauh itu," tegas ibu. Perbualan mereka berubah menjadi perbalahan. Akhirnya, aku tak tahan lagi. ¡°Ayah, Ibu, izinkan Haz buat keputusan,¡± kataku tenang. Mereka terdiam, dan aku menyatakan keputusanku, ¡°Haz ingin pergi ke Akademi Putra. Ini peluang yang jarang ditemui.¡± Walaupun sedih memikirkan asrama yang jauh dari keluarga, aku yakin inilah pilihan terbaik. Dengan penuh harapan, aku pun bersiap untuk memulakan langkah baru di sekolah yang menjanjikan masa depan yang hebat. Hari yang mendebarkan akhirnya tiba ¨C hari pendaftaran di Akademi Putra. Ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak mereka hingga ke pagar. Dari sana, setiap pelajar harus melangkah sendiri menuju ke dewan besar, tempat berlangsungnya pendaftaran. Aku merasakan sedikit debar, tetapi juga teruja; inilah langkah pertamaku ke alam baru. Sambil berjalan, aku memerhatikan suasana sekitar. Pelajar-pelajar lain yang berbakat melangkah dengan yakin di sampingku, semuanya menuju ke arah yang sama. Bangunan tinggi yang kukuh berdiri megah, dan halaman luas yang menghijau di hadapan dewan menambah kesan bahawa ini adalah sekolah impian. Hatiku berdegup kencang dengan rasa bertuah dan bangga. Setibanya di dewan, aku terpaku seketika. Di dinding, tergantung carta-carta pelajar cemerlang dari tahun-tahun terdahulu. Aku tertarik pada kisah seorang pelajar dari kelas 2A, yang digambarkan sebagai pelajar yang gigih dan berprestasi tinggi. Inspirasi menyelinap ke dalam hati; aku bertekad untuk menjadi seperti mereka. Aku terus ke meja pendaftaran, mengisi namaku dengan penuh rasa bangga. Setelah selesai, aku bergerak ke papan tanda yang memaparkan senarai kelas untuk melihat di mana aku akan ditempatkan. Rasa ingin tahu bercampur debaran menyelubungi diri. Ini bukan sekadar pendaftaran biasa; ini adalah langkah pertama menuju masa depanku. Ketika aku berjalan menuju dewan, tiba-tiba aku terlihat seorang pelajar yang nampak sangat pendiam. Nama pada tanda di bajunya tertulis ¡°Saifu.¡± Aku cuba menyapanya, namun dia hanya diam dan terus berjalan tanpa mempedulikan sapaanku. Ada sesuatu yang aneh pada dirinya, tapi aku tak sempat mendalami lebih lanjut, kerana sejurus itu, suara pengumuman mengarahkan kami semua, pelajar baru, untuk berkumpul di dewan bagi upacara pembukaan. Aku melangkah masuk ke dewan yang luas, terpukau dengan saiz dan kemegahannya. Ramai pelajar sudah mencari tempat duduk masing-masing, dan aku pun mula mencari tempat dudukku. Setelah mencari-cari, akhirnya aku menemukan satu tempat kosong dan duduk dengan rasa tenang, meski suasana sekitar terasa asing. Aku memandang sekeliling, menyedari bahawa ramai pelajar di sini datang dari pelbagai negara. Tiba-tiba, perasaan ganjil menyelubungiku. ¡°Apakah ini takdirku?¡± aku terfikir, menundukkan kepala seketika. Rasa bangga tadi bercampur dengan sedikit resah di hati, namun aku tahu aku perlu kuat. Tidak lama kemudian, bunyi loceng bergema, menandakan majlis telah bermula. Satu demi satu ucapan disampaikan oleh guru dan kakitangan sekolah. Lama-kelamaan, aku mula hampir terlelap, terbuai dengan suara-suara yang bergema di dewan itu. Tiba-tiba, suara lembut menyapaku dari sebelah. ¡°Ini hari pertama awak juga, kan?¡± tanya seorang pelajar perempuan. Aku tersentak sejenak, lalu tersenyum dan menjawab, ¡°Ya, ini hari pertama saya di sini. Awak pun sama, kan?¡± Dia tersenyum dan tergelak kecil, memperkenalkan dirinya sebagai Atirah. Katanya, dia gemar pada perkara-perkara yang misteri. Percakapan kami mula menghilangkan rasa resah di hatiku, dan aku berasa sedikit lega ada seseorang yang mungkin boleh menjadi kawan dalam suasana yang baru ini. Kami terus berbual ringan sepanjang majlis berlangsung, berkenalan dan berkongsi harapan serta rasa teruja. Kami terus berbual dan bergelak ketawa sehingga tidak sedar bahawa upacara sudah berakhir. Tiba-tiba, pengetua menyampaikan satu amaran tegas kepada semua pelajar: dilarang sama sekali memasuki ruangan gelap di Blok 7. Kononnya, ada mitos tempat itu berhantu, dan kejadian-kejadian aneh kerap berlaku di sana. Mendengar itu, Atirah tersenyum nakal dan membisikkan ajakan kepadaku, ¡°Jom kita pergi tengok nanti?¡± Aku tersenyum balas, merasa teruja tetapi juga sedikit bimbang. ¡°Mungkin nanti kita boleh pergi¡ itupun kalau ada peluang,¡± balasku sambil tertawa kecil. Aku tidak pasti sama ada aku benar-benar berani atau hanya mencuba untuk menghiburkan Atirah. Selepas itu, tiba masanya untuk sesi pemilihan rakan sebilik. Pengetua memberitahu, pemilihan ini akan mengikut arahan sekolah, jadi kami perlu menunggu nama dipanggil satu persatu. Aku menunggu dengan sabar, berdebar mendengar nama pelajar lain yang dipanggil untuk mengambil kunci bilik mereka. Tidak lama kemudian, seorang pelajar perempuan maju ke hadapan. Penampilannya agak aneh; pakaiannya berkedut, wajahnya kelihatan pucat, dan dia seolah-olah membawa aura misteri. Rakan sebiliknya yang menerima kunci bersamanya nampak agak berhati-hati, seperti meragui sesuatu. Aku tertanya-tanya, mungkin memang begitu caranya, atau ada sesuatu yang lebih mendalam di sebalik sikap dan penampilannya. Akhirnya, giliranku tiba. Aku melangkah ke hadapan dan mendengar nama rakan sebilikku disebut: Aiman! Tanpa disangka, dia adalah rakan sekelasku sewaktu sekolah rendah dulu. Kami berpandangan dengan rasa teruja dan serentak mengangguk sambil tersenyum. "Tak sangka kita satu bilik lagi," katanya dengan senyum lebar. Aku merasa sangat gembira, dan aku dapat melihat kegembiraan yang sama terpancar di wajah Aiman. Ini benar-benar permulaan yang baik di sekolah ini. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik asrama, rasa ingin tahuku tak tertahan. Aku terus bertanya kepada Aiman tentang pelajar perempuan misteri yang kami lihat semasa sesi pemilihan rakan sebilik tadi. Aiman hanya tersenyum sambil berkata, ¡°Entahlah, Hazrul. Mungkin memang dia begitu, atau mungkin ada sesuatu yang lain.¡± Jawapannya yang samar-samar membuatkan aku semakin berfikir tentang pelajar itu. Selepas berbual, aku memutuskan untuk menjelajahi kawasan sekolah. Aku berjalan-jalan mengelilingi Akademi Putra, menemui pelbagai tempat menarik yang ada di sekitar sekolah. Beberapa sudut sekolah begitu indah, dengan landskap yang rapi dan suasana yang tenang. Namun, aku juga terjumpa beberapa kawasan yang jelas dihalang dengan tanda amaran, tempat-tempat yang dilarang dimasuki ¨C salah satunya adalah Blok 7, seperti yang diingatkan oleh pengetua tadi. Dalam perjalanan pulang ke asrama, aku terserempak dengan seorang budak perempuan bernama Anita. Tanpa banyak bicara, dia tiba-tiba memegang tanganku dan mengheretku ke sebuah tempat yang kelihatan agak terpencil di dalam sekolah. Aku sempat kebingungan, namun rasa ingin tahu mendorongku untuk mengikuti langkahnya.If you encounter this story on Amazon, note that it''s taken without permission from the author. Report it. Setibanya di sana, Anita membuka pintu dan memperkenalkan aku kepada beberapa orang lagi pelajar yang menantinya di dalam bilik itu. Mereka adalah ahli sebuah kelab yang bernama Kelab Misteri ¨C sebuah kumpulan yang didedikasikan untuk menyelidik dan memahami hal-hal aneh yang sering berlaku di akademi ini. Salah seorang daripada mereka menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti mereka, yang melibatkan penyiasatan peristiwa pelik dan misteri yang dikatakan sering terjadi di sekitar sekolah. Mereka nampaknya sangat berminat untuk merekrut aku sebagai ahli baru kelab mereka. Namun, aku dengan sopan menolak pelawaan tersebut. Walaupun mereka mencuba memujuk dan malah memaksa dengan pelbagai cara, aku tetap bertegas untuk tidak menyertai kelab tersebut. Suasana di situ semakin tegang, dan aku merasa tidak selesa. Akhirnya, tanpa banyak bicara, aku mengambil peluang untuk melarikan diri dari mereka, cepat-cepat meninggalkan bilik itu dan kembali ke asrama. Perasaan resah mulai muncul. Pengalaman hari pertamaku di sekolah ini sudah terasa pelik dan penuh tanda tanya. Aku tak pasti apa lagi yang menantiku, tapi satu yang aku tahu ¨C Akademi Putra bukanlah sekolah biasa. Selepas menghela nafas lega, aku memutuskan untuk berehat sejenak di perpustakaan. Suasananya tenang, sesuai untuk melepaskan lelah selepas pelbagai peristiwa yang aku alami hari ini. Ketika sedang mencari tempat duduk, aku terperasan pelajar aneh yang aku lihat sewaktu pendaftaran tadi. Kali ini, dia sedang membaca buku yang kelihatan agak menyeramkan ¨C tentang jelmaan. Rasa ingin tahu mula menerpa. Aku mendekatinya, ingin tahu lebih lanjut tentang pelajar ini yang masih menjadi tanda tanya bagiku. Aku menyapanya dengan senyuman kecil dan bertanya, ¡°Siapa nama awak?¡± Dia mengangkat kepalanya sedikit dan menjawab, ¡°Nama saya Anis.¡± Nada suaranya perlahan, hampir berbisik. Aku memberanikan diri bertanya lagi, ¡°Kenapa awak selalu kelihatan¡ pelik?¡± Dia mengerutkan dahi dan menatapku dengan pandangan tajam. ¡°Apa maksud awak dengan perkataan pelik?¡± jawabnya ringkas, seolah-olah kurang senang dengan soalanku. ¡°Ye lah,¡± aku menerangkan dengan lebih hati-hati, ¡°Sejak pertama kali saya nampak awak, saya mula rasa ada sesuatu yang aneh. Sebenarnya, apa yang berlaku dengan awak ni?¡± Dia menghela nafas pendek dan menjawab perlahan, ¡°Saya cuma elakkan diri daripada bertegur sapa.¡± ¡°Kenapa?¡± tanyaku, semakin ingin tahu sambil memikirkan kemungkinan masalah yang dihadapinya. Dia hanya menggeleng perlahan. ¡°Takde apa¡ dan awak takkan faham,¡± katanya, nada suaranya seolah-olah cuba menutup sebarang perbualan lanjut. Aku kemudian memperkenalkan diriku kepadanya. Namun, dia nampaknya tidak begitu berminat untuk meneruskan perbualan atau pun mengenaliku lebih jauh. Balasannya ringkas dan dingin, seperti dia lebih selesa dalam kesendirian. Perasaan ingin tahu masih bersisa, namun aku memilih untuk tidak mendesaknya lagi. Ada sesuatu tentang Anis yang masih kabur dan penuh misteri, dan aku tertanya-tanya apa rahsia yang disimpannya. Selang beberapa waktu, setelah menghabiskan masa di perpustakaan, aku pun melangkah keluar. Hampir saja aku memegang tombol pintu, Anis tiba-tiba bersuara, ¡°Hati-hati di mana awak melangkah kerana mereka tahu dan sentiasa memerhatikan awak.¡± Aku terhenti dan menoleh ke arahnya, rasa ingin tahu merasuk fikiranku. ¡°Apa maksudnya?¡± tanyaku, berusaha untuk memahami maksud kata-katanya. Dia bangun dari tempat duduknya, kelihatan sedikit gelisah. ¡°Takde apa,¡± jawabnya ringkas, sebelum meletakkan semula buku yang dibacanya dan mengambil buku yang lain. Rasa anehnya semakin kuat, dan aku pun meninggalkannya dengan perasaan yang bercampur baur. Memang, dia seorang yang sangat misteri. Memandangkan masih ada banyak masa sebelum kelas bermula esok, aku tidak berpuas hati hanya dengan pengalaman hari ini. Aku masih ingin menjelajah lebih jauh di sekitar Akademi Putra kerana ada banyak tempat yang belum aku kunjungi. Dalam perjalananku, aku terjumpa satu kawasan lapang yang kelihatan seperti kawasan pembinaan. Terdapat papan tanda yang menulis, ¡°Projek Latihan Psikologi.¡± Aku berdiri di tingkat tiga, memandang papan tanda itu menerusi cermin. Rasa kagum menghampiri diriku melihat pembinaan yang sedang dijalankan. Ternyata, projek itu akan disiapkan dalam beberapa tahun yang akan datang. Namun, satu perkara yang mengganggu fikiranku adalah tujuan sebenar pembinaan tersebut. Apa yang akan dibina di situ? Kenapa ia dipanggil ¡°Latihan Psikologi¡±? Pertanyaan-pertanyaan itu berlegar-legar di dalam fikiranku, dan semakin mendalam rasa ingin tahuku terhadap misteri yang ada di Akademi Putra ini. Satu persatu tempat yang telah aku kunjungi dan orang yang aku temui. Dalam perjalanan, aku bertemu dengan rakan sebilik Anis. Kami berjalan ke taman, di mana para pelajar lain sedang bermain dan bersukaria. Suasana ceria itu menyenangkan, tetapi fikiranku masih terfokus kepada Anis. Aku bertanya kepada rakan sebiliknya, ¡°Siapa sebenarnya Anis?¡± Dia menjawab, ¡°Anis ialah seorang pelajar yang pelik. Dia memiliki masa silam yang teruk, dan setiap malam dia sering bermimpi tentang masa lalunya. Kejadian seperti apa pun saya tidak tahu, tapi setiap hari dia tertekan dengan orang di sekelilingnya. Saya masih tidak tahu apa masalah yang dia hadapi, tetapi saya ingin melihat dia gembira.¡± ¡°Bukan ke awak baru kenal dia hari ini?¡± soalan itu terkeluar dari mulutku, ingin mengetahui lebih lanjut. ¡°Awak tak tahu ke, sekolah ini memilih orang yang sama kelas masa sekolah rendah dulu. Sebab itulah saya boleh kenal dia. Lagipun, kami setahun lebih muda dari awak,¡± jawabnya. ¡°Betul juga kata awak,¡± fikirku, ¡°Patutlah aku boleh bertemu dengan Aiman.¡± Aku terus bertanya, ¡°Sebenarnya Akademi Putra ni memilih pelajar yang macam mana sehinggakan pelajar lain teringin memasukinya?¡± ¡°Akademi ni memilih pelajar yang berbakat dalam bidang tertentu, seperti ahli sukan, pemuzik, idola, dan pengatur cara. Ada di antara mereka masuk dengan tuah masing-masing, dan lain-lain lagi,¡± balasnya. ¡°Jadi, Akademi Putra adalah sebuah sekolah untuk orang yang berbakat sahaja?¡± tanyaku, ingin kepastian. ¡°Ya! Mirip dengan sekolah Akademi Mutiara Bersinar, tetapi sekolah tu dah tak wujud lagi,¡± katanya, seolah-olah ada cerita tersendiri di sebalik pernyataannya. ¡°Kenapa?¡± soalan itu meluncur keluar dari bibirku, teruja untuk mendengar lebih banyak. Dia tersenyum, tetapi wajahnya tampak ragu. ¡°Tak ada apa, saya nak masuk bilik dulu. Saya ada kerja nak dibuat,¡± ujarnya sambil berdiri dan bersiap untuk pergi. ¡°Siapa nama awak?¡± tanyaku cepat sebelum dia pergi. ¡°Nama saya Ika, Shafikah. Selamat berkenalan,¡± jawabnya, menoleh ke belakang sambil tersenyum padaku sebelum berjalan pergi. Aku berdiri di taman itu, memikirkan semua yang telah aku pelajari. Akademi ini ternyata menyimpan banyak rahsia dan kisah-kisah yang belum terungkap. Mungkin, seiring waktu, aku akan menemukan jawapan kepada semua persoalan ini. Dari sudut belakang, aku terdengar suara memanggil. ¡°Kau ni memang suka pada perempuan yang misteri, kan?¡± tanya seorang pelajar dari kelab Misteri. Suaranya mencuri perhatian aku, terutama dalam suasana senja yang mulai kelam. ¡°Sekolah ini memang penuh dengan misteri. Malah, sebelum Akademi Putra ini diciptakan, sudah banyak rahsia yang belum terburai. Apa tujuan pengasas sekolah ini pun aku masih tidak tahu. Aku teringin untuk memecahkan rahsia yang ada pada Akademi ini,¡± dia sambung, matanya bersinar penuh semangat. ¡°Sebab itulah kami tubuhkan sebuah kelab yang sesuai dengan namanya, Misteri. Tapi kami kekurangan orang. Sudikah kau turut serta dalam kelab kami?¡± Tanpa teragak-agak, aku menjawab, ¡°Aku dah katakan, aku tak nak! Tak naklah, kenapa kau pilih aku juga?¡± Suaraku sedikit meninggi, menandakan ketidakpuasan hati. Aku berjalan meninggalkan dia, perasaan marah semakin membara di dalam hati. ¡°Jika kau tidak sertai kami, mungkin kau tidak akan tahu apa-apa mengenai pelajar misteri yang kau jumpa itu!¡± dia membalas, suaranya masih jelas di telingaku. ¡°Yelah tu!¡± jawabku dengan nada sinis, tidak ingin melayan. Malam mula menjelma, dan matahari pun terbenam, meninggalkan langit dengan warna-warna kelam yang membawa pelbagai persoalan dan kegelapan. Perasaanku bercampur baur; ada rasa ingin tahu, tetapi juga kebencian terhadap keinginan mereka untuk melibatkan aku dalam kelab itu. Kenapa mereka begitu bersemangat? Apa yang sebenarnya mereka tahu tentang Anis dan misteri yang menyelubungi Akademi ini? Dengan fikiran yang bersimpang-siur, aku melangkah perlahan, berusaha untuk menenangkan hati yang tidak keruan. Mungkin ini bukan saatnya untuk melibatkan diri dalam perkara yang pelik. Namun, semakin aku cuba menjauhkan diri, semakin kuat rasa ingin tahuku terhadap segala misteri ini. Malam itu, aku berbaring di atas katil, menatap siling bilik yang gelap. Kata-kata Anis berulang-ulang di dalam fikiranku: ¡°Hati-hati di mana awak melangkah kerana mereka tahu dan sentiasa memerhatikan awak.¡± Apa maknanya? Kenapa dia berkata begitu? Dengan fikiranku yang tidak menentu, aku teringat pada buku yang dibacanya tentang jelmaan. Adakah dia tahu sesuatu yang aku tidak tahu? Aku terlelap dengan soalan-soalan itu berlegar-legar di dalam fikiran. Dalam mimpi, suasana berubah menjadi Majlis Hari Jadi Pengetua. Namun, keadaan sekelilingku sangat berbeza. Bukannya hiasan dan keceriaan, yang terlihat adalah api yang menjulang tinggi, membakar bangunan sekolah hingga ke akar umbi. Bau hangus memenuhi udara, dan jeritan orang ramai bergema, membuatkan jantungku berdegup kencang. Dalam kepulan asap, aku melihat wajah-wajah yang dipenuhi ketakutan dan kesedihan. Tiba-tiba, ketawa seorang pemuda misteri mengisi ruang yang kelam itu. Suaranya menembusi huru-hara, mencipta suasana yang menakutkan. Aku tidak dapat melihat wajahnya, tetapi tawa itu membuatkan bulu romaku meremang. ¡°Apa yang terjadi?¡± soalku dalam mimpi, tetapi tiada siapa yang mendengar. Api terus membakar, dan suara ketawa itu semakin menghampiri, seolah-olah mengejek ketidakberdayaanku. Catatan Maksud kata-kata Anis: Mungkin Anis ingin memberi amaran tentang sesuatu yang lebih dalam daripada yang aku sangka. Dia mungkin merasakan ada sesuatu yang tidak kena di Akademi ini, dan dia ingin aku berhati-hati. Dalam dunia yang penuh misteri ini, mungkin ada pihak-pihak tertentu yang sedang mengawasi kami, dan itu membuatkan aku semakin gelisah. Erti mimpi yang aku alami: Mimpi tentang majlis hari jadi pengetua yang disertai oleh api dan ketawa misteri mungkin melambangkan kebimbangan dan ketakutan yang terpendam. Api yang membakar sekolah mungkin menggambarkan ancaman yang lebih besar, sedangkan tawa pemuda misteri itu mungkin mencerminkan ketidakpastian dan rasa tidak berdaya terhadap situasi yang sedang berlaku. Mimpi ini mungkin juga menunjukkan bahawa ada rahsia besar di dalam Akademi Putra yang perlu aku selidiki, dan mungkin Anis tahu lebih banyak tentangnya daripada yang aku sangka. Ketika aku terjaga dari mimpi tersebut, rasa cemas mengisi ruang hatiku. Aku tahu, malam ini bukan sekadar malam biasa. Ada sesuatu yang sedang menunggu untuk dibongkar. Chapter 02 Bakat Dan Pengenalan HARI KEDUA Malam itu, aku berbaring di atas katil sambil memikirkan kata-kata Anis, ¡°Hati-hati di mana awak melangkah kerana mereka tahu dan sentiasa memerhatikan awak.¡± Apa maknanya? Kenapa dia membaca buku jelmaan yang misteri? Soalan-soalan ini berputar dalam fikiranku hingga aku terlelap. Dalam mimpi, suasana Majlis Hari Jadi Pengetua dipenuhi dengan api, sekolah terbakar, dan jeritan ramai yang mati. Di tengah kekacauan, kedengaran gelak tawa seorang pemuda misteri. Aku terbangun dari tidur dan melihat jam, yang sudah berbunyi tiga kali. Rupa-rupanya aku sudah terlewat untuk pergi ke kelas! Kelas akan bermula pada pukul 7.30 pagi, dan sekarang sudah pukul 7.15 pagi. Tanpa berlengah, aku cepat-cepat memakai pakaian dan berlari menuju ke kelas. Kelas aku adalah Kelas 1B, diatur mengikut angka tingkatan dan kepandaian dalam Akademi. Sesampai aku di kelas, aku ketawa sendiri, ¡°Rupa-rupanya akulah yang paling awal sampai.¡± Daripada duduk tidak berbuat apa-apa, lebih baik aku mengemas kelas. Namun, kelas nampaknya begitu bersih tanpa sampah. Selang beberapa waktu kemudian, seorang pelajar datang, rakan sekelas aku. ¡°Selamat pagi, awak pun menduduki kelas ini juga ye! Selamat berkenalan, saya ialah Mimi!¡± Dia kelihatan baik dan peramah. Aku pun berkenalan dengannya dan berbual sambil menunggu pelajar lain tiba. Satu demi satu pelajar datang. Ada yang mengantuk, bersemangat, pemalu, sombong, dan yang pelik. Mereka tampak mudah bergaul. Aiman pun datang, dan aku terkejut bila mendapati dia sekelas dengan aku juga. Kemudian, Saiful, si sombong, muncul dengan pakaian yang sangat kemas. Dia mungkin anak orang kaya. Dalam beberapa minit, semua pelajar telah hadir. Setelah itu, guru yang ditugaskan untuk mengajar kami pun tiba. Dia meminta kami memperkenalkan diri dan menyatakan bakat masing-masing. Di Kelas 1B, suasana menjadi ceria dan penuh semangat apabila setiap pelajar memperkenalkan diri dan berkongsi tentang bakat mereka. Masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri, dan perbualan yang terjalin menambah ikatan di antara mereka. Mimi, dengan senyuman ceria, memulakan sesi itu. ¡°Okay, semua! Mari kita bercerita tentang bakat kita. Saya suka mengemas! Saya selalu pastikan bilik saya sentiasa dalam keadaan teratur. Siapa lagi yang suka mengemas?¡± Kedengaran ketawa ceria dari Husnah. ¡°Saya suka memasak! Setiap kali saya di dapur, saya rasa seperti chef profesional. Masakan saya pun selalu menjadi kegemaran keluarga.¡± Dia melirik ke arah rakan-rakan sambil tersenyum, menunjukkan betapa bangganya dia dengan bakatnya. Aiman, seorang yang dikenal sebagai pembaca pantas, menyambung dengan penuh semangat. ¡°Saya pula suka membaca. Saya boleh habiskan satu buku dalam sehari! Tak kiralah novel atau buku ilmiah, semua saya hadap. Saya rasa membaca itu membuka minda.¡± Wajahnya bercahaya dengan kegembiraan setiap kali membicarakan tentang buku. Haikal, jurugambar kelas, menambah, ¡°Bagi saya, menangkap gambar itu seperti menangkap momen berharga. Saya suka merakam keindahan alam dan kehidupan seharian. Setiap gambar ada ceritanya tersendiri.¡± Dia menunjukkan beberapa gambar yang pernah diambilnya, membuatkan rakan-rakannya terpesona. Lili, dengan wajah penuh ilham, berkata, ¡°Saya suka mencipta lagu! Muzik adalah cara saya mengekspresikan perasaan. Setiap kali saya dapat ilham, saya terus tulis liriknya. Saya berharap dapat membuat album satu hari nanti!¡± Suaranya bersemangat, mencerminkan kecintaannya pada muzik. Syamin, yang mahir dalam kebudayaan, menjelaskan, ¡°Saya pula mahir dalam kebudayaan. Saya suka mempelajari adat dan tradisi yang berbeza. Mengetahui budaya orang lain membuatkan saya rasa lebih dekat dengan dunia.¡± Dia berhasrat untuk mengadakan acara berkaitan budaya di sekolah. Alif, peminat piano, berkata dengan penuh rasa, ¡°Piano adalah kegemaran saya. Setiap kali jari saya menekan kekunci, saya merasa tenang. Saya berangan untuk mengadakan konsert piano satu hari nanti.¡± Dia memainkan sedikit melodi di atas meja, dan semua terpesona. Aku pelari terpantas dalam kelas, menyatakan, ¡°Kalau bercakap tentang pelari terpantas, saya lah orangnya! Saya suka berlari dan mewakili sekolah dalam pertandingan. Rasa seperti terbang bila berlari!¡± Atifah, peminat seruling, menambah, ¡°Saya peminat seruling! Saya sering berlatih setiap hari. Bila bermain seruling, saya rasa seperti berada dalam dunia lain.¡± Suaranya lembut tetapi bersemangat, mencerminkan cintanya pada muzik. Isabella, yang memiliki minat dalam perkara ghaib, dengan nada penuh misteri, berkata, ¡°Bakat saya adalah dalam perkara ghaib. Saya suka mempelajari misteri dan hal-hal yang tidak dapat dilihat. Saya percaya ada banyak rahsia di sekeliling kita.¡± Rakan-rakan mula menoleh dengan rasa ingin tahu. Dayana, perawat sekolah yang cantik, menyatakan, ¡°Sebagai perawat, saya suka membantu orang lain. Saya ingin menjaga dan memberi sokongan kepada sesiapa yang memerlukan. Kesihatan mental dan fizikal itu penting!¡± Rakan-rakannya mengangguk setuju, terinspirasi oleh hasratnya. Amiliya, anak pengetua, dengan yakin menyatakan, ¡°Saya seorang anak pengetua, tetapi itu bukan satu-satunya bakat saya. Saya suka menguruskan acara dan menjadualkan aktiviti. Semua orang kata saya pandai merancang.¡± Dia tersenyum bangga dengan kemampuan organisasi yang dimilikinya. Kai, seorang programmer muda, berkata dengan penuh semangat, ¡°Saya seorang programmer. Saya suka mencipta aplikasi dan permainan. Dunia digital sangat menarik, dan saya ingin memberi impak melalui coding!¡± Kelas menjadi teruja dengan kemungkinan aplikasi yang dapat dihasilkan. Setelah sesi perkenalan itu, semua pelajar kelihatan teruja mendengar tentang bakat masing-masing. Mereka berasa lebih akrab dan bersedia untuk menghadapi cabaran baru bersama. Mimi memecah keheningan, ¡°Wow! Rasa macam kita semua ada potensi besar. Tak sabar nak tengok apa yang kita boleh capai bersama!¡± Aiman dengan wajah ceria menjawab, ¡°Ya, dan siapa tahu, mungkin kita boleh bekerjasama untuk projek kelas yang menarik nanti!¡± Husnah menyambut dengan gembira, ¡°Setuju! Kita semua mempunyai bakat unik. Mari kita saling membantu untuk mengasah bakat masing-masing!¡± Kelas 1B berasa meriah dengan gelak tawa dan perbincangan tentang kemungkinan-kemungkinan yang ada, menandakan permulaan persahabatan yang hebat. Mereka bersetuju untuk mengadakan sesi berkumpul seterusnya untuk merancang aktiviti yang melibatkan bakat masing-masing, menjadikan kelas kami bukan hanya tempat belajar, tetapi juga platform untuk berkembang bersama. Selepas sesi perkenalan selesai, tiba-tiba seorang pelajar datang lewat. Dia ialah Alia. ¡°Maaf saya terlewat.¡± ¡°Tak mengapa, awak boleh duduk. Sebelum itu, perkenalkan diri awak dan bakat awak,¡± tanya guru. ¡°Nama saya Alia, seorang penjinat haiwan. Selamat berkenalan semua.¡± Aku memandangnya dengan rasa hairan. Tiga orang dari sekolah lamaku telah terpilih untuk Akademi ini. Aiman, yang sudah pun jatuh hati pada Alia, tidak henti-henti tersengih. Dalam hati, aku berfikir tentang perjalanan yang akan kami lalui di sini. Setiap individu yang ada di dalam kelas ini pasti menyimpan cerita dan rahsia mereka sendiri. Apa yang akan terjadi seterusnya? Ketika surat pemilihan kelab diedarkan, suasana di Kelas 1B menjadi lebih meriah. Semua pelajar kelihatan teruja memilih kelab yang mereka minati. Alia, dengan senyuman di wajahnya, menoleh ke arahku dan bertanya, ¡°Kelab apa yang awak berminat?¡± Aku menggaru kepala sambil berfikir. ¡°Saya tidak peduli dengan kelab apa asalkan ianya menyeronokkan,¡± jawabku. Alia mengangguk, seolah memahami keinginanku untuk mencuba sesuatu yang baru dan menarik. Kebanyakan pelajar di sekelilingku memilih kelab yang sesuai dengan bakat masing-masing. Lili mendaftar untuk kelab muzik, di mana dia berhasrat untuk menyanyikan lagu-lagu hasil ciptaannya. Husnah, sudah tentu, memilih kelab memasak, teruja untuk belajar resipi baru dan berkongsi masakannya dengan rakan-rakan. Aiman mendaftar untuk kelab buku, ingin terlibat dalam perbincangan dan analisis novel. Setiap pelajar seolah-olah mempunyai impian dan matlamat tersendiri, dan kelab-kelab tersebut hampir penuh dengan ahli. Guru memberi kami tempoh selama tiga hari untuk membuat pilihan kelab, dan aku masih lagi terfikir-fikir kelab apa yang sesuai untukku. Fikiranku melayang kepada kelab lumba lari, namun ketika aku melihat senarai, aku menyedari bahawa sudah terlalu ramai yang menyertainya. Aku tidak ingin bersaing dengan ramai orang. Waktu rehat bermula dengan riuh rendah suara pelajar berbondong-bondong menuju ke kantin untuk menikmati makanan. Namun, fikiranku masih terperangkap dalam kebuntuan tentang kelab mana yang patut aku sertai. Dalam pencarianku, aku terjumpa Saifu yang kelihatan termenung memandang sesuatu di arah pembinaan. Aku tidak memperdulikannya dan meneruskan langkahku. Di satu sudut, aku terpandang papan tanda yang terpampang dengan tulisan "Silalah Sertai Kelab Kami!" dengan lukisan yang kelihatan ceria dan kebudak-budakan. Rasa ingin tahuku semakin membara. Tiba-tiba, pintu kelab terbuka dengan kuat dan seseorang menolak aku dari belakang. Aku berpaling dan mendapati Anita, orang yang sama pernah menawarkan aku untuk menyertai kelab ini semalam. ¡°Maafkan saya Hazrul!¡± katanya sambil tersenyum. Anita menambah, ¡°Mari, saya tunjukkan apa yang hebat tentang kelab ini!¡± Rasa ingin tahuku mendorongku untuk bertanya, ¡°Apa yang hebat tentang kelab ini?¡± Anita tersenyum lebar. ¡°Baik, kelab ini berfokus kepada memecahkan misteri-misteri di sekolah ini. Kami ingin mencari jawapan kepada soalan-soalan yang mungkin kamu tidak pernah fikirkan. Biarkan saya perkenalkan ahli-ahli kami!¡± Dia menunjuk ke arah seorang pemuda. ¡°Ini ialah Azmi.¡± ¡°Aku kenal kau! Kau yang menegurku semalam di taman, bukan?¡± tanyaku, menyedari bahawa dia memang sama. ¡°Ya, betul. Selamat berkenalan!¡± jawab Azmi, menyambut tanganku dengan senyuman. ¡°Dan ini pula Atirah,¡± Anita meneruskan.Unauthorized use: this story is on Amazon without permission from the author. Report any sightings. Atirah menambah, ¡°Ya, kita pernah bertemu di dewan. Seronok dapat jumpa lagi!¡± Anita kemudian menarik perhatian kepada seorang gadis lain. ¡°Dan pengasas kelab ini ialah Amiliya, anak pengetua.¡± Amiliya datang menghampiri kami. ¡°Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu?¡± Suaranya tenang tetapi ada sedikit ketidakpedulian dalam nada bicara. ¡°Rupanya kita semua berada dalam kelab yang sama,¡± kataku, merasa agak terkejut. Walaupun aku dan Amiliya rakan sekelas, kami tidak pernah berbual dengan rapat. Aku terfikir, adakah dia benar-benar berminat dengan kelab misteri ini, atau adakah dia hanya ikut-ikutan? Amiliya tersenyum sedikit. ¡°Ya, saya suka mencari jawapan kepada misteri. Sekolah ini banyak menyimpan rahsia, dan saya ingin mengetahuinya.¡± Rasa ingin tahuku semakin mendalam. ¡°Apa jenis misteri yang kita akan selesaikan?¡± tanyaku, mulai merasakan semangat untuk menyertai kelab ini. ¡°Banyak perkara yang kita boleh eksplor. Seperti tempat-tempat yang tidak pernah kita jelajahi, atau cerita-cerita lama yang berlegar di kalangan pelajar. Kami bercadang untuk mengumpul maklumat dan mungkin menyelesaikan beberapa kes yang menarik,¡± Azmi menjelaskan dengan penuh semangat. Setelah mendengar penjelasan mereka, aku mula merasakan bahawa mungkin kelab ini adalah tempat yang sesuai untukku. Bukan sahaja ia akan menjadi pengalaman baru, tetapi juga peluang untuk membentuk persahabatan yang lebih erat dengan rakan-rakan sekelas. Dengan penuh keyakinan, aku berkata, ¡°Baiklah, saya ingin menyertai kelab ini!¡± Amiliya dan ahli kelab lainnya tersenyum, seolah-olah kami semua sudah menjadi satu pasukan. Dalam hatiku, aku berharap ini adalah langkah pertama untuk menemukan sesuatu yang lebih daripada sekadar misteri¡ªmungkin juga diri sendiri. Setelah memperkenalkan diri dan berkenalan dengan ahli-ahli kelab, aku berkata, ¡°Cuba awak semua tunjukkan bakat yang awak ada.¡± Azmi yang berdiri di sebelahku tersenyum nakal. ¡°Baiklah, aku ada satu firasat. Aku tahu baju apa yang kau pakai semalam, iaitu baju merah, betul tak?¡± Dalam hati, aku ketawa. Memang betul, kami pernah bertemu semalam di taman. Dia memang pandai meneka! ¡°Betul, Azmi. Nampaknya kau ada bakat meneka!¡± jawabku sambil tersenyum. Atirah pula tidak mahu ketinggalan. Dia mencuba untuk memadamkan api pada lilin yang menyala di atas meja. Dengan sabar, dia menghayunkan tangan untuk menghalang tiupan angin yang bertiup. ¡°Hampir! Hanya sedikit lagi!¡± katanya, berusaha keras tetapi masih gagal. Gelak tawa kecil menyelubungi kami melihat usaha Atirah. Dalam suasana ceria itu, aku mula merasakan keakraban dalam kelab ini. Walaupun pelbagai halangan muncul, semangat kami untuk menyertai kelab ini semakin tinggi. Akhirnya, setelah beberapa percubaan, Atirah berjaya memadamkan api tersebut. ¡°Ya! Akhirnya!¡± dia teruja. Semua orang memberikan tepukan. Rasa kehangatan persahabatan itu semakin terasa, dan dalam detik itu, aku tahu aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Ketika aku didaftarkan sebagai ahli kelab, rasa teruja membanjiri hatiku. Namun, satu soalan bermain di benak. Aku bertanya kepada mereka, ¡°Kenapa korang bersungguh-sungguh mencari orang untuk mengisi kelab ini?¡± Amiliya, dengan wajah serius, menjawab, ¡°Kerana aku mahu bongkarkan rahsia yang ada pada sekolah ini, dan apa rahsia terbesar ayahku. Kalau kami tidak menjumpai seorang lagi ahli, kelab ini mungkin akan dibubarkan.¡± Rasa ingin tahuku semakin membara. ¡°Rahsia yang macam mana? Kenapa ia begitu penting?¡± tanyaku, berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Namun, Amiliya hanya menjawab, ¡°Itu adalah sesuatu yang kami belum dapat beritahu. Kami perlu cukupkan ahli terlebih dahulu.¡± Aku mula berasa sedikit janggal. Untuk meluluskan satu kelab, memerlukan lima orang ahli, tetapi di sini hanya ada empat. Siapa lagi yang sepatutnya menyertai mereka? Kenapa mereka begitu mendesak untuk mendapatkan seorang lagi ahli? Kekeliruan melanda fikiranku. Mungkinkah ada sesuatu yang lebih mendalam di sebalik semua ini? Rasa ingin tahuku semakin menggigit, tetapi aku tahu, untuk mengungkap rahsia itu, aku perlu memberi sokongan kepada mereka dan membenamkan diriku lebih dalam ke dalam kelab misteri ini. Selepas rehat dan tamat pembelajaran, aku pulang ke asrama dengan fikiran yang berkecamuk. Setibanya di bilik, Aiman memberitahuku bahawa dia tertinggal barang di kelas dan meminta bantuan untuk mengambilnya. Tanpa membuang masa, aku pergi ke kelas dan mengambil barangnya. Ketika aku mahu keluar, mataku tertangkap pada Saifu yang berdiri di tepi tingkap, merenung jauh ke arah tempat pembinaan. ¡°Kenapa kau selalu melihat tempat pembinaan itu? Tentu ada alasannya,¡± tanyaku, merasakan keinginan untuk tahu. Dia berpaling sedikit, menjawab, ¡°Aku tidak melihat pada pembinaan, tapi apa yang akan berlaku sekiranya pembinaan ini sudah siap sepenuhnya.¡± Satu lagi soalan terkeluar dari mulutku. ¡°Kau selalu sombong dengan orang ke?¡± Dia menggelengkan kepala. ¡°Aku tidak sombong. Aku cuma elakkan diri dari bertegur sapa.¡± ¡°Kenapa?¡± ¡°Tak ada apa. Kau masih tidak faham dengan sekolah ini. Kau tak kan tahu apa-apa,¡± ujarnya dengan nada yang menunjukkan dia enggan berbicara lebih lanjut. Saifu kemudian berlalu pergi, meninggalkanku sendirian dalam kelas itu, dengan kesunyian yang melingkupi dan bunyi angin dari tingkat atas. Rasa ingin tahuku tentang tempat pembinaan itu semakin membara, jadi aku berlari menuju ke kelab Misteri untuk bertanya tentang apa yang berlaku di sekolah ini. Setibanya di sana, Azmi menyambutku dengan nada ceria. ¡°Akhirnya kau datang juga. Kenapa kau bersungguh menanyakan tentang ini?¡± ¡°Aku mahu tahu ada apa dengan pembinaan yang mereka sedang lakukan,¡± jawabku dengan tegas. Mereka semua kelihatan ragu. ¡°Itu cuma penambah baikan sekolah ini,¡± jawab Atirah. ¡°Ya, tak ada apa yang menarik mengenainya!¡± sambung Anita dengan nada skeptikal. ¡°Betul ke?¡± soalku, tidak puas hati dengan jawapan mereka. Anita memandangku dengan serius dan berkata, ¡°Tempat itu ialah kawasan Psikologi bagi pelajar Elite Akademi yang berada di bawah persetujuan BlackAlpha.¡± Kecurigaan meningkat dalam diriku, dan aku meminta dia untuk menerangkan lebih lanjut. Anita menjelaskan, ¡°BlackAlpha adalah pasukan yang mengawal keamanan negara dari pengganas. Dulu ada satu peristiwa di mana BlackAlpha pernah melawan musuh yang sukar sehingga terpaksa mengebom sebuah markas yang besar. Nama markas itu saya tidak tahu, tetapi yang saya tahu, BlackAlpha telah membuat perjanjian dengan sekolah Akademi ini. Mereka dilatih khusus untuk menjadi anggota ketenteraan BlackAlpha.¡± ¡°Bagaimana awak tahu semua ini?¡± tanyaku, terpesona dengan cerita yang didengari. ¡°Saya terbaca melalui sebuah buku di dalam perpustakaan yang berjudul BlackAlpha: Penyelamat Dunia,¡± jawab Anita sambil menggaru kepalanya. ¡°Tapi saya tidak tahu banyak lagi. Itulah yang saya tahu.¡± Mendengar penjelasan itu, fikiran aku semakin kusut. Apa sebenarnya yang berlaku di sekolah ini? Kenapa ada kaitan dengan perkara-perkara yang begitu serius? Rasa ingin tahuku tidak berhenti di situ. ¡°Ada sesiapa lagi yang tahu lebih lanjut tentang BlackAlpha?¡± tanyaku lagi. ¡°Belum ada sesiapa yang ambil tahu,¡± jawab Azmi. ¡°Tapi mungkin kita boleh cari tahu lebih lanjut. Mungkin ada lebih banyak rahsia yang perlu dibongkarkan.¡± Aku mengangguk setuju. Dalam hati, aku berasa teruja dan sedikit takut. Perjalanan ini seolah-olah baru saja bermula, dan aku tidak sabar untuk menjelajahi rahsia yang tersembunyi di sebalik Akademi Putra dan pembinaan itu. Kemudian aku cuba berlari ke perpustakaan. Selepas menutup pintu kelab Amiliya menegur ku dari belakang, nampak seperti dia ingin memasuki kelab. ¡°Hey, kau di sini rupanya,¡± ucapku sambil menarik nafas lega. Kami duduk di tepi tangga, memandang ke arah matahari yang mulai terbenam, menciptakan langit berwarna jingga dan ungu. Suasana tenang itu membuatkan perbualan kami menjadi lebih serius. ¡°Kau sudah tahu jawapan dari pertanyaan kau. Sekarang kau tahu kenapa pembinaan ini dijalankan, kan?¡± tanya Amiliya, nada suaranya mencerminkan kerisauan dan keinginan untuk mengetahui. ¡°Ya, tapi itu baru sedikit dari apa yang aku cuba pecahkan. Apa yang sebenarnya kau cuba cari, dan misteri apa yang ada pada sekolah ini?¡± balasku, menuntut penjelasan lebih lanjut. Amiliya menghela nafas, kelihatan berfikir sebelum menjawab. ¡°Sebenarnya, apa yang aku cuba pecahkan ialah kenapa sekolah ini diciptakan. Mula dari situ, aku terjumpa beberapa kode pelik dan beberapa video lama, tapi semuanya sudah musnah. Salah satu kode yang aku temui tertulis ¡®5A¡¯ dan ada video tentang letupan markas. Besar, tapi cuma itu saja. Aku jumpa semua itu dari ruangan pejabat milik ayahku.¡± Mendengar kata-katanya, fikiranku melayang kepada pengetua. Mungkin dia tahu apa yang sebenarnya terjadi di balik semua ini. ¡°Kau pasti tentang video dan kode itu?¡± tanyaku, tidak dapat menahan rasa ingin tahuku. Amiliya mengangguk. ¡°Ya, dan itu yang membuat aku semakin yakin untuk mencari kebenaran. Tapi aku perlu lebih banyak petunjuk untuk memahami semuanya.¡± ¡°Apa kau akan buat seterusnya?¡± soalku, tertanya-tanya tentang langkah-langkah yang akan diambilnya. ¡°Untuk sekarang, aku ingin mencari petunjuk lain. Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi dalam dokumen-dokumen lama di pejabat ayah,¡± jawabnya sebelum berdiri dan bersiap untuk pergi. ¡°Jangan lupa, kita perlukan semua ahli kelab untuk membantu kita dalam hal ini.¡± Dia berlalu pergi, meninggalkan aku dalam keadaan penuh persoalan. Dengan segala maklumat yang baru diterima, aku tahu aku tidak boleh berhenti di sini. Penyelidikan ini harus diteruskan. Jika ada kebenaran di sebalik sekolah ini dan kode 5A itu, aku harus mengetahuinya, dan aku tidak akan membiarkan sesiapa pun menghalangku. Sesampainya aku di perpustakaan, suasana sunyi dan kosong menyapa telingaku. Keheningan ini agak aneh, memandangkan biasanya perpustakaan adalah tempat yang meriah dengan pelajar yang membaca dan mengulangkaji pelajaran. Dalam keadaan terpinga-pinga, Shafikah tiba-tiba muncul di hadapanku. Dia adalah ketua kelab perpustakaan, dan aku tahu betapa telitinya dia menjaga kebersihan dan keselamatan tempat ini. Namun, hari ini perwatakannya kelihatan berbeza; wajahnya nampak serius dan garang. ¡°Ada apa yang kau cari?¡± tanya Shafikah dengan nada yang agak keras. ¡°Aku cari buku sejarah,¡± jawabku, mencuba untuk tidak kelihatan takut. Dia mengizinkan aku mencari, tetapi matanya tajam memandangku seolah-olah meneliti setiap gerak-gerikku. Aku mula meragui kedamaian perpustakaan ini. Aku terus mencari buku tentang BlackAlpha, seperti yang mereka sebutkan tadi. Jam sudah menunjukkan pukul lima, dan aku masih belum menghantar barang Aiman. Rasa resah mula menyelinap ke dalam hatiku. Ketika aku sedang menyelusuri rak buku, aku melihat Anis. Dia kelihatan serius dan terfokus, memilih buku di rak dengan teliti. Saat dia melihatku, wajahnya tiba-tiba berubah. ¡°Oh, awak! Kenapa awak datang ke perpustakaan ini?¡± tanya Anis, kelihatan sedikit terkejut. ¡°Saya kesini untuk mencari buku sejarah. Awak tahu mengenai BlackAlpha?¡± balasku, namun kata-kataku seolah membuatnya terkejut lebih lagi. ¡°Maaf, saya terpaksa balik ke bilik saya. Selamat tinggal,¡± katanya, cepat-cepat mengundurkan diri. ¡°Kenapa dia tergesa-gesa?¡± bisik hatiku, tetapi Shafikah, yang berada di belakangku, menyambung, ¡°Kau memang tak tahu, kan? BlackAlpha¡ Ramai yang tak tahu mengenainya. Aku tahu pun dari kelab Misteri itu. Ia sebuah unit ketenteraan. Dia selalu mengigau tentang BlackAlpha. Setiap kali aku menegur dia pasal BlackAlpha, dia menjadi pucat dan trauma lalu melarikan diri macam orang gila.¡± Kata-kata Shafikah membuatkan jantungku berdegup kencang. Rasa ingin tahuku semakin membara. Kenapa Anis begitu ketakutan? Dan apa sebenarnya hubungan antara Anis dengan BlackAlpha dan pembinaan yang sedang berlangsung di Akademi ini? Mungkinkah ada sesuatu yang lebih besar di sebalik semua ini? Aku tidak boleh berhenti di sini. Aku perlu tahu lebih lanjut tentang Anis dan bagaimana semuanya berkait. Fikiran tentang Saifu yang selalu memerhatikan tempat pembinaan juga semakin membuatkan aku curiga. Mungkin jawapan kepada semua persoalan ini ada di tangan Anis. Jika dia trauma dengan BlackAlpha, ada kemungkinan dia mempunyai maklumat penting yang perlu aku gali. Tindakanku seterusnya adalah mencari Anis dan mendapatkan penjelasan daripadanya, apa jua caranya. Setelah pulang ke bilik, fikiranku terus berputar mengenang segala maklumat yang baru kutemui. Aku tahu, untuk memahami apa yang berlaku, aku perlu menyiasat sendiri. Mula-mula, aku harus mencari cara untuk membantu Anis mengatasi trauma yang jelas menyelubungi dirinya. Apa yang sebenarnya terjadi padanya? Kenapa dia kelihatan begitu ketakutan setiap kali nama BlackAlpha disebut? Aku duduk di atas katil, mengambil nafas dalam-dalam. Dalam kepalaku terlintas soalan-soalan yang berhubungan: Apa kaitan Akademi Putra dengan BlackAlpha? Kenapa mereka sampai mengebom sebuah markas besar? Siapa musuh yang mereka lawan sehingga terpaksa melakukan tindakan ekstrem itu? Semua ini memerlukan jawapan. Malam itu, bintang-bintang di luar jendela bersinar dengan indah, seolah-olah mengingatkanku pada kata-kata yang pernah kudengar, "Akademi Mutiara Bersinar." Kecantikan malam seakan memberi harapan bahawa segala misteri ini boleh terurai, dan aku berada di jalan yang betul untuk menemui kebenaran. Sebelum aku tertidur, fikiranku kembali ke Anis. Dia adalah kunci. Aku perlu mendekatinya, memahamkan dia, dan mungkin membantunya mengatasi ketakutannya. Dengan cara itu, mungkin dia akan bersedia berkongsi apa yang dia tahu tentang BlackAlpha. Aku menutup mata, tetapi wajah Anis dan misteri yang mengelilinginya terus menghantui fikiranku. Apa yang akan berlaku esok? Harapan dan ketakutan bercampur aduk, membuatku tidak sabar menanti hari baru. Dalam kesunyian bilik, aku terlelap, berjanji kepada diriku sendiri untuk mencari jawapan bagi semua persoalan yang membelenggu jiwa ini. catatan: -Asal usul kelab Misteri. -Apa yang dicari oleh Amiliya. -Kenapa kelab Misteri memilih ku. -Hubung kait BlackAlpha dan Akademi Putra. -Nama markas yang di bom BlackAlpha. -Musuh yang dilawan BlackAlpha. -Kode dan video yang Amiliya jumpa. -Punca Saiful memandang. pembinaan. -Anis trauma mendengar BlackAlpha. Chapter 03 Misteri Pembinaan HARI KETIGA Aku terbangun dengan rasa terkejut apabila melihat jam menunjukkan pukul 7.12 pagi. Terlewat lagi! Dalam hati aku berfikir, daripada tergesa-gesa seperti semalam, lebih baik aku ambil masa sedikit. Jadi, aku pun mengambil masa untuk makan, minum, dan mandi sebelum bergegas ke kelas. Apabila sampai di kelas, aku menyedari bahawa aku adalah pelajar yang paling lambat tiba, lebih lambat daripada Alia semalam. Rekod pelajar terburuk di sekolah ini jatuh ke tangan aku! Kejadian ini menjadi bualan hangat di kalangan rakan-rakanku. ¡°Nasib apa ni!¡± bisikku dalam hati. Ketika waktu rehat tiba, Amiliya menghampiriku dengan wajah penuh pertanyaan. ¡°Hazrul, ada apa-apa petunjuk baru tentang misteri ini?¡± tanyanya, penuh harapan. Aku menjawab, ¡°Ada, tapi bukan banyak. Anis nampaknya trauma setiap kali mendengar perkataan ¡®BlackAlpha, dan juga Saiful yang selalu memandang ke arah pembinaan itu.¡± Amiliya kelihatan berfikir sejenak sebelum berkata, ¡°Baiklah, kau cari lagi maklumat tentang Anis. Sementara itu, aku akan cuba mendekati Saiful. Siapa tahu dia mungkin tahu sesuatu?¡± ¡°Okay, aku akan buat,¡± jawabku sambil berlari menuju ke perpustakaan. Setibanya di sana, aku bertanya kepada Shafikah, ¡°Hey, ada nampak Anis hari ini?¡± Shafikah menggelengkan kepala. ¡°Maaf, aku tak nampak kelibat dia. Mungkin dia masih belum datang.¡± ¡°Oh, tidak! Mungkin aku tidak sempat jumpa dia hari ini,¡± keluhku, merasakan tekanan semakin meningkat. Ternyata, misteri ini semakin rumit dan aku perlu lebih banyak usaha untuk menyelidiknya. Selepas waktu pembelajaran tamat, Amiliya ternampak Saiful mendongak ke luar dari tingkat atas. Dengan penuh keingintahuan, dia bertanya, ¡°Kenapa kau selalu memandang binaan itu? Apa yang kau fikirkan?¡± Saiful mengalihkan pandangannya dan menjawab, ¡°Aku tidak memandang binaan itu, tetapi memandang masa depan yang musnah kerana binaan ini.¡± ¡°Boleh kau ceritakan sesuatu tentang binaan ini dan apa yang kau maksudkan dengan kemusnahan?¡± tanya Amiliya, semakin ingin tahu. Saiful menarik nafas panjang sebelum berkongsi, ¡°Aku hanya tahu, masa aku kecil dulu, aku kehilangan ibu bapa. Kemudian, aku dibawa ke sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Permata Mutiara, tempat tinggal untuk anak-anak yatim piatu. Apa yang berlaku selepas itu sangat mengerikan. Ada beberapa pelajar yang menjalani ujian DNA oleh satu puak yang misteri. Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka. Tak lama selepas itu, sekolah kami ditutup oleh Tentera BlackAlpha. Mereka berkata, ¡®Demi keselamatan kamu semua, kamu harus berpindah ke tempat lain yang lebih baik dan jauh dari sini.¡¯¡±The narrative has been taken without permission. Report any sightings. Saiful meneruskan cerita, ¡°Kami dipindahkan, dan tidak lama kemudian, satu letupan yang kuat memusnahkan sekolah kami. Aku melihat ke arah langit dan nampak seperti pesawat yang datang berperang, meletupkan kawasan hutan. Peristiwa itu sangat dahsyat. Kemudian, aku dibawa oleh usahawan yang menjadikanku anak angkat dan menghantarkanku ke sekolah ini. Semasa pertama kali aku melangkah masuk ke sekolah ini, sebelum hari pendaftaran, aku melihat beberapa orang yang cuba menggali kawasan pembinaan ini. Mereka menjumpai satu beg misteri dan membawanya ke suatu tempat.¡± ¡°Alasan aku memandang tempat ini adalah kerana ia berkaitan dengan sepakatan puak BlackAlpha. Mungkin mereka merancang untuk mencipta askar yang akan memusnahkan dunia atau membina tempat uji kaji bom nuklear. Tapi, aku tidak sanggup memikirkan apa yang akan terjadi terhadap sekolah ini. Adakah ia akan menghadapi nasib yang sama atau sebaliknya?¡± Setelah mendengar cerita itu, Amiliya berasa terharu dan ingin tahu lebih banyak. ¡°Aku akan menceritakan segala-galanya kepada rakan-rakan kita,¡± katanya. ¡°Tapi sekarang, aku tertanya-tanya, adakah Anis juga mengalami nasib yang sama seperti kau? Adakah dia juga bersekolah di Sekolah Permata Mutiara?¡± tanya Amiliya yang membuatkan Saiful terdiam. Aku mula berfikir, bertekad untuk menyelesaikan misteri ini. Anis mungkin menyimpan rahsia yang sama seperti Saiful, dan aku perlu mencari tahu lebih lanjut untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik semua ini. Malam itu, setelah semua pelajaran selesai dan keadaan di sekolah semakin sunyi, aku mengambil keputusan untuk mencari maklumat mengenai BlackAlpha di Google. Namun, betapa terkejutnya aku apabila mendapati semua laman web yang berkaitan dengan BlackAlpha disekat oleh kerajaan. Seolah-olah ada sesuatu yang sangat rahsia yang ingin mereka sembunyikan. Aku merasakan kegelisahan di dalam hati. Apa sebenarnya yang terjadi dengan BlackAlpha? Kenapa maklumat tentang mereka begitu sukar diakses? Ini hanya menambah rasa ingin tahuku untuk mengetahui lebih lanjut tentang Anis. ¡°Siapa sebenarnya dia?¡± bisik hatiku. Aku teringin untuk mengenali Anis dengan lebih dalam lagi dan memahami apa yang pernah dia lalui. Adakah dia juga terlibat dalam peristiwa misteri yang menimpa Sekolah Permata Mutiara, sama seperti Saiful? Aku berfikir untuk berbual dengan Anis secara peribadi, berharap dia sudi berkongsi kisah hidupnya. Tetapi bagaimana aku boleh mendekatinya? Dengan pelbagai soalan yang berlegar dalam fikiran, aku memutuskan untuk merancang strategi. Mungkin esok, di sekolah, aku akan mencari peluang untuk berbicara dengan Anis dan menggali lebih dalam tentang masa lalunya. Misi ini semakin terasa penting bagiku; aku perlu tahu kebenaran yang tersembunyi di balik semua misteri ini catatan: -Tujuan BlackAlpha meletupkan Sekolah Permata Mutiara. -Beg yang digali BlackAlpha. -Adakah Anis mengalami nasib yang sama. -Laman web dikunci Chapter 04 Hari Memasak HARI KEEMPAT Pada pagi tersebut, seseorang meletakkan makanan ke dalam mulutku. Aku terbangun dan dikejutkan oleh Husnah yang berdiri di tepi katilku. Sambil melihat riaksiku, dia berkata, "Macam mana, sedap tak biskut tu?" Aku menggosok mataku dan tersenyum. "Sedap, tapi ada orang yang tak bagi aku tidur cukup malam tadi." Husnah ketawa kecil. "Maaflah, saya terpaksa bangunkan awak. Sebenarnya, saya ada satu permintaan." "Tolong apa?" balasku sambil bangun dari katil. "Hazul, boleh tak awak tolong saya memasak?" dia memandangku dengan penuh harapan. "Eh, tak boleh?" soalku dengan nada berseloroh. "Boleh lah! Kelab saya ada buat pertandingan memasak hari ini. Jadi, saya nak menang pertandingan tu. Awak kena tolong saya," katanya sambil tersenyum manis. Melihat wajahnya yang comel itu, jantungku berdebar-debar. Aku terfikir sejenak bagaimana dia boleh masuk ke bilik ini. "Eh, macam mana awak boleh masuk?" tanyaku. "Aiman yang benarkan saya masuk," jawabnya dengan tenang. Aku mula berasa curiga, "Tapi, kemana perginya Aiman? Sanggup dia tinggalkan kita berdua macam ni?" "Entahlah," Husnah menjawab sambil mengangkat bahu. Tanpa berlengah, aku mengangguk. "Baiklah, saya akan tolong. Tapi kita kena cepat!" Husnah tersenyum lebar, gembira dengan keputusanku. "Terima kasih, Hazul! Datanglah ke bilik masakan pada pukul 9 pagi," ujarnya sebelum melangkah keluar dari bilikku. Aku tersenyum melihatnya pergi dan mula bersiap untuk ke kelas. Dalam hati, aku masih tertanya-tanya di mana Aiman berada. Setibanya di kelas, semua orang memandang ke arahku. Rasa curiga mula menyelimuti hatiku. "Kenapa semua orang tengok saya?" tanyaku. "Guru suruh kita bergotong-royong membersihkan taman supaya acara memasak dapat dilakukan di sana," jawab salah seorang rakan. "Ooh, patutlah," aku mengangguk sambil cuba memahami situasi. Semua orang kelihatan bersemangat, dan aku tidak sabar untuk membantu Husnah dalam pertandingan memasak itu. Aku ditugaskan untuk membersihkan kawasan pejalan kaki. Semasa aku membersihkan laluan, aku bertemu dengan Amiliya. Kelihatannya, dia sedang membuang sampah ke dalam tong sampah dan tiba-tiba menegurku. "Hai, Hazrul! Nak tolong?" dia tersenyum sambil mengangkat plastik sampah yang penuh. "Eh, tentu. Saya juga tengah membersihkan di sini," jawabku sambil membantu mengangkat sampah di sekitarnya. Kami bersembang sambil melakukan kerja bersama-sama. Aku mengambil tempat duduk di kerusi yang berdekatan dan bertanya, "Kenapa awak menubuhkan kelab Misteri dan misteri apa yang awak cari?" Amiliya duduk di tepi ku dan menghela nafas. "Sebenarnya, ibuku telah meninggal semasa aku masih kecil kerana sebuah letupan. Semasa aku kecil, aku terdengar pergaduhan antara ibu dan ayah. Ibu tidak bersetuju dengan ayah yang mahu membina sekolah ini. Ibu berkata mungkin ayah akan mengulangi kesilapannya. Dia tidak sanggup lagi melihat seksaan itu." Aku terdiam, mendengar kisahnya yang penuh emosi. "Lepas tu?" "Setelah itu, dia cuba untuk membatalkan projek pembinaan sekolah ini. Kemudian entah bagaimana, tempat dia bekerja boleh meletup," Amiliya menjawab sambil memandang jauh, seolah-olah mengenang kenangan silam yang pahit. Aku bertanya lagi, "Jadi, apa yang awak cari dalam kelab itu?" "Baru-baru ini, saya terjumpa sepucuk surat. Dalam surat itu tertulis, ''Berhati-hati, Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama seperti Sekolah Permata Mutiara. Hanya itu isi suratnya''," Amiliya menjelaskan dengan serius. "Jadi, awak rasa ada yang tidak kena dengan Akademi Putra?" soalku, mula merasakan ketegangan dalam cerita ini. "Ya, saya rasa ada sesuatu yang lebih besar daripada yang kita sangka. Saya ingin mencari kebenaran di sebalik semua ini," jawabnya dengan tekad di wajahnya. Aku dapat merasakan semangatnya dan berkata, "Saya akan bantu awak cari jawapan, Amiliya." Dia tersenyum, kelihatan berterima kasih. "Terima kasih, Hazrul. Bersama-sama, kita pasti dapat menemuinya." Kemudian aku melihat ke arah pohon-pohon yang berkabus dan aku ternampak seseorang yang memakai jubah hitam sedang memerhatikan kami. Dia berdiri jauh, dengan pandangan tajam yang seolah-olah menganalisis setiap gerakan kami. Tiba-tiba, dia melarikan diri. Tanpa berfikir panjang, kami berlari mengejarnya, tetapi larian dia begitu pantas, lebih laju daripada yang kami jangkakan. ¡°Hazul, aku tak boleh! Teruskan tanpa aku!¡± Amiliya terpaksa menghentikan langkahnya, nafasnya tercungap-cungap. Dia kelihatan penat dan tidak berdaya. ¡°Baiklah, Amiliya! Tunggu di sini!¡± balasku, tidak mahu meninggalkan rakan di saat genting ini. Dengan semangat, aku meneruskan pengejaran, bertekad untuk tidak melepaskan si pemakai jubah hitam itu. Di sebalik pohon-pohon yang dipenuhi kabus, aku hampir kehilangannya. Dalam keadaan cemas, aku berhenti seketika untuk melihat keadaan sekeliling. Setelah berkeliling, aku ternampak dia melompat sebuah pagar dan menuju ke Bangunan 7. Dia pantas, seakan-akan sudah tahu laluan yang paling cepat. Tanpa membuang masa, aku terus mengejarnya, melompat pagar itu juga dan berlari ke arah pintu Bangunan 7. Namun, setibanya aku di pintu tersebut, dia sudah menghilangkan diri, seolah-olah lenyap dalam kabus yang tebal. Ketika aku berusaha untuk bertenang, Amiliya muncul dari belakang, wajahnya kelihatan cemas. ¡°Hazul! Apa yang berlaku? Di mana dia?¡± soalnya, matanya melilau mencari kelibat si pemakai jubah hitam itu. ¡°Aku tidak tahu! Dia terlalu cepat. Dia terus masuk ke dalam bangunan ini,¡± jawabku sambil melihat pintu yang tertutup rapat. Amiliya menggelengkan kepala, ¡°Kita perlu cari dia! Mungkin dia tahu sesuatu yang penting.¡± ¡°Setuju. Tapi kita perlu berhati-hati,¡± kataku, dan kami bersiap sedia untuk meneroka bangunan itu bersama-sama, bertekad untuk menemui si pemerhati misteri. Aku memberitahunya bahawa orang yang dikejar tadi telah terlepas. Tidak sempat untuk meresap ke dalam kekecewaan, kami dikejutkan oleh satu suara yang menegur kami, ¡°Apa yang kamu buat di blok terlarang ini?¡± Aku melihat ke arah suara itu dan menyedari bahawa dia ialah pelajar dari kelas 2A. Dia tampak serius dan sedikit berang, dengan langkah yang tegas menghampiri kami. ¡°Blok 7 ialah tempat berbahaya dan juga kawasan larangan bagi pelajar. Apa alasan kamu berdua berada di sini?¡± tanyanya, menatap kami dengan ragu. Kami bertukar pandang, dan aku mengambil keputusan untuk menjelaskan. ¡°Kami mengejar seseorang. Dia berpakaian jubah hitam dan¡.¡± ¡°Tidak ada sesiapa yang lalu berdekatan sini. Mungkin khayalan kamu sahaja,¡± balasnya, suaranya penuh skeptis. Dia kelihatan tidak percaya, seolah-olah kami hanya membuang masa bercakap tentang perkara yang tidak masuk akal. Amiliya berbisik, ¡°Kita patut beritahu dia yang kita melihat seseorang. Mungkin dia tahu lebih banyak.¡± Namun sebelum sempat kami menyatakan pendapat itu, pelajar 2A itu sudah menggelengkan kepala dan berkata, ¡°Mari, saya bawa kamu pulang. Tempat ini berbahaya, lebih baik kamu berdua tidak berada di sini lebih lama.¡± Dengan itu, dia memimpin kami keluar dari kawasan Blok 7, dan kami mengikuti langkahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa dia begitu peduli tentang kami? Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik kisah ini? Ketika kami berjalan, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Siapa sebenarnya pelajar ini, dan apa yang dia tahu tentang Blok 7? Dalam perjalanan pulang, aku mengambil kesempatan untuk mengenali Justin dengan lebih dekat. ¡°Jadi, apa nama kau dan bakat kau?¡± tanyaku, ingin tahu. Dia menjawab dengan penuh keyakinan, ¡°Nama aku ialah Justin. Aku mampu mengubah pelbagai jenis suara manusia dan haiwan.¡± ¡°Wah, itu hebat!¡± balasku dengan kekaguman. Kemudian dia bertanya, ¡°Apa nama kamu berdua dan kelas apa yang kamu duduki?¡± ¡°Aku Hazrul dan ini Amiliya. Kami berasal dari kelas 1B. Nama kelab kami ialah Misteri.¡± Apabila Justin mendengar bahawa kami berasal dari kelab Misteri, wajahnya kelihatan sedikit terkejut. ¡°Kelab Misteri? Apa tujuan kelab itu?¡± ¡°Tujuan kelab tersebut ialah untuk menyiasat asal usul sekolah ini dan misteri yang ada padanya,¡± jawabku dengan penuh semangat. ¡°Misteri? Sekolah ni memang bermisteri. Daripada kamu membazir masa untuk mencari asal usul sekolah ini, ada baiknya kamu belajar,¡± katanya, nada suaranya menunjukkan dia tidak begitu peduli. Aku terdiam seketika, tetapi terus berusaha. ¡°Sudikah kau menolong kami?¡± tanyaku dengan penuh harapan. ¡°Tak mahu. Aku langsung tidak berminat dengan perkara yang bermisteri. Kenapa kau menanyakan soalan itu kepada aku?¡± jawabnya, jelas enggan.Stolen from its original source, this story is not meant to be on Amazon; report any sightings. ¡°Kerana kau ialah seorang pelajar yang hebat. Aku terbaca kisah kau di carta pelajar semasa hari pendaftaran,¡± balasku, ingin meyakinkannya. Justin tetap berdegil, menolak tawaran itu. Namun, Amiliya tidak berputus asa. Dia memberanikan diri untuk menceritakan kisah ibunya. ¡°Aku ingin mengetahui sama ada ibuku telah mati atau pun masih hidup,¡± katanya, suaranya penuh emosi. Justin kelihatan merenung jauh, memahami keadaan yang dihadapi oleh Amiliya. Setelah beberapa saat, dia mengangguk perlahan. ¡°Baiklah, aku akan menolong kamu. Tapi hanya kerana kisah kamu, bukan kerana misteri.¡± Aku tersenyum lega, rasa terima kasih mengalir di dalam hati. Mungkin dengan bantuan Justin, kami akan dapat menemui jawapan yang kami cari. Setelah beberapa ketika berbual dengan Justin dan Amiliya, aku melihat jam di tanganku. Rupa-rupanya, aku sudah terlambat! Terpaksa bergegas, aku meminta diri dan meninggalkan mereka berdua. Setibanya di bilik masakan, aku melihat Husnah sedang bertungkus-lumus bekerja seorang diri. ¡°Dah lama ke awak tunggu?¡± tanyaku sambil mengetuk pintu. Dia menoleh dan menjawab, ¡°Datang pun, saya ingat awak tak datang!¡± Sambil dia mencari barang yang diperlukan, suasana di bilik itu terasa agak cemas. Tiba-tiba, seseorang menghulurkan gula kepadanya. Rupa-rupanya, itu adalah Natsumi, seorang pelajar dari kelas 2A yang pakar dalam ilmu kimia. ¡°Nama saya Natsumi. Saya dengar awak perlukan bantuan,¡± katanya dengan senyuman. Aku memperkenalkan diriku, ¡°Hazrul. Kami sedang menyiapkan masakan untuk pertandingan.¡± Tanpa membuang masa, kami berdua segera membantu Husnah menyiapkan masakannya. Suasana menjadi ceria apabila kami semua berganding bahu. Setelah beberapa minit berusaha, akhirnya masakan Husnah sudah siap. Kami membawanya ke taman dan diletakkan di atas meja yang telah disediakan. Husnah tersenyum puas dan mengucapkan terima kasih kepada kami. ¡°Terima kasih banyak-banyak, Hazrul dan Natsumi! Tanpa kalian, saya tak tahu bagaimana saya nak siapkan semua ini.¡± Aku tersenyum kembali. ¡°Tak apa, Husnah. Kami semua berada di sini untuk membantu.¡± Natsumi menambah, ¡°Ya, semoga masakan ini dapat membantu Husnah menang pertandingan.¡± Dengan semangat yang membara, kami bersiap sedia untuk melihat hasil kerja keras kami. Tidak lama selepas itu, Amiliya dan Justin memanggilku. ¡°Ada apa?¡± tanyaku, mendekati mereka. ¡°Kita akan menceroboh masuk ke dalam bilik pengetua,¡± jawab Justin sambil menunjukkan tangannya ke arah bangunan. ¡°Kenapa?¡± soalku lagi, kehairanan. Amiliya menyambung, ¡°Mungkin apabila kita menyelinap masuk, kita boleh mendapatkan petunjuk lain yang berkaitan dengan Akademi ini.¡± Kami bertiga berjalan menuju ke bilik pengetua, berusaha berhati-hati dengan kamera keselamatan dan sentiasa mengawasi keadaan sekeliling. Setibanya di depan bilik pengetua, Amiliya mengeluarkan kunci simpanannya dan membuka pintu. Bilik pengetua kelihatan sangat kemas dan bersih. Tanpa membuang masa, aku mengambil sebuah buku yang terletak di atas meja dan mula membacanya. Buku itu mengandungi catatan pelajar yang mungkin berguna untuk penyelidikan kami. Aku melihat Justin dan Amiliya; Justin nampak sedang mencari sesuatu, sementara Amiliya masih kelihatan bingung tentang apa yang patut dicari. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi tapak kaki yang menghampiri kami. ¡°Sembunyi!¡± arah Amiliya dengan nada cemas. Aku berasa panik dan tidak tahu di mana tempat yang sesuai untuk menyorok. Aku cuba menyelit masuk ke dalam almari, tetapi ruangnya terlalu sempit. Justin pula melompat keluar dari tingkap, seolah-olah dia sudah hilang akal. Terpaksa, aku memilih untuk menyorok di dalam tong sampah, menahan bau yang kurang menyenangkan. Ketika pintu dibuka, pengetua terkejut melihat Amiliya berada di dalam biliknya. ¡°Amiliya, apa yang kamu buat di dalam bilik ayah?¡± tanyanya dengan nada terkejut. Aku mendengar Amiliya menjawab, ¡°Tak ada apa-apa, saya cuma mencari ayah di pejabat, itu sahaja.¡± Pengetua tidak berpuas hati dan bertanya lagi, ¡°Kamu masih lagi mencari punca kematian ibu kamu, betulkan?¡± Kata-kata pengetua itu membuatkan aku berfikir, jika ayah Amiliya sudah mengetahui apa yang dicari oleh Amiliya, mengapa dia tidak berterus terang? Mungkin dia tidak mahu membongkarkan rahsia yang menyakitkan. Amiliya mengangkat suaranya sedikit, kelihatan terharu, ¡°Ibu tidak mati dalam letupan itu, kan? Dia masih hidup, bukan?¡± Pengetua mengeluh dan membuka tudung tong sampah. Amiliya bertanya dengan nada tinggi, ¡°Adakah ayah ingin menjadikan sekolah ini tempat ujikaji seperti sekolah Permata Mutiara?¡± Sebelum pengetua dapat menjawab, dia melepaskan tudung dan bertanya, ¡°Macam mana Amiliya tahu mengenai ujikaji yang dilakukan terhadap sekolah Permata Mutiara?¡± Aku berasa lega kerana pengetua tidak sempat melihat isi kandungan dalam tong sampah itu. Tadi, aku betul-betul hampir tertangkap! Kemudian, telefon pengetua berbunyi. Suara di hujung talian memberitahunya bahawa ada seseorang yang cuba menceroboh masuk ke Blok 7. Pengetua segera mengarahkan agar tahap kawalan Blok itu diperketatkan. Dengan tergesa-gesa, pengetua meninggalkan Amiliya kerana urusan penting. Setelah pintu ditutup, aku berdiri dan bertanya kepada Amiliya, ¡°Kenapa kau tidak pernah bertanya kepada ayah kau tentang mengapa dia membina sekolah ini?¡± Amiliya menatapku dan menjawab, ¡°Sudah banyak kali aku bertanya, tetapi dia tidak pernah memberitahu aku.¡± Tiba-tiba, Justin melompat keluar dari tingkap dengan penuh gaya. Melihatku yang masih berada di dalam tong sampah, dia tergelak. ¡°Alamak, sampah jadianlah!¡± ¡°Tak guna kau!¡± balasku sambil keluar dari tong sampah, berasa sedikit malu. Amiliya menegur, ¡°Sudah-sudah, jangan bergaduh.¡± Justin sambil tersenyum berkata, ¡°Daripada kau menyorok di dalam tong sampah, lebih baik kau jadi pengutip sampah.¡± Aku melihat jam yang menunjukkan pukul 1:34 petang. Kami semua bertukar pandangan dan ketawa kecil, meredakan suasana yang tegang. Kami mendengar pengumuman yang berbunyi, ¡°Acara memasak akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta diminta bersedia!¡± Mendengar pengumuman itu, kami segera melangkah ke tingkap untuk melihat. Ruang tersebut dipenuhi oleh ramai orang yang hadir. ¡°Bagaimana kau boleh mengetahui mengenai ujikaji yang dilakukan pada sekolah Permata Mutiara?¡± Justin bertanya kepada Amiliya. Amiliya membuka pintu dan menjawab, ¡°Aku tahu dari seorang pelajar bernama Saiful.¡± Kami bertiga berjalan menuju ke acara tersebut, di mana aku bertemu dengan rakan sekelasku. Justin pula pergi menemui Natsumi, dan mereka kelihatan berbual tentang sesuatu yang penting. Acara memasak pun dimulakan. Juri yang bertugas menaiki pentas dan memberikan sedikit ucapan pembukaan. Selepas itu, mereka mencuba setiap masakan yang disediakan oleh para peserta. Keputusan pun diumumkan, dan Husnah mendapat tempat pertama dalam acara tersebut! Husnah menerima hadiah dan mengambil mikrofon. Dengan penuh rasa terima kasih, dia berkata, ¡°Terima kasih kepada semua yang hadir. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hazrul yang telah menolong saya walaupun dia sedikit terlambat, dan juga kepada kak Natsumi kerana sudi menolong saya. Terima kasih semua!¡± Setelah mendengar ucapan Husnah, semua orang memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana menjadi meriah dengan sorakan dan tepukan dari hadirin. Acara ini berlangsung dengan lama sehingga aku tidak sedar berapa lama masa telah berlalu. Aku memandang jam tanganku yang menunjukkan pukul 4:12 petang. Tiba-tiba, aku terdengar rakan sekelasku berbisik, ¡°Betul ke Hazrul yang menolong Husnah? Bukankah dia menyusahkan lagi?¡± Mendengar perbualan mereka, aku membalas, ¡°Apa yang dimaksudkan kau sebenarnya?¡± ¡°Yelah, kan? Kau selalu cuai!¡± jawab mereka dengan nada nakal. Mendengar itu, aku hanya tersenyum, sedar bahawa dalam kekecohan dan kesibukan, kadangkala kita perlu belajar untuk tidak terlalu mengambil pusing dengan pandangan orang lain. Aiman berlari ke arahku dengan wajah yang kelihatan panik. Aku menyapa, ¡°Ooh, di sini kau rupanya!¡± Aiman menjawab dengan tergesa-gesa, ¡°Maaf, aku terpaksa tinggalkan kau dengan Husnah.¡± Aku tertanya-tanya dan bertanya, ¡°Kenapa kau tinggalkan aku?¡± ¡°Maaf, aku terpaksa pergi ke tandas,¡± jawab Aiman sebelum berlari pergi tanpa membalas soalan ku yang lain. Tak lama kemudian, Alia datang menghampiriku. Dia kelihatan sedikit bingung dan bertanya, ¡°Macam mana Aiman boleh ada nombor telefon saya?¡± Aku menjawab dengan jujur, ¡°Saya tidak tahu. Maaf, saya terpaksa pergi sekarang.¡± Tanpa menunggu lebih lama, aku meninggalkan Alia dan berjalan menuju ke khemah. Di sana, aku ternampak Natsumi sedang mengucapkan tahniah kepada Husnah yang baru sahaja berjaya menduduki tempat pertama. Suasana di khemah itu dipenuhi dengan kegembiraan dan ucapan selamat dari rakan-rakan lain. Aku tersenyum melihat mereka, menyedari betapa berertinya kejayaan itu bagi Husnah. Lalu Justin memanggilku dari belakang. Kami berjalan di sekitar taman sambil berbincang. Dalam perjalanan, dia bertanya kepadaku, ¡°Hazrul, adakah kau tahu mengenai musuh BlackAlpha?¡± Aku membalas, ¡°Tidak. Setakat ini yang hanya aku tahu adalah itu!¡± sambil menunjukkan ke arah tempat pembinaan. Justin melihat tepat ke arah tempat pembinaan itu dan berkata, ¡°Ya, Amiliya sudah menceritakan tentang tempat itu kepadaku dan juga tentang Anis.¡± Aku melihat ke arah Justin dan bertanya, ¡°Adakah kau mengenali Anis?¡± ¡°Tidak,¡± balasnya. ¡°Tapi aku rasa mungkin Anis adalah salah satu pelajar yang menjalani ujian DNA kerana itu dia sentiasa pucat apabila mendengar tentang BlackAlpha.¡± Kata-kata yang disampaikan Justin ada benarnya. Kemudian, Justin berjalan ke arah tangga, meninggalkanku dan berkata, ¡°Aku akan cuba mencari musuh yang dilawan BlackAlpha. Mungkin dari situ kita akan tahu kenapa Anis menjadi sangat trauma.¡± Dia berlalu pergi menuju ke arah asrama. Sebelum aku kembali semula ke asrama, aku sempat singgah di perpustakaan untuk mencari Anis. Namun, ternyata dia masih tiada. ¡°Apa yang berlaku kepadanya?¡± tanyaku sambil melayari pandangan ke arah rak-rak buku, hingga mataku tertumpu pada sebuah buku bertajuk Jelmaan. Dengan rasa ingin tahu, aku mengambil buku tersebut dan membuka halaman-halamannya. Buku itu mengandungi perkara-perkara ghaib yang membuatkan jiwaku berdebar. Terdapat beberapa tulisan yang sukar dibaca dan juga beberapa kode rahsia yang mencuri perhatianku. Setelah beberapa saat, aku meletakkan semula buku itu di tempat asalnya dan keluar dari perpustakaan, dengan pelbagai persoalan bermain di fikiranku tentang Anis dan misteri yang menyelubungi kehidupannya. Dalam perjalanan menuju ke asrama, aku teringat semula kata-kata Anis, ¡°Hati-hati di mana awak melangkah kerana mereka tahu dan sentiasa memerhatikan awak.¡± Mungkinkah ada kaitan dengan orang yang memerhatikan kami di taman tadi? Fikiran itu menghantui kepalaku. Tiba-tiba, sekumpulan burung melintas di atasku, membentuk formasi yang cantik di langit yang berwarna merah keemasan. Pemandangan itu sungguh menakjubkan dan membuatkan aku terpegun. Ketika aku asyik menikmati pemandangan, Haikal muncul dan mengambil gambarku. "Gambar yang sempurna," katanya, tersenyum lebar. "Apa yang kau buat?" tanyaku kepadanya, masih teruja dengan kehadirannya. Haikal membalas, "Aku kan seorang jurugambar, dah tentu aku tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar yang cantik seperti tadi." Dia memandang kameranya dan meneruskan, "Alia tadi memang kalut, kan? Habis semua orang dia tanya. Macam mana Aiman boleh ada nombor dia?" Aku mengangguk, lalu melihat ke arah langit dan berkata, "Sebenarnya, Aiman memang sukakan Alia sejak kecil lagi. Kami bertiga sudah kenal begitu lama." Aku bertanya kepada Haikal sambil memandang wajahnya, "Apa yang menyebabkan kau menjadi seorang jurugambar?" Dia menjawab sambil melihat gambar yang ditangkap tadi, "Tujuanku adalah kerana ayahku. Aku cuma menggantikan tempat ayahku sebagai seorang wartawan. Di dalam biliknya dipenuhi dengan gambar-gambar yang cantik. Ada satu gambar yang membuatkan dia popular sehingga ke hari ini, iaitu gambar sebuah markas yang meletup dan gambar beberapa makhluk yang tidak pernah dilihat manusia." Aku teruja dan bertanya, "Makhluk apa dan di mana gambar itu?" Haikal menjawab sambil menyimpan kameranya, "Gambar itu hilang selepas satu kebakaran." Dia kemudian berjalan menuju ke asrama. Naluri aku tiba-tiba mengatakan ada seseorang yang sedang memerhatikanku dari celah pokok. Tanpa berfikir panjang, aku berpusing ke belakang, tetapi nampaknya tidak ada sesiapa pun di sana. Namun, rasa tidak sedap hati itu masih menghantui fikiranku. Malam itu, aku cuba mencari maklumat mengenai makhluk yang disebut Haikal di internet, tetapi tiada sebarang hasil yang kutemui. Mungkin musuh BlackAlpha adalah makhluk itu. Fikiranku melayang, dan aku memandang keluar tingkap sambil berbaring di atas katil, merenung ke arah malam yang gelap. Tiba-tiba, pintu bilikku dibuka. Rupanya Aiman yang masuk. "Kenapa kau melarikan diri tadi?" tanyaku. Aiman menutup pintu dengan cermat dan berkata, "Aku melarikan diri dari Alia." "Kenapa?" balasku, sambil bangun dari katil. Aiman duduk di tepi katil dan menjelaskan, "Sebab Husnah. Aku tinggalkan kau dengan dia kerana dia yang merasuah aku. Kalau aku tinggalkan bilik ini, dia akan memberikan nombor Alia kepadaku." Aku tercengang. "Ngek, kalau ya pun, tak payahlah pergi jauh dari aku! Lagipun, kenapa bukan kau yang menolongnya memasak?" "Ya, sebab itulah aku lari," balas Aiman sambil berdiri dan pergi ke bilik air. Aku kembali merenung ke arah langit. Dalam fikiranku, bayangan-bayangan kejadian buruk mula melayang: gambar makhluk yang menyerang markas, kematian ibu Amiliya, kemusnahan markas, dan figura misteri yang selalu muncul dalam bayang-bayang¡ªsiapa sebenarnya penjubah itu? Banyak persoalan berlegar dalam fikiran. Apakah semua ini ada kaitan antara satu sama lain? Dalam suasana yang kelam ini, aku bertekad untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan yang menghantui diriku. Chapter 05 Beg Misteri Dan Ibu Amiliya HARI KELIMA Pagi itu aku memulakan rutinku seperti biasa. Menjelang waktu rehat, selepas selesai membeli makanan di kantin, aku kembali ke kelas dan ternampak Justin baru sahaja keluar dari kelasku. Dia menegur dan mengajakku ke Kelab Misteri. Dalam perjalanan, aku mengambil kesempatan untuk bertanya, "Apa yang berlaku sebenarnya, Justin?" Justin menarik nafas perlahan sebelum memulakan ceritanya. "Sebenarnya, aku baru sahaja bercakap dengan Saiful tadi. Waktu aku tegur dia, aku perasan dia asyik memandang ke arah tapak pembinaan." "Pembinaan? Kenapa pula?" Aku bertanya ingin tahu. Justin mengangguk. "Itulah, aku pun tanya dia. Dia kata dia bukan sekadar melihat pembinaan itu, tetapi lebih kepada membayangkan apa yang akan terjadi bila bangunan itu siap kelak." Aku mendengar dengan tekun, dan Justin meneruskan. "Jadi aku tanya lagi, ¡®Mesti ada sebab kenapa kau selalu tengok pembinaan ni, kan?¡¯ Saiful pun jawab, agak misteri, katanya, ''Ya, tentu kau ingin tahu kenapa aku tertarik pada pembinaan ini.''" "Apa jawapan kau?" aku tanya, semakin tertarik dengan perbualan mereka. Justin tersenyum kecil. "Aku cuba beri dia perspektif yang berbeza. Aku kata, ¡®Sebab pembinaan ini adalah lambang masa silam kau. Daripada termenung tentang masa lalu, lebih baik kau tumpukan pada pelajaran dan fikirkan tentang masa depan.¡¯" Aku mengangguk, kagum dengan cara Justin mengendalikan situasi itu. "Tapi kau tahu apa yang Saiful balas?" Justin meneruskan dengan nada serius. "Dia kata, ''Aku sudah fikirkan masa depan, iaitu kehancuran dunia.''" Aku tersentak mendengar kata-kata Saiful yang disampaikan Justin. "Itu agak berat... Apa yang kau katakan padanya?" Justin menggeleng, dengan penuh ketenangan, dia menjawab, "Aku balas, ¡®Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Tapi, kita tak boleh mengubah masa lepas. Apa yang kita boleh buat sekarang ialah ubah masa depan kita dari saat ini. Aku tak tahu apa yang berlaku dalam masa silam kau, tapi lebih baik kau lepaskan dan teruskan.¡¯¡± Aku terdiam seketika, membayangkan suasana perbualan mereka. "Dan... dia setuju?" Justin tersenyum kecil. "Ya, dia akhirnya bersetuju untuk cuba melupakan apa yang telah berlaku. Dia berjanji akan tumpukan pada masa depannya." "Bagus juga kau cuba bantu dia begitu," balasku, mengagumi ketabahan Justin. Justin mengangguk. "Aku juga ceritakan tentang kebaikan BlackAlpha padanya, untuk yakinkan dia agar tidak lagi berburuk sangka terhadap projek itu." Aku tersenyum. "Baguslah, semoga pandangan Saiful berubah. Kau memang seorang yang bijak, Justin." Dengan itu, kami meneruskan perjalanan kami ke Kelab Misteri, dengan harapan suatu hari Saiful akan dapat melepaskan beban masa silamnya dan melihat masa depan dengan lebih positif. Sampai di pintu Kelab Misteri, Justin tiba-tiba bertanya, "Ada sesiapa tahu mengenai beg misteri yang ada tulisan NPV?" Kami saling berpandangan, tetapi tiada seorang pun yang tahu apa-apa tentang beg tersebut. Ketika itu, Amiliya muncul dan membuka pintu kelab. Dia tersenyum kecil melihat kami, lalu menegur, "Nampaknya kau berjaya buat Saiful lupakan masa lalunya." Justin membalas dengan santai, "Itu perkara kecil saja. Tapi sekarang, kita kena fokus cari siapa musuh yang BlackAlpha serang." Aku mengangguk dan memberitahunya tentang gambar yang diceritakan oleh Haikal. Justin kelihatan terfikir sejenak sebelum memberi teori, "Mungkin makhluk itu menyerang sebuah markas, dan pasukan BlackAlpha datang untuk mempertahankan negara. Mereka mungkin terpaksa meletupkan markas tersebut." Mendengar itu, Atirah yang berdiri di sudut bilik mengangguk dan berkata, "Semua itu kedengaran masuk akal. Tapi¡ di manakah beg yang ditemui BlackAlpha.?" Kata-kata Atirah menarik perhatian kami. Aku, Justin, dan Amiliya mula memandangnya dengan penuh curiga. Justin bertanya, "Kenapa kau begitu berminat dengan beg itu, Atirah? Bukankah kau tadi kata kau tak tahu apa-apa mengenainya?" Atirah tersentak, seolah-olah tidak menyangka pertanyaan itu akan ditujukan padanya. Dia cuba tersenyum dan berkata, "Tak, sebenarnya saya cuma nak tahu lebih lagi tentang misteri di dalam Kelab Misteri ni. Itu saja." Sambil ketawa kecil, dia membuka pintu dan keluar, memberi alasan untuk mengambil angin.The narrative has been taken without permission. Report any sightings. Selepas dia pergi, kami bertiga memandang satu sama lain. Rasanya misteri ini masih jauh dari selesai. Justin mengerutkan dahi, tampak semakin mencurigai Atirah, manakala Amiliya pula termenung memikirkan makna surat yang ditemuinya baru-baru ini. Justin memecah kesunyian. "Masih banyak perkara yang belum terjawab. Aku tertanya-tanya, ujikaji apa yang sebenarnya dilakukan mereka, dan kenapa makhluk ganas itu menyerang sebuah markas.?" Aku mengangguk, dan tiba-tiba teringat tentang Anis. "Justin, aku rasa sebahagian lagi misteri ni mungkin ada kaitan dengan Anis." Azmi, yang berada di situ, tersenyum kecil sambil mengangguk. "Oh, Anis. Memang pelik dia tu. Aku pernah tanya apa cita-citanya, dan dia jawab nak jadi seorang idola. Tapi, dia selalu kelihatan seolah-olah dikejar bayangan masa lalunya." Tidak lama kemudian, loceng berbunyi, menandakan waktu rehat telah tamat. Kami pun beredar dan kembali ke kelas masing-masing. Sepanjang perjalanan, aku sempat perasan yang Saiful tidak lagi memandang ke arah tapak pembinaan. Mungkin, kata-kata Justin tadi benar-benar telah membantunya melangkah ke hadapan. Setelah tamat waktu pembelajaran, aku singgah di perpustakaan. Di sana, aku masih tidak melihat kelibat Anis. Dengan penuh rasa ingin tahu, aku bertanya kepada Shafikah. "Shafikah, ada nampak Anis ke?" Shafikah menggeleng. "Dia tidak mahu berjumpa dengan kau lagi," jawabnya dengan nada sedih. Mendengar jawapan itu, hatiku terasa hancur. "Apa yang telah aku buat sehingga Anis tidak ingin berjumpa denganku?" Soalan itu berlegar di fikiran, membuatkan aku semakin kecewa. Dengan rasa putus asa, aku mencari tempat duduk di perpustakaan dan mula membaca buku tentang BlackAlpha. Halaman demi halaman aku baca, dan ternyata apa yang diceritakan oleh Anita memang benar. Aku sudah memahami semua yang terjadi dalam buku ini. Namun, satu perkara yang tiada dalam catatan itu adalah makhluk misteri yang menyerang markas mereka. Sementara menyelak helaian buku, mataku tertangkap pada satu halaman yang bertulis, "BlackAlpha menewaskan musuh yang sukar." Di bawahnya, ada lagi nota, "Lalu membuat sepakatan dengan Akademi Putra." Ternyata, masih banyak misteri yang belum terburai dan menunggu untuk diterokai. Fikiranku melayang, membayangkan kemungkinan apa yang akan terjadi seterusnya, dan bagaimana semua ini berkait dengan Anis dan kisah yang mungkin belum kami selesaikan. Setelah beberapa ketika, aku keluar dari perpustakaan dan berjalan di koridor. Dalam perjalanan itu, aku terpandangkan Amiliya melalui tingkap, kelihatannya dia sedang berjalan di tepi taman, mungkin merenung sesuatu yang dalam. Tiba-tiba, seorang pekerja tua menegurku. "Kamu rakan sekelas dengan Amiliya, betulkan?" Aku mengangguk, tertanya-tanya apa yang akan dibicarakan olehnya. Lelaki tua itu mendekat dan mula menceritakan tentang punca kematian ibu Amiliya. "Ibu Amiliya adalah seorang doktor yang bekerja dengan organisasi rahsia yang bernama Military System. Dia merupakan rakan sekerja pak cik," katanya, suara lelaki itu sarat dengan kesedihan. Dia meneruskan, "Pada suatu hari, dia menerima tugasan dari pihak atasan untuk menjalani ujikaji terhadap beberapa orang pelajar. Semasa menjalankan ujian, dia melihat kesakitan yang dialami oleh para pelajar itu. Dia tidak sanggup lagi melihat mereka disakiti. Jadi, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan cuba menghalang ujikaji tersebut, tetapi dia tidak berjaya." Lelaki tua itu menarik nafas panjang sebelum menyambung, "Kemudian, berlaku satu kecelakaan yang menyebabkan pelajar-pelajar yang diuji berubah menjadi makhluk ganas. Ibu Amiliya melarikan diri, tetapi tak lama selepas itu, BlackAlpha datang dan melepaskan bom pada markas Military System. Apabila dia mengetahui suaminya ingin membina Sekolah Putra, dia membantah dengan keras kerana tidak ingin melihat peristiwa yang sama berulang." "Jadi, untuk menghalang pembinaan sekolah ini, dia pergi meminta bantuan ketua SCI. Malangnya, pengganas datang dan menyerang tempat dia bekerja. Ramai yang terkorban dalam insiden itu," kata lelaki tua itu, suaranya kini penuh dengan kesedihan yang mendalam. Setiap patah kata yang diucapkannya membuat hatiku bergetar. Kini, aku mengerti mengapa Amiliya kelihatan begitu terbeban dan bagaimana beratnya beban yang dipikulnya akibat kehilangan ibunya. Kisah itu menghangatkan perasaanku untuk membantu Amiliya, walau apa pun yang berlaku. Setelah mendengar cerita panjang lebar daripada pakcik itu, aku merasa ingin tahu lebih lagi. "Kenapa pakcik memberitahu aku tentang sejarah ibu Amiliya?" tanyaku, menantikan jawapan yang mungkin akan memberiku pemahaman lebih dalam. Pakcik itu berhenti sejenak, memandangku dengan penuh perhatian. "Kerana kamu rapat dengan Amiliya," jawabnya. "Sudah banyak kali pakcik cuba memberitahu dia tentang hal ini, tetapi dia tidak pernah mempercayainya. Hanya itu yang pakcik boleh ceritakan," katanya dengan nada penuh rasa simpati. Aku mengangguk, menyedari betapa sulitnya situasi yang dihadapi Amiliya. Pakcik itu kemudian melangkah pergi, sambil membersihkan koridor dengan penuh tekad, seolah-olah menjalankan tugasnya dengan sepenuh hati. Saat dia berlalu, aku termenung sejenak. Dalam benakku, perasaan ingin membantu Amiliya semakin mendalam. Dia mungkin memerlukan sokongan, terutama setelah mengetahui kisah sedih tentang ibunya. Aku bertekad untuk mendekatinya dan membantunya melalui masa-masa sukar ini, tidak kira apa pun yang harus aku lakukan. Malam pun tiba, dan aku pulang ke asrama dengan langkah yang tenang. Ketika membuka pintu, aku ternampak Aiman sedang berbual dengan Alia melalui telefon bimbit. Suaranya kedengaran ceria, dan mereka berdua tampak begitu akrab. Memandangkan esok adalah cuti, aku membuat keputusan untuk berehat di asrama dan menangguhkan pencarian misteri buat seketika. Kulihat sekeliling bilik, dan suasana tenang ini memberikan ketenangan yang kuperlukan. Aku merasakan bahawa mungkin ini adalah waktu yang tepat untuk memikirkan kembali semua yang telah berlaku dan merancang langkah seterusnya. Dalam kegelapan malam, aku merebahkan diri di atas katil, membiarkan fikiran melayang kepada Amiliya dan segala kesedihan yang dibawanya. Malam ini, aku akan memberi ruang kepada diri sendiri untuk berehat sebelum kembali menghadap cabaran yang mendatang. Catatan: -Dimana letaknya Beg NPV. -Peristiwa Ibu Amiliya. Chapter 06 Cip Hari Keenam Pada pagi hari keenam, langit di Akademi Putra terlihat mendung, seperti menjanjikan hujan. Aku berjalan santai menyusuri laluan dekat pintu pagar, menghirup udara yang sejuk dan penuh dengan aroma tanah basah. Musim cuti memberikan sedikit kedamaian pada suasana sekolah ini. Di taman yang tak jauh, para pelajar bermain dan berjalan-jalan, menikmati pagi dengan tawa riang. Aku memilih untuk duduk di bangku dekat taman, pikiran melayang pada misteri yang menumpuk dan belum terpecahkan. Setiap petunjuk terasa saling berkaitan, seperti potongan puzzle yang masih belum lengkap. Ketika aku mulai tenggelam dalam pemikiran, tiba-tiba Amiliya muncul di hadapanku. "Awak nampak termenung, ada yang awak fikirkan?" tegurnya, suaranya lembut namun penuh perhatian. Aku pun menoleh ke arahnya dan berkongsi apa yang dikatakan oleh lelaki tua semalam. Melihat ekspresinya, tampaknya Amiliya sudah tahu lebih banyak dari yang kuduga. ¡°Amiliya, apa sebenarnya yang awak cari? Awak sudah tahu apa yang berlaku di sini, kan? Tapi kenapa awak masih terus menyiasat sekolah ini?¡± tanyaku, tak bisa menahan rasa ingin tahu. Amiliya tersenyum tipis, lalu mengeluarkan sepucuk surat dari sakunya. "Aku cuma ingin tahu keberadaan ibu aku dan apa maksud dari surat ini," jawabnya sambil menunjukkan surat itu kepadaku. Matanya terlihat serius, penuh tekad. Setelah sejenak hening, Amiliya berdiri dan menatap ke arah jalan setapak di depan kami. ¡°Saya minta diri dulu, ada sesuatu yang perlu saya lakukan,¡± ucapnya singkat namun pasti. Dia pun berbalik dan melangkah pergi, meninggalkan aku dengan berbagai pertanyaan yang masih belum terjawab. Setelah Amiliya pergi, aku berjalan sendirian sejenak sebelum berpapasan dengan Atirah. Dia kelihatan tergesa-gesa namun tersenyum saat melihatku. "Jom," katanya. "Aku ada sesuatu yang nak tunjukkan di Blok 7. Mungkin kau akan dapat petunjuk yang kau cari." Aku mengangguk, rasa ingin tahu membawaku berjalan beriringan dengannya menuju Blok 7. Sepanjang perjalanan, kami berbicara ringan, namun suasana di sekitar terasa semakin sunyi dan aneh seiring kami mendekati kawasan pembinaan yang sepi itu. "Eh, aku kena ke tandas sekejap," ujar Atirah tiba-tiba, menunjuk ke arah tandas terdekat. Aku mengangguk lagi dan membiarkannya pergi, sementara aku meneruskan langkahku sendirian di kawasan pembinaan itu, tenggelam dalam pikiran sendiri. Namun, tanpa aku sedari, suasana di sekeliling terasa berubah tegang. Tiba-tiba, aku merasa satu dorongan kuat dari belakang, hampir membuatku jatuh. Aku segera berpaling untuk melihat siapa yang menolak¡ªternyata Justin! Sebelum aku sempat bertanya, aku terdengar suara dentingan keras. Aku menoleh ke atas tepat pada waktunya untuk melihat sebuah lampu besar terjatuh dari tingkat atas bangunan yang sedang dibina itu, pecah berderai tak jauh dari tempat aku berdiri tadi. ¡°Kau tak nampak ke yang lampu tu hampir jatuh kena kau?¡± Justin bertanya, suaranya sedikit marah namun cemas. Aku masih tergamam, melihat pecahan kaca lampu di tanah. Justin berjongkok, memeriksa pecahan itu dengan cermat sebelum dia berkata perlahan, ¡°Nampaknya... ada orang cuba membunuh kau.¡± Kata-katanya membuatkan darahku terasa sejuk. "Macam mana kau tahu aku ada di sini?" tanyaku, masih dalam keadaan terguncang. Justin mengangkat pandangannya, wajahnya serius. "Aku nampak kau dan Atirah berjalan ke arah Blok 7 tadi. Aku fikir ada sesuatu yang tak kena, jadi aku cuba ikut untuk menghalang kamu berdua. Tapi kemudian aku nampak lampu tu jatuh ke arah kau," jelasnya, nada suaranya jelas menunjukkan kekhawatirannya. Dia tiba-tiba memandang ke arah hutan yang mengelilingi kawasan itu, ekspresinya berubah tegang. ¡°Dan lagi satu¡¡± Justin berbisik, matanya tak lepas dari hutan. ¡°Kita¡ sedang diperhatikan.¡±Support the creativity of authors by visiting Royal Road for this novel and more. Sejurus selepas itu, sosok yang diperhatikan oleh Justin mula melarikan diri, menembus kegelapan kawasan pembinaan. Justin, tanpa ragu, segera mengejarnya. Aku yang terpaku seketika, akhirnya memutuskan untuk mengikuti mereka, derap langkah kami memecah kesunyian di antara bangunan-bangunan yang belum siap. Setelah beberapa minit mengejar, Justin berjaya menangkap orang itu di sebuah sudut. Aku sampai beberapa detik kemudian, menyaksikan mereka berdua terlibat dalam pergelutan sengit. Justin bertarung dengan cekatan, memaksa lawannya ke tepi. Wajah orang itu tertutup sebahagian, menyukarkan kami mengenalinya. Namun, saat Justin hampir menguasai situasi, orang tersebut berhasil meloloskan diri dan mula melarikan diri sekali lagi. Ketika dia pergi, aku perasan sesuatu jatuh dari poketnya. Sebuah objek kecil dan berkilau tertinggal di atas tanah¡ªnampak seperti sebuah cip. Tanpa berfikir panjang, aku mengambil cip itu dan menyimpannya dengan cepat. Tak lama kemudian, Atirah tiba, kelihatan cemas melihat keadaan kami. ¡°Awak berdua tak apa-apa?¡± tanyanya, pandangannya beralih antara aku dan Justin. Justin, dengan nada tegas, berkata kepada Atirah, ¡°Awak jangan datang ke sini lagi, walaupun itu berkaitan dengan kelab misteri. Tempat ni tak selamat.¡± Atirah nampak bingung, tapi dia mengangguk perlahan, menyedari keseriusan dalam nada Justin. Dia pun berundur dengan ragu, meninggalkan kami di situ Setelah Justin mengingatkannya untuk tidak kembali ke Blok 7, Atirah kelihatan ragu, namun akhirnya bertanya, "Kenapa? Apa sebenarnya yang bahaya di sini?" Justin menghela nafas sejenak, sebelum menjawab dengan tegas, "Kerana tempat ini bukannya tempat untuk pelajar masuki, Atirah. Ini kawasan terlarang." Matanya beralih kepada Atirah dengan sedikit rasa ingin tahu. "Tapi kenapa kau beria sangat nak datang sini? Apa yang kau cari, sebenarnya?" Atirah tersenyum tipis, mengangkat bahu dengan santai. "Tak ada apa-apa yang serius," katanya. "Aku cuma... teruja nak tengok apa yang ada di sini. Lagipun, kau tak hairan ke kenapa Blok ni dilarang untuk pelajar masuk? Mesti ada sesuatu yang disembunyikan, kan?" Justin memandangnya dengan sikap yang sedikit sinis. "Aku cuma menjalankan tugas aku sebagai pengawas di Akademi Putra," balasnya, jelas menunjukkan sikap profesionalnya. "Aku tak ada masa nak fikir apa yang tersembunyi atau tak di Blok 7 ni. Tanggungjawab aku memastikan semua pelajar ikut peraturan." Atirah mengangguk, namun tampak ada sesuatu di matanya, seolah-olah dia tidak sepenuhnya puas dengan jawapan itu. Sementara itu, aku tetap diam, memegang cip kecil di dalam genggaman, memikirkan maksud tersembunyi di balik larangan kawasan ini. Kami akhirnya meninggalkan Blok 7, melangkah keluar dari kawasan yang sunyi itu menuju kembali ke ruang yang lebih terbuka. Sepanjang perjalanan, aku perasan Atirah kelihatan sedikit gelisah, matanya sering kali melirik ke belakang seolah-olah ada sesuatu yang masih mengganggu fikirannya. Namun, dia tidak mengatakan apa-apa. Setibanya kami di kawasan kolam Akademi Putra, Justin berhenti dan menoleh kepada Atirah. Wajahnya tegas ketika dia berkata, ¡°Atirah, aku ulang sekali lagi, jangan pergi ke Blok 7 lagi. Tempat itu bahaya.¡± Atirah sekadar mengangguk tanpa banyak bicara, namun sorot matanya masih terlihat penasaran. Beberapa saat kemudian, dia berpaling dan berjalan pergi, meninggalkan aku dan Justin berdua. Aku mengambil peluang untuk mengeluarkan cip yang aku kutip tadi, menunjukkan kepada Justin. Cip itu kelihatan rosak, dengan retakan kecil di permukaannya dan beberapa bahagian yang kelihatan hangus. Justin memerhatikannya dengan teliti, wajahnya berkerut. ¡°Nampaknya cip ni dah rosak,¡± katanya, nada suaranya serius. ¡°Tapi, mungkin kau boleh cuba baiki. Siapa tahu, mungkin ada maklumat penting dalamnya.¡± Aku mengangguk, walaupun merasa sedikit ragu dengan keadaannya yang tampak begitu parah. "Aku akan cuba. Tapi kalau terlalu teruk, tak pasti aku boleh pulihkan." Justin memberi isyarat setuju, lalu berkata, ¡°Cubalah. Apa pun, mungkin ada sesuatu dalam cip ini yang boleh beri kita petunjuk tentang kenapa Blok 7 dilarang.¡± Aku menggenggam cip itu erat, rasa ingin tahu semakin menguat, seolah-olah cip itu menyimpan rahsia penting yang belum terungkap. Setelah berbincang dengan Justin, kami memutuskan untuk pergi ke makmal komputer di Akademi Putra untuk melihat sama ada cip itu masih boleh digunakan atau tidak. Makmal sunyi, namun cahaya skrin komputer dan peralatan elektronik yang tersusun kemas memberi suasana yang serius. Di sana, kami terserempak dengan Kai, salah seorang ahli kelab teknologi akademi yang terkenal dengan kemahirannya dalam membaiki dan mengendalikan alat elektronik. Aku dan Justin mendekatinya, menunjukkan cip yang telah rosak itu. Kai mengambil cip itu dan memeriksanya dengan teliti, memutarnya di bawah cahaya sambil menilai kerosakannya. ¡°Hmm¡ cip ni nampaknya dalam keadaan yang agak teruk,¡± katanya dengan nada serius. ¡°Ia mungkin ambil masa yang lama untuk dianalisis.¡± Justin mengangguk, menyedari betapa rumitnya tugas itu. ¡°Kami akan biarkan cip ni dengan kau, Kai. Kalau ada apa-apa perkembangan, beritahu kami secepat mungkin.¡± Kai tersenyum tipis, mengangguk penuh keyakinan. ¡°Aku akan buat yang terbaik. Tapi jangan harap jawapan cepat, sebab cip ni betul-betul memerlukan perhatian dan masa untuk dipulihkan.¡± Dengan itu, kami meninggalkan cip tersebut di tangan Kai, berharap agar dia dapat menemui sesuatu yang mungkin menjadi kunci untuk membuka misteri Blok 7. Chapter 07 Layang-Layang HARI KETUJUH Pagi itu, cuaca cerah dan berangin, sempurna untuk bermain layang-layang di taman. Aku dan Aiman menghabiskan masa dengan gembira, layang-layang kami melayang tinggi di udara. Namun, tiba-tiba layang-layangku terbang terlalu jauh dan terjatuh ke dalam kawasan asrama perempuan. Tanpa banyak berfikir, aku pergi mencarinya. Setelah beberapa lama menyusuri kawasan itu, akhirnya aku menemui layang-layangku tersangkut di tepi pagar asrama. Ketika aku hendak mengambilnya, aku melihat Anis sedang menjemur pakaian sambil bernyanyi dengan riang. Dia tampak lebih ceria dari biasanya, membuatku tersenyum melihatnya dalam suasana yang begitu damai. Aku menegurnya dengan suara perlahan, tapi dia kelihatan terkejut melihat kehadiranku. Dengan pakaian yang agak terbuka, dia cepat-cepat menutupi dirinya, wajahnya kemerahan sebelum bergegas lari ke dalam. Aku baru sahaja hendak berlalu pergi apabila penjaga asrama muncul dari arah berlawanan. Tanpa amaran, dia memandangku dengan mata yang tegas, jelas sekali dia tidak senang melihat kehadiranku di situ. Tak menunggu lebih lama, aku pun berlari sepenuh tenaga, cuba meloloskan diri dari kawasan asrama. Suara tapak kaki penjaga asrama bergema di belakangku, namun aku berjaya mencari jalan keluar dan akhirnya terlepas dari kejarannya. Setelah kembali ke taman, aku dan Aiman menyambung semula permainan layang-layang kami, ketawa dan bergembira seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun, keseronokan itu tak bertahan lama. Beberapa saat kemudian, seorang pelajar datang memberitahuku bahawa pengetua mahu berjumpa denganku. Dengan rasa ingin tahu bercampur sedikit bimbang, aku pun bergegas menuju ke bilik pengetua, tertanya-tanya apa yang bakal dibincangkan. Pengetua memandangku dengan tatapan serius, jelas tidak berpuas hati dengan alasan kehadiranku di kawasan asrama perempuan. "Jadi, kenapa kamu menceroboh masuk ke dalam asrama perempuan?" tanyanya, dengan suara yang penuh ketegasan. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab, ¡°Sebenarnya, saya cuma hendak mengambil layang-layang saya yang terjatuh, tuan.¡± Dia mengangguk sedikit sambil menulis sesuatu dalam buku rekod pelajar, mencatat perbuatanku. ¡°Baiklah, kamu boleh pergi,¡± katanya, matanya kembali tertumpu pada catatannya. Sebelum keluar, aku rasa ingin tahu memuncak. Jadi aku beranikan diri bertanya, ¡°Sebenarnya, apa tujuan Akademi Putra ditubuhkan, tuan? Adakah ia untuk mengkaji pelajar seperti yang dilakukan di sekolah Permata Mutiara?¡± Pengetua menghentikan penanya di atas kertas dan memandangku dengan pandangan tajam, seolah-olah menilai sama ada aku layak mendengar jawapannya. Setelah beberapa detik, dia akhirnya berkata, ¡°Kamu masih mentah untuk mengetahui hal itu. Hari ini kamu bernasib baik, kerana nama kamu belum sempat dicatat. Tapi ingat, kalau kamu sekali lagi menceroboh ke kawasan asrama perempuan, kamu akan dikenakan denda.¡± Aku mengangguk, rasa lega bercampur ingin tahu yang semakin membara. Setelah itu, aku keluar dari bilik pengetua, berjalan di sepanjang koridor, masih memikirkan kata-katanya yang penuh teka-teki. Tiba-tiba, aku mendengar suara seseorang memanggilku. Aku menoleh dan melihat Kai sedang berdiri tidak jauh dariku, wajahnya tampak penuh semangat. ¡°Di sini kau rupanya! Mari, ada sesuatu yang hendak aku tunjukkan,¡± katanya sambil tersenyum. Sebelum sempat aku bertanya apa yang dia maksudkan, Kai sudah memegang tanganku dan membawaku menuju ke makmal komputer. Sesuatu yang menarik jelas sedang menantiku di sana. Kai berjaya membaiki cip yang aku dan Justin serahkan padanya, namun ketika kami cuba mengaksesnya, skrin menunjukkan permintaan kata laluan. Aku termenung sejenak, cuba memikirkan petunjuk yang pernah kudengar. Tiba-tiba, aku teringat akan kode yang disebut oleh Amiliya: "5A." Aku menyebutnya kepada Kai, dan tanpa ragu, dia memasukkan kode itu. Dengan segera, cip tersebut terbuka, memperlihatkan isi kandungannya. Pada skrin, tertera satu mesej yang misteri: ¡°Kamu harus mencari di mana letaknya NPV jika tidak mereka akan mati.¡± Aku membaca mesej itu dengan rasa resah yang semakin mendalam, cuba memahami maknanya. Selain mesej itu, terdapat beberapa gambar aneh yang turut terpampang pada skrin¡ªgambar-gambar bangunan dan ruangan yang asing, seolah-olah menyimpan rahsia yang lebih besar. Tiba-tiba, pintu makmal komputer terbuka, dan Justin melangkah masuk dengan ekspresi ingin tahu. ¡°Kenapa, kau memanggil aku?¡± tanyanya sambil memandang kami berdua. Kai memutar skrin ke arahnya, memperlihatkan isi kandungan cip yang telah kami akses. ¡°Ini yang terdapat dalam cip tersebut,¡± kata Kai sambil menunjukkan mesej yang muncul tadi. Justin membaca mesej itu dengan raut wajah serius. Aku dapat melihat kekusutan di wajahnya, seolah-olah mesej ini memberi amaran tentang sesuatu yang berbahaya. Justin bersandar sedikit ke belakang, matanya masih tertancap pada skrin. ¡°NPV? Apa maksudnya? Dan siapa yang mungkin dalam bahaya?¡± dia bertanya dengan nada rendah, seakan bercakap pada dirinya sendiri. Aku menoleh pada Kai dan Justin, perasaan cemas mula menghantui, menyedari bahawa cip ini mungkin membawa kami pada rahsia yang jauh lebih besar daripada yang kami jangka.Stolen from its rightful place, this narrative is not meant to be on Amazon; report any sightings. Aku meminta Kai mencari maklumat tentang BlackAlpha. Dengan pantas, dia menaipnya ke dalam enjin carian, tetapi laman web pertama yang muncul ternyata disekat. Namun, hal itu tidak menjadi penghalang bagi Kai¡ªdalam sekelip mata, dia telah berjaya membuka sekatan laman tersebut. Aku kagum dengan kemahirannya, tetapi rasa terkejut lebih mendalam melihat isi kandungan laman itu. Pada skrin terpampang gambar-gambar yang menyeramkan¡ªimej makhluk aneh dan eksperimen yang menakutkan. Di antara gambar-gambar itu, terdapat foto sejenis ubat yang dikatakan dapat mengubah manusia menjadi makhluk mengerikan. Video yang turut dipaparkan menceritakan tentang satu letupan besar di sebuah markas. Selepas letupan itu, BlackAlpha berjaya menemui sebuah beg misteri di tapak kejadian. Di bawah gambar tersebut, ditunjukkan pula pelajar-pelajar yang telah menjalani ujian DNA yang melibatkan bahan dalam beg itu. Dari ujian yang dijalankan, hanya tiga pelajar yang terselamat daripada mutasi genetik yang berlaku, dan salah seorang daripada mereka adalah Anis. Aku terpegun seketika. Ternyata telahan Justin sebelum ini benar¡ªada kaitan antara Anis dan projek rahsia ini. Justin memandang kami, kemudian berkata, ¡°Masih ada misteri yang belum diselesaikan.¡± Dia bertanya tentang markas yang terlibat dalam peristiwa tersebut, dan laman itu menunjukkan nama markas: Military Systems Base. Kami saling berpandangan, menyedari bahawa Military Systems mungkin mempunyai kaitan langsung dengan ibu Amiliya. Namun, sebelum kami sempat menyelidiki lebih lanjut, laman web tersebut tiba-tiba dijangkiti virus yang segera memadamkan semua data yang ada. Justin termenung seketika, kemudian berkata dengan nada serius, ¡°Kemungkinan ubat dalam beg itu adalah NPV, seperti yang disebut dalam cip. Seseorang jelas sekali ingin mendapatkan beg tersebut. Tapi apa sebenarnya yang terkandung di dalamnya?¡± Kami berdiam diri, merenungi persoalan Justin, menyedari bahawa beg NPV ini mungkin adalah kunci kepada segala misteri yang sedang kami hadapi. Malam pun menjelma, dan aku sedang berehat di dalam bilik sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, Aiman datang menghampiriku dan menanyakan tentang panggilan pengetua yang ku terima pada pagi tadi. ¡°Ada apa-apa yang berlaku?¡± tanya Aiman dengan penuh rasa ingin tahu. ¡°Tak ada apa-apa,¡± jawabku, cuba untuk mengelak daripada membincangkan perkara itu lebih lanjut. Setelah beberapa ketika, aku hampir tertidur ketika tiba-tiba terdengar bunyi objek keras yang melanggar tingkap bilikku. Terkejut, aku segera melangkah ke arah tingkap untuk melihat apa yang berlaku. Dari luar, aku melihat Azmi berdiri di luar bangunan asrama, cuba memanggilku dengan gelagat yang agak mencurigakan. Aku cepat-cepat turun untuk berjumpa dengannya. ¡°Kenapa?¡± tanyaku, mendekatinya. ¡°Malam ni, kita akan cuba pecah masuk asrama perempuan,¡± balas Azmi dengan nada penuh semangat. ¡°Aku tak boleh! Kalau aku pecah masuk asrama perempuan lagi, aku akan dikenakan denda,¡± kataku tegas, berusaha mengekalkan prinsipku. Azmi tersenyum nakal dan berkata, ¡°Itu lah alasan aku memanggil kau. Aku perlukan kau untuk rancang sesuatu yang lebih hebat.¡± Aku memandangnya, berperang antara rasa ingin tahu dan kerisauan. ¡°Apa yang kau rancang?¡± tanyaku, mulai tertarik dengan idea tersebut meskipun ada rasa berat hati. Kami pun memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Azmi memanjat tingkap menggunakan tali dan membuka tingkap tersebut, memberi isyarat supaya aku ikut serta. Dengan rasa berdebar, aku memanjat dan akhirnya berjaya memasuki bilik tersebut. Setelah berada di dalam, aku melihat ke arah tingkap yang dibuka tadi. Dan di sudut bilik, Anis sedang tidur dengan nyenyaknya. Namun, dalam tidurnya, dia kelihatan gelisah. Dia mengigau tentang Military System, merayu supaya jangan dijadikan bahan ujikaji. ¡°Jangan jadikan aku bahan uji kaji¡ tolong,¡± katanya dengan suara yang lembut, namun penuh dengan ketakutan. Melihat keadaannya, aku berkata dalam hati, ¡°Mungkin memang betul Anis ialah pelajar yang dijadikan bahan uji kaji.¡± Sekarang, aku sudah tahu hampir keseluruhan misteri yang mengelilinginya. Namun, aku masih mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku padanya sehingga dia mengigau seperti itu. Setelah selesai menyaksikan momen yang menyentuh hati itu, aku dan Azmi pun pulang ke asrama lelaki. Dalam perjalanan pulang, aku bertanya kepada Azmi, ¡°Kenapa kau mengajakku untuk pecah masuk asrama perempuan?¡± Azmi tersenyum nakal dan menjawab, ¡°Bukan ke kau teringin untuk mengenali dirinya? Jadi, aku cuba nak bantu kau je.¡± Aku terdiam sejenak, menyedari bahawa dia ada benarnya. Namun, rasa bersalah masih menghantui fikiranku. ¡°Tapi, apa yang kita buat ini betul?¡± tanyaku, merasa sedikit ragu dengan tindakan kami. Azmi menepuk bahuku. ¡°Kadang-kadang, untuk mengetahui kebenaran, kita terpaksa ambil risiko. Lagipun, kita masih boleh menyelamatkannya.¡± Dengan kata-kata itu, aku terpaksa akui bahawa dia ada hak untuk berfikir begitu. Namun, misteri di sebalik Anis dan Military System masih membelenggu fikiranku. Dalam perjalanan pulang, kami diterangi oleh bintang-bintang yang bersinar di langit malam. Suasana tenang itu mengundang Azmi untuk bersuara, ¡°Akademi Putra adalah sekutuan dari Akademi Mutiara Bersinar, betul tak?¡± Aku menoleh padanya, lalu bertanya, ¡°Apa perbezaan antara Sekolah Permata Mutiara dan Akademi Mutiara Bersinar?¡± Azmi tersenyum, seolah-olah dia menikmati teka-teki yang sedang kami mainkan. ¡°Nampaknya ingatan kau begitu tajam. Keduanya sama dan juga tidak. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Nampaknya kau sudah pandai dalam permainan teka-teki ini, dan kalau boleh, aku nak kau cari punca kebakaran di Akademi Mutiara Bersinar.¡± Aku terdiam sejenak, lalu membalas, ¡°Tidak, aku tidak mampu untuk memecahkan misteri Akademi Mutiara Bersinar kerana sudah terlalu lama. Lagipun, semua orang sepertinya sudah melupakan apa yang berlaku.¡± ¡°Kenapa?¡± tanya Azmi sambil memandangku dengan serius. ¡°Tidak ada apa-apa,¡± balasku, berusaha mengelak dari perbincangan lebih lanjut. Dia nampak dapat membaca fikiranku, tetapi aku tidak bersedia untuk berkongsi lebih banyak lagi. Lalu, kami teruskan langkah kami, dan aku merasakan bebanan misteri yang semakin berat di bahuku. Azmi tidak bertanya lagi dan terus berjalan, tetapi suasana malam itu terasa berat dengan pelbagai persoalan yang masih berlegar di fikiran kami. Apa sebenarnya yang berlaku di Akademi Mutiara Bersinar? Dan bagaimana ia berkaitan dengan Anis dan cip yang kami temui? Misteri ini seolah-olah tidak berkesudahan. Chapter 08 Penawar Dan Si Bertopeng HARI KELAPAN Sudah seminggu aku berada di sini, di Akademi Putra. Pagi itu, kami semua berkumpul di kantin untuk bersarapan. Setelah itu, Husnah masuk ke dapur dan memasak hidangan untuk kami. Setelah makanan siap, kami semua duduk di meja makan, menunggu Husnah untuk menghidangkan. Sementara kami semua menikmati hidangan, Saiful kelihatan enggan memakan masakan Husnah, jelas sekali kerana egonya yang tinggi. Husnah tidak berputus asa, dan selepas beberapa lama memujuk, akhirnya Saiful memutuskan untuk mencuba. Tak disangka, dia benar-benar menyukai masakan Husnah. Mimi pula, setelah mencuba, kelihatan terharu. Air muka Mimi berubah seolah-olah mengenang masa silamnya. Dia berkata, "Boleh tahan juga." "Kau nampak macam terharu, tapi hanya komen ''boleh tahan'' je?" Husnah membalas, sedikit tergelak. Mimi hanya tersenyum dan terus makan tanpa memperdulikan apa yang dikatakan Husnah. Aku melihat Haikal yang sedang sibuk mengambil gambar makanan. Lalu aku berkata, "Makanan pun kau nak ambil gambar?" "Yelah," jawab Haikal, "Jarang aku nampak masakan sesedap ni!" katanya sambil terus mengambil gambar dari pelbagai sudut. Namun, tak lama kemudian, Aiman mula berasa tidak sihat. Dia kelihatan agak lemah dan mengadu sakit perut. Dayana, yang kebetulan ada di situ, memeriksanya dan menyatakan bahawa Aiman mungkin keracunan makanan. Tetapi jelas bahawa makanan tersebut bukan dari masakan Husnah. Dayana segera mengarahkan Aiman untuk mengambil ubat di bilik kimia. Aku segera menawarkan diri dan berlari menuju ke bilik kimia untuk mengambil ubat tersebut. Apabila aku sampai di bilik kimia, Natsumi menegurku. "Apa yang kamu buat di sini?" "Aku cari ubat penawar," jawabku ringkas. Dia mengangguk dan segera mencari ubat tersebut. Ternyata, hanya tinggal satu botol sahaja. Tanpa banyak bicara, dia memberikannya kepadaku. Setelah itu, aku bertanya tentang NPV. Natsumi kelihatan sedikit terkejut. Tanpa sengaja, dia melepaskan botol kaca yang sedang dipegangnya. Setelah mengambil seminit untuk menenangkan dirinya, dia menjawab sambil membersihkan kaca yang jatuh. "NPV merupakan salah satu ubat khusus juga merupakan ubat yang sama SCI kerjakan. Ubat ini mampu memulihkan sel manusia dengan sangat cepat. Itu merupakan penemuan terhebat dalam sejarah," jelasnya. Itulah sahaja yang diketahui oleh Natsumi mengenai NPV. Setelah mendengar penjelasannya, aku bergegas keluar dari bilik kimia dan berlari ke kantin untuk memberikan ubat tersebut kepada Dayana. Setelah itu, aku segera meninggalkan kantin. Tiba-tiba, beberapa rakan sekelas menghampiriku dan menegur. "Kemana kau hendak pergi?" Aku balas dengan tergesa-gesa, "Aku harus pergi ke tandas." Namun, rakan-rakan sekelasku mula mencurigai tindakanku. Aku mencari Justin di kelas 2A, namun dia tidak ada di situ. Kemudian, aku memutuskan untuk mencari Natsumi di bilik kimia. Sebelum membuka pintu, aku terdengar perbualan antara Justin dan Natsumi yang sedang berbincang dengan serius. "Nampaknya ada pemerhati di sekolah ini," kata Justin dengan nada serius. Balas Natsumi, "Kalau mereka berjaya mendapat sampel DNA, mereka tidak lagi memerlukan Beg itu, tetapi untuk membuatkannya sempurna, mereka memerlukan alatan dan maklumat yang terkandung di dalam Beg tersebut." Justin bertanya lagi, "Adakah engkau tahu siapa pemerhati itu?" "Tidak, yang aku tahu setakat ini, mereka sedang memburu pelajar yang terselamat dari ujian DNA," jawab Natsumi. Justin berfikir sejenak, lalu memberi kenyataan, "Orang terselamat itu ialah Anis." Tanpa memberi peluang untuk berfikir lebih lanjut, Justin dan Natsumi membuka pintu dan berlari keluar. Mereka seolah-olah sudah menyedari kehadiranku dan memberi isyarat untuk aku mengikuti mereka. ¡°Hazrul ikut kami!¡± Di sepanjang perjalanan, aku bertanya dengan penuh tanda tanya, "Kenapa? Kenapa kita perlu pergi?" Justin menjawab dengan cepat, "Kita tidak ada masa. Anis dalam bahaya." Aku terkejut dengan jawapannya dan berhenti sebentar, namun aku segera menyedari bahawa tiada masa untuk bertanya lagi. Tanpa berkata apa-apa lagi, aku hanya mengikuti mereka. Setibanya di suatu tempat, Justin memberi arahan lagi. "Kau perlu pergi mencari ubat penawar secepat mungkin dan bertemu kami di taman." Dengan arahan yang jelas, aku bergegas untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Setelah itu, aku bergegas menuju ke kantin untuk mencari Dayana, tetapi dia tiada di sana. Tiba-tiba, Kai dan Haikal menegurku. "Kenapa yang melarikan diri tadi?" tanya mereka dengan nada curiga. Aku tahu aku perlu cepat untuk menemui Dayana, jadi aku tidak menjawab pertanyaan mereka. Namun, mereka terus mengejar. "Woi, tentu kau ada sesuatu yang kau sorokkan dari kami berdua," ujar Kai, disertai dengan tawa sinis dari Haikal. Aku berhenti sejenak, terhalang oleh mereka berdua. Tiba-tiba, Amiliya muncul dan menyuruh mereka melepaskan aku dengan alasan itu urusan pengetua. "Dimana Dayana?" tanya Amiliya, melihat situasi yang agak tegang. Mereka menjawab, "Dia di bilik kecemasan pelajar." Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke bilik kecemasan. Di sana, akhirnya aku bertemu dengan Dayana. Aku segera meminta ubat penawar yang aku perlukan.If you spot this narrative on Amazon, know that it has been stolen. Report the violation. Namun, Dayana enggan memberikannya. "Aiman lebih memerlukannya," katanya dengan tegas. Aku menjawab, "Aku memang memerlukan ubat ini." Aiman yang berada di situ kemudian berkata, "Tak mengapa, kau boleh ambil ubat ini, aku akan tunggu ubat yang lain sampai." Dayana yang mendengar itu berkata, "Ubat penawar akan tiba sekitar jam 1 tengah hari, kau tidak mampu bertahan sehingga itu." Aku terkejut mendengar kata-kata Dayana. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari keluar dari bilik kecemasan tanpa mengambil ubat tersebut dan menuju ke taman. Kawasan taman begitu sunyi, dikelilingi kabus tebal yang menyelubungi setiap sudut. Aku berjalan perlahan, cuba mencari tanda-tanda apa yang terjadi. Tiba-tiba, aku melihat Anis. Dia kelihatan berbeza, matanya bersinar dengan cara yang aneh, dan dia sedang bertarung dengan seseorang yang mengenakan jubah hitam. Si penjubah itu, dengan kelincahan yang mengagumkan, menggunakan pedang untuk melukai tangan Anis. Aku menyaksikan dengan ngeri bagaimana dia meracuni Anis dengan sejenis racun yang nampaknya mengalir ke dalam tubuhnya. Aku berdiri terpegun, tidak mampu bergerak kerana ketakutan. Tiba-tiba, lelaki itu cuba mengangkat Anis. Namun, sebelum dia sempat berbuat demikian, Justin dan seorang lagi rakan mereka muncul untuk menghalang. Justin segera memegang Anis, melindunginya, sementara rakannya mengeluarkan pedang dan bertempur dengan si penjubah. Perlawanan itu sangat sengit, begitu cepat dan ganas sehingga aku hampir tidak dapat melihat pergerakan pedang mereka. Kabus semakin pekat, menambah kekeliruan. Aku hanya dapat mendengar suara geseran pedang dan pertempuran yang berterusan. Akhirnya, dalam kabus yang semakin tebal, aku melihat si penjubah itu melarikan diri ke dalam hutan. Rakannya Justin cuba mengejarnya, tetapi dia kelihatan terhalang. "Mataku!" jerit rakannya, kesakitan setelah disembur dengan gas pemedih mata. Aku tidak menunggu lagi dan segera berlari ke arah hutan. Di tengah hutan yang gelap dan penuh kabus, aku terlihat seorang lelaki bertopeng berdiri di kejauhan. Tiba-tiba, Justin dan rakannya muncul dan menghampiri lelaki bertopeng itu. "Kau lah yang memerhatikan kami, kan?" tanya Justin dengan suara tegas. Lelaki bertopeng itu memandang mereka sebelum menjawab dengan tenang, "Memang kamu semua diperhatikan, tapi bukan oleh aku." Sambil menyimpan pedangnya, lelaki itu kemudian membaling bom asap ke arah mereka. Kabus tebal tiba-tiba memenuhi udara. "Berhati-hatilah bila kamu bertemu dengannya lagi," katanya sebelum menghilang dalam keheningan hutan. Aku terdiam, bingung dan takut dengan ancaman yang baru saja disampaikan. Selepas kejadian di hutan, Justin menanyakan tentang penawar yang aku minta tadi. Aku menghela nafas panjang dan menjawab, "Penawar itu telah habis digunakan." Rakan Justin yang setia berdiri di sisi kemudian menyimpan pedangnya dengan tenang sebelum berkata padaku, "Kau ni memang hebat dalam menyelesaikan misteri, tapi kami selangkah di depan kau." Justin yang mendengar itu menambah, "Nampaknya si penjubah tadi masih lagi mencari petunjuk yang ada." Aku terdiam, terkejut. Selama ini aku fikir hanya kami yang mencari rahsia di sebalik sekolah ini, tapi rupanya ada orang lain yang turut mencari. Kemudian, Justin memperkenalkan rakannya yang baru saja muncul itu. Namanya Max, seorang pemain pedang yang terhebat yang pernah aku temui. Max memberi senyuman dan mengangguk sebagai tanda perkenalan. Kami bertiga, bersama-sama, pergi melihat Anis di tempat dia dirawat. Setibanya di sana, aku melihat tangan Anis yang terluka akibat bilahan pedang si penjubah telah sembuh dalam sekelip mata. Aku terkejut melihat kesembuhannya yang luar biasa. Natsumi yang sedang menjaga Anis berkata, "Nampaknya dia tidak memerlukan penawar lagi kerana racun dalam tubuhnya telah dikeluarkan sepenuhnya." Natsumi kemudiannya bertanya padaku dengan nada serius, "Kenapa kau bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penawar tadi?" Aku memandang Natsumi dan menjawab, "Rakan sekelas aku, Aiman, sakit semasa berada di kantin, jadi aku berlari untuk mendapatkan ubat." Natsumi mengangguk sedikit, lalu berdiri. "Ubat itu cukup kuat sehinggakan mampu mengeluarkan bisa ular dari badan. Apa yang menyebabkan kawan kamu sakit?" Aku berfikir sejenak, bingung dengan pertanyaan itu. "Aku tidak tahu apa puncanya," jawabku akhirnya. Aku cuba mengubah topik dan bertanya kepada Justin, "Kenapa kau tiba-tiba berlari keluar tadi?" Justin memandang aku dengan wajah serius. "Semasa aku berbual dengan Natsumi, aku ternampak Anis berjalan menuju ke hutan. Kemudian, seseorang mengekori dia." Aku terdiam, memikirkan kata-kata Justin. Jadi, ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan Anis. Kenapa dia berjalan seorang diri ke dalam hutan? Apa yang mendorongnya untuk melakukannya? Aku bertekad untuk mencari jawapannya. Kami membawa Anis ke bilik rawatan, dan aku dapat melihat dia pengsan tidak sedarkan diri. Keadaannya agak membimbangkan, tetapi aku tahu dia kuat dan pasti akan bangun. Sementara itu, aku pergi melawat Aiman yang masih terlantar di tempat tidurnya. Aku duduk di tepi katilnya dan bertanya, "Kenapa kau tiba-tiba boleh jatuh sakit?" Aiman yang kelihatan lemah cuba untuk bercakap, "Seseorang... seseorang memberikan minuman kepadaku... kemudian badanku mula berasa sakit... tapi aku tak ingat dengan jelas apa yang berlaku." Aku mengangguk, sedikit bingung dengan kata-katanya, tetapi sebelum aku dapat bertanya lagi, Dayana masuk dan memberitahu, "Aiman akan sembuh dalam beberapa hari lagi. Jangan risau." Dia kemudian melirik ke arah Anis yang masih tidak sedarkan diri, dengan wajah yang penuh kerisauan. "Aku tak tahu berapa lama Anis akan sedarkan diri," tambah Dayana. Aku hanya mengangguk dan meninggalkan mereka berdua, kerana aku tahu Alia juga menemani Aiman, kelihatan risau akan keadaannya. Aku memutuskan untuk memberi mereka ruang. Setelah itu, aku bertemu dengan Justin di luar bilik rawatan. "Apa yang perlu kita lakukan sekarang ni?" tanyaku. Justin menjawab dengan tegas, "Kita akan cari siapa yang memerhatikan kita selama ini dan apa tujuannya." Sebelum aku sempat menjawab, Shafikah muncul di depan bilik rawatan dan melangkah masuk untuk melawat Anis. Dia berdiri di tepi katil Anis, kelihatan cemas. Aku menegurnya dengan nada hati-hati, "Shafikah, apa sebenarnya yang menyebabkan Anis pergi ke hutan?" Shafikah memandang aku, dan dengan suara yang perlahan, dia menjawab, "Semalam ada seseorang memberikan surat kepadanya... dan pada pagi itu, dia mula pergi ke hutan." Aku terkejut mendengar jawapannya. Surat? Itu pastinya ada kaitan dengan surat yang diterima oleh Amiliya sebelumnya. Jika begitu, ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di luar pengetahuan kami. Rasanya, ini adalah petunjuk yang sangat penting untuk kami temui siapa yang benar-benar menggerakkan semua peristiwa aneh ini. Malam itu, aku berjalan meronda di kawasan sekolah dengan hati yang penuh rasa curiga. Aku bertekad untuk mencari siapa yang sebenarnya memerhatikan kami, memantau setiap gerak-geri kami. Dalam perjalanan, aku sempat singgah sebentar di bilik rawatan untuk melihat keadaan Anis. Ketika aku berdiri di luar bilik, aku merasa seperti ada seseorang yang memerhatikannya melalui tingkap. Aku cepat-cepat menyembunyikan diri, dan akhirnya aku dapat melihat bayangan seseorang bergerak di sekitar sana. Tanpa berfikir panjang, aku segera mengejarnya. Orang itu berlari dengan pantas, melintasi atap dan bumbung sekolah. Aku tidak berani berhenti dan terus mengekorinya, berlari sepanjang koridor yang gelap dan sunyi, berlari menelusuri lorong-lorong yang telah lama aku kenal. Kami sampai ke kawasan pembinaan yang terletak di hujung sekolah. Di sana, aku berhenti sejenak, berhati-hati mencari bayangan orang itu. Tiba-tiba, dia muncul di belakangku, seperti hantu yang tak terlihat namun sangat nyata. Aku terkejut, tetapi tidak menyerah. Lelaki bertopeng itu melihat aku dengan pandangan tajam, dan kemudian dia bertanya, "Apa yang terjadi kepada Anis?" Aku menelan air liur, tidak dapat menyembunyikan rasa bingung dan sedikit takut. "Siapa kau?" aku bertanya. "Apa hubungan kau dengan Anis?" Lelaki itu mendekat, langkahnya tenang dan tegas. "Aku hanya memberitahumu, jangan dekati Anis lagi. Jika tidak, kau akan menerima padahnya," katanya dengan suara yang rendah dan serius. Tanpa memberi aku peluang untuk bertanya lebih lanjut, lelaki itu menghilangkan diri begitu sahaja. Seperti angin yang menyapu tempat itu, meninggalkan hanya kekosongan dan rasa aneh yang sukar untuk digambarkan. Aku berdiri di tempat itu, tercengang. Apa yang sebenarnya sedang berlaku? Apa yang menyebabkan Anis menjadi sasaran dan siapa lelaki bertopeng itu? Banyak persoalan tanpa jawapan yang semakin berlegar dalam fikiranku. Catatan -Siapa si bertopeng -Apa yang menyebarkan Aiman Terkena Racun -Tujuan Anis pergi ke hutan. Chapter 09 Penjelasan Anis HARI KESEMBILAN Pada hari tersebut, Aiman sudah sembuh dari penyakit dan dapat pergi ke kelas seperti biasa. Semasa waktu rehat, aku berjalan di taman dan terdengar suara Atirah sedang menelefon seseorang. "Ya, Sasaran telah dikesan. Cuma menunggu masa aja," terdengar dari telefon. Kemudian, dia ternampak aku lalu segera meletakkan semula telefonnya. Aku bertanya dengan siapa dia bercakap, dan jawabnya, "Itu cuma kawan aku, kami sedang memburu tupai, takda apa yang penting." Dia berlalu pergi meninggalkanku tanpa menjawab lebih lanjut. Selepas tamat waktu belajar, Amiliya datang menegurku tentang alasan aku berlari dan langsung tidak memperdulikan Aiman yang sedang sakit. Kai dan Haikal pun ingin tahu. Kemudian, Kai bertanya, "Mungkin ke ada kaitan dengan Cip yang kau suruh aku periksa?" Haikal pun menanyakan soalan lagi, "Kau menyimpan rahsia dari kami, betul kan?" Nampaknya, Dayana pun ingin tahu sebabnya. Lama kelamaan, hampir semua orang menanyakan kepadaku. Aku tidak tahu sama ada patut aku beritahu hal yang sebenar atau berdiam diri. Kemudian, Saiful memegang bahu ku dan membawaku keluar dari kelas. Kami berjalan di koridor. Lalu, Saiful menanyakan padaku tentang apa yang sebenarnya berlaku. Aku tidak tahu sama ada patut untuk jujur padanya atau berdiam diri. Kemudian, dia bertanya tentang BlackAlpha dan Beg NPV yang dia lihat. Aku terpaksa memberitahunya kenyataan yang sebenar. Setelah menceritakan kesemuanya, akhirnya Saiful memahami erti pembinaan itu. Kemudian, Amiliya datang berjumpa denganku. "Tadi memang betul-betul teruk kan? Apa yang dimaksudkan Kai sebenarnya? Cip apa yang kau telah jumpa?" katanya. Kemudian, kami bertiga berjalan menuju ke bilik kecemasan untuk berjumpa dengan Anis yang sekarang ni sedang sakit. Dalam perjalanan, aku menceritakan tentang semua yang aku tahu. Amiliya menjawab, "Nampaknya ia tidak ada kaitan dengan ibuku." Saiful pula berkata, "Sebenarnya apa yang kamu berdua cari?" Kata-kata Saiful yang masih tidak memahami situasi kami. Setelah sampai di bilik rawatan, aku melihat Azmi sedang memberi sejambak bunga kepada Anis yang masih pengsan. Ahli kelab misteri yang lain juga turut melawatnya, tetapi Atirah tidak kelihatan; mungkin dia pergi memburu tupai. Amiliya menegur rakan kelabnya, kemudian Saiful meminta diri untuk pergi ke suatu tempat. Aku mula menegur Azmi. "Hey Azmi, kenapa kau memberi bunga kepada Anis?" Azmi menjawab dengan nada yang agak jauh, "Aku dan Anis pernah berjumpa. Waktu pertama kali kami berjumpa adalah di sekolah Permata Mutiara. Semasa di sekolah Permata Mutiara, Anis begitu ceria. Aku mempunyai lima orang kawan baik di sana. Mereka ialah Hafiz, Kimi, Anis, dan aku." Aku yang mendengar kata-kata Azmi bertanya, "Dan seorang lagi?" Nampaknya dia tidak ingin memberitahu lebih lanjut, wajahnya tiba-tiba berubah serius. Aku bertanya lagi, "Kenapa kau tidak memberi tahu aku segalanya?" Azmi membalas dengan perlahan, "Kerana ada udang di sebalik batu. Kerana itu aku tidak memberitahu kamu dari awal." Dia berhenti seketika, seakan memikirkan sesuatu, lalu menyambung, "Ada banyak hal yang lebih baik kalau tidak diungkapkan. Kadang-kadang, ada rahsia yang perlu disimpan untuk melindungi orang lain." Aku hanya terdiam mendengar jawapan Azmi yang penuh teka-teki. Ada sesuatu yang lebih besar di balik kata-katanya, sesuatu yang aku rasa belum aku fahami sepenuhnya. Aku pun meninggalkan Azmi dan terus berjalan. Tidak lama kemudian, aku bertemu dengan Justin. Nampaknya dia sedang berjalan bersama Natsumi. Aku memberitahunya tentang lelaki bertopeng yang aku jumpa semalam. "Lelaki itu pernah memberi amaran yang sama kepada kami," jawab Justin dengan wajah serius. Kami terdiam sejenak, merenung kemungkinan-kemungkinan yang ada. Perasaan tidak tenang melanda, seperti ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di luar pengetahuan kami. Tiba-tiba, Anis tersedar dari pengsan. Dia mula membuka matanya dan melihat Azmi serta ahli kelab yang lain di sekelilingnya. Justin segera pergi berjumpa dengannya. "Apa yang terjadi pada kau, Anis?" tanya Justin, wajahnya penuh kerisauan. Anis kelihatan keliru. "Aku... aku tak ingat dengan jelas," jawabnya lemah. "Apa yang aku ingat hanyalah sehelai surat yang menyuruh aku pergi ke hutan." Kami memberinya sedikit masa untuk cuba mengingati peristiwa yang berlaku. Setelah beberapa minit, kami memutuskan untuk beredar dan meninggalkan Anis dengan Anita, berharap dia dapat lebih tenang dan mengingat apa yang sebenarnya terjadi. Semasa aku cuba menuruni tangga, aku terdengar perbualan antara Azmi dan Saiful. "Sudah tiga tahun selepas kejadian itu kan?" tanya Saiful. "Ya, aku tak sangka rupanya kau bersekolah di sini juga, Saiful," balas Azmi. Aku terkejut mendengar perbualan mereka. Rupanya orang kelima dalam kumpulan kawan Azmi ialah Saiful. Mereka nampak seperti sudah mengenali antara satu sama lain dan baru bertentang mata pada hari ini. Saiful bertanya, "Kau tahu macam mana hendak memulihkan Anis?" Azmi menjawab dengan nada yang agak berat, "Tidak." "Tapi aku akan mencuba mencari penawarnya, agar Anis boleh tersenyum semula," tambah Azmi dengan tekad. Saiful merenung ke arah langit sebelum berkata, "Aku gembira melihat kamu berdua masih hidup, aku gembira melihat Anis di depan mata. Namun, aku masih risau. Sekiranya sekolah ini mengalami nasib yang sama, kita semua tentu akan terpisah semula. Terpisah untuk selamanya." Azmi membalas dengan penuh keyakinan, "Ya, dan sekiranya itu terjadi, aku tidak akan berdiam diri lagi. Aku akan melawannya walaupun terkorban." Aku yang mendengar latar belakang perbualan mereka berasa terharu. Sekiranya sekolah ini menghadapi nasib yang sama, aku juga akan cuba menghalangnya. Aku tidak akan membiarkan mereka berdua, serta kawan-kawan yang lain, terpisah lagi. Aku akan berjuang bersama mereka. Kemudian aku pergi melawat Anis untuk bertanya khabar. Nampaknya Anis sedang tidur, kelihatan keletihan dan memerlukan rehat yang secukupnya. Aku tidak mahu mengganggunya, jadi aku memilih untuk duduk di bangku menunggu di luar bilik rawatan.Stolen content warning: this content belongs on Royal Road. Report any occurrences. Tidak lama kemudian, Anita datang dan duduk di sebelahku. Hanya kami berdua sahaja yang berada di situ, dalam keheningan yang agak panjang. "Nampaknya kamu semua sudah mengenali Anis," kata Anita, memecah kesunyian. "Ya," jawabku sambil memandang ke arah Anis yang masih terbaring di atas katil. "Anis memang kawan baik kami." Anita mengangguk, senyuman kecil terukir di wajahnya. "Anis adalah salah satu dari kelab kami," tambahnya. Aku merasa sedikit tertanya-tanya dan bertanya, "Kelab apa sebenarnya itu? Aku tertarik nak tahu asal usul Kelab Misteri." Anita terdiam sejenak, seperti sedang mengenang kembali kenangan lama. Kemudian, dia mula bercerita dengan penuh perhatian. "Kelab Misteri ini sebenarnya bermula beberapa tahun yang lalu. Pada mulanya, kami hanya sekumpulan pelajar yang tertarik dengan perkara-perkara yang aneh dan tidak dapat dijelaskan. Kami sering bertanya soalan tentang fenomena aneh yang berlaku di sekolah, tentang kejadian-kejadian yang tidak masuk akal, dan tentang rahsia yang tersembunyi. Kami ingin mencari kebenaran di sebalik semua misteri itu," kata Anita, matanya merenung jauh seolah-olah mengingatkan kembali saat-saat pertama mereka memulakan kelab ini. "Anis antara ahli pertama yang menyertai. Dia memang seorang yang penuh dengan semangat untuk mencari jawapan. Ketika kami mula-mula terbentuk, kami tidak tahu apa yang akan kami hadapi. Tapi satu perkara yang pasti, kami semua terikat dengan satu tujuan: untuk mengungkap rahsia yang tersembunyi di sekitar kita." Anita berhenti sejenak, memandang ke arah Anis yang sedang tidur, lalu melanjutkan, "Namun, semakin lama kami menyelidik, semakin banyak pula cabaran yang kami hadapi. Banyak perkara yang kami temui menakutkan, dan ada kalanya kami hampir berputus asa. Tapi kelab ini tetap bertahan, kerana kami percaya ada sesuatu yang lebih besar daripada apa yang kita lihat." Aku mendengar dengan teliti, semakin tertarik dengan kisah yang Anita ceritakan. Ada banyak lagi yang ingin aku tahu tentang kelab ini, namun aku memilih untuk memberi ruang kepada Anita untuk menyelesaikan ceritanya. "Sebenarnya, walaupun kami menjalankan penyelidikan dan mencari jawapan kepada semua misteri ini, kami juga menjaga satu sama lain," kata Anita sambil tersenyum. "Itulah yang membuatkan kami tetap kuat, walaupun menghadapi pelbagai dugaan." Aku mengangguk, memahami bahawa Kelab Misteri bukan sekadar kelab penyelidikan biasa. Mereka adalah satu keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain, menghadapi misteri dan cabaran bersama-sama. Anita mendengar soalan aku dengan penuh perhatian, dan seketika itu suasana menjadi sunyi seolah-olah memikirkan jawapan yang tepat untuk memberikan penjelasan kepada semua yang aku terfikirkan. "Memang sukar untuk difahami, kan?" jawab Anita, suaranya lembut. "Anis memang mengalami trauma yang mendalam, dan itu adalah sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. Mengenai kenapa dia tidak trauma semasa pertama kali menyiasat Beg NPV, itu adalah kerana pada masa itu dia belum mengingat semuanya. Sebelum dia melihat video di perpustakaan, ingatannya tentang apa yang berlaku ke atas dirinya tidak lengkap. Dia mungkin tidak sedar sepenuhnya apa yang dia alami kerana ia tersembunyi jauh dalam fikirannya." Aku cuba memproses semua kata-kata Anita itu, tetapi masih ada banyak perkara yang aku tidak faham. "Tapi kenapa dia boleh lupa apa yang berlaku ke atas dirinya?" tanyaku lagi, masih tertanya-tanya. Anita menarik nafas panjang. "Itulah sebabnya saya fikir Anis mungkin mengalami amnesia. Dia bukan sahaja melupakan peristiwa-peristiwa yang menyakitkan, tetapi juga hal-hal yang berkaitan dengan dirinya. Apabila dia mula mengingati semula melalui video, ingatannya kembali dengan penuh kepedihan. Itu adalah satu bentuk perlindungan diri¡ªotaknya cuba melupakan trauma yang terlalu berat untuk ditanggung." Aku mengangguk perlahan, cuba memahami situasi Anis yang semakin kompleks. "Jadi, video itu telah membuka kembali memori yang terkubur dalam dirinya?" "Betul," jawab Anita. "Video itu bukan sahaja mengingatkan dia tentang masa lalunya, tetapi ia juga mencetuskan semula trauma yang pernah dia alami. Masa lalu yang cuba dia lupakan, kini datang menghantuinya kembali." Aku terdiam sejenak, berfikir tentang apa yang mungkin Anis rasakan sekarang. Sungguh berat beban yang harus dia tanggung, dan lebih tragis lagi apabila dia tidak mampu mengingati dengan jelas apa yang berlaku ke atas dirinya selama ini. "Tapi," aku bertanya, "Kenapa Azmi tidak memberitahu aku semuanya lebih awal? Kenapa dia biarkan aku terjerat dalam semua misteri ini tanpa tahu apa-apa?" Anita menghela nafas panjang, seolah-olah tahu bahawa aku akan bertanya soalan itu. "Azmi... dia terlalu melindungi semuanya. Dia mahu kamu masuk dalam kelab ini tanpa mengetahui sepenuhnya apa yang sebenarnya berlaku. Dia takut jika kamu tahu lebih banyak, kamu mungkin akan terjebak dalam masalah yang lebih besar, masalah yang lebih berbahaya." Aku terkejut dengan penjelasan itu. "Maksudnya, Azmi tahu tentang bahaya yang ada dalam kelab ini sejak dari awal lagi?" "Ya," jawab Anita perlahan, "dan dia tidak mahu kamu terbeban dengan rahsia yang terlalu berat. Azmi tahu kelab ini bukan sekadar penyelidikan biasa. Ada sesuatu yang lebih gelap di sebaliknya. Itulah sebabnya dia tidak memberitahu kamu segala-galanya." Aku mengeluh, merasa terperangkap dalam labirin misteri yang semakin rumit. "Tapi sekarang aku tahu terlalu banyak. Bagaimana aku boleh keluar dari semua ini?" Anita memandangku dengan penuh pengertian. "Kamu tidak boleh keluar begitu sahaja. Sekali kamu terlibat dalam misteri ini, kamu akan terikat dengan sejarah dan masa depan kelab ini. Kamu sudah menjadi sebahagian darinya. Dan walaupun kamu berusaha untuk melupakan, itu tidak akan mengubah apa yang telah terjadi." Aku terdiam, fikiran bercelaru dengan segala maklumat baru yang aku terima. Ada terlalu banyak persoalan yang belum terjawab. Tetapi satu perkara yang jelas: kelab misteri ini lebih daripada sekadar satu kumpulan penyelidik. Ia adalah tempat di mana kebenaran dan rahsia bertembung, dan aku tidak tahu apakah aku cukup kuat untuk menghadapinya. Masa berlalu dan Azmi muncul dari tangga, melangkah dengan tenang. Dia berhenti seketika dan bertanya tentang keadaan Anis. Aku yang sedang berdiri, terus menghadap Azmi dan bertanya, "Azmi, kau pernah menjalani ujian DNA di markas SCI?" Azmi tertawa seketika sebelum menjawab, "Bukan, bukan aku." Aku mengerutkan dahi dan mengajukan soalan lagi, "Kenapa kau menubuhkan kelab Misteri?" Azmi menghela nafas dan menjawab, "Bukan aku yang mengasaskannya, tapi Amiliya. Kerana teruja ingin mengetahui di mana ibunya berada, dia memutuskan untuk membina kelab Misteri." Aku bertanya lagi, "Jadi apa tujuan kau menyertai kelab ini?" Azmi membalas, "Kerana aku fikir NPV telah terbakar dalam letupan bom BlackAlpha, dan ternyata ada seseorang yang membuat salinan lalu meletakkannya ke dalam sebuah beg. Beg itu adalah NPV, sebab itulah aku teringat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejadian tersebut. Aku ingin tahu apa yang akan dilakukan oleh pihak Akademi Putra terhadap beg itu. Aku mengajak Anis untuk turut serta, berharap dia dapat menjadi seorang idola yang dapat dicontohi. Tapi aku telah membuat satu kesilapan. Anis melihat sebuah video dan dia teringat semula tentang ujian yang dilakukan ke atasnya. Aku sangat kecewa kerana aku telah membuat kesilapan dua kali." "Apa kesilapan pertama kau?" tanyaku, ingin tahu lebih lanjut. Azmi terdiam seketika sebelum menjawab, "Kesilapan pertama aku adalah membiarkan Anis menjadi bahan ujian. Aku bersyukur kerana masih dapat bertemu dengannya di sekolah ini. Dan aku berazam untuk memulihkan semula sel-sel Anis yang rosak akibat ujian itu. Itulah sebabnya aku berada di kelab ini¡ªuntuk memulihkan Anis." Tiba-tiba, suara Justin terdengar dari belakang, "Cerita yang panjang dan penuh dengan latar belakang yang sukar difahami." Azmi menoleh dan Justin menyambung, "Aku mahu tanya, kenapa kau tidak terus terang kepada aku semasa aku menanyakan soalan di dalam kelab berkaitan dengan Beg NPV tempoh hari?" Azmi menghela nafas dan menjawab, "Kerana aku tidak percaya kepada budak baru. Tapi sekarang ni, aku percayakan kau, Justin, dan juga kau, Hazrul." Aku terdiam sebentar, lalu bertanya, "Bagaimana kita hendak memulihkan Anis?" Justin tersenyum dan berkata, "NPV itu bukan virus, ia adalah ubat. Untuk menghilangkan trauma Anis, cukup dengan kata-kata." "Kata-kata? Kata-kata apa?" tanyaku, keliru. Justin mencantumkan tangannya, membentuk hati, dan berkata, "Kata-kata Mutiara yang Bersinar, seperti yang aku lakukan pada Saiful." Azmi mendengar itu dan berkata, "Kalau aku tahu lebih awal tentang Saiful, kan bagus?" Justin memandang Azmi dengan penuh pengertian lalu berkata, "Kita tidak boleh mengubah masa lepas, tapi kita boleh mengubah masa depan." Catatan -Bagaimana Amnesia terjadi kepada Anis. -Cara memulihkan Anis. Chapter 10 Merawat Anis HARI KESEPULUH Setibanya di kelas, aku dapat merasakan pandangan tajam rakan sekelas yang seolah-olah tidak mempercayai aku selepas kejadian semalam. Wajah mereka nampak mencurigakan, mungkin mereka masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku. Aku cuba mengabaikan semua itu, tetapi di dalam hati, aku tahu aku tidak boleh lari dari kebenaran yang perlu aku hadapi. Selepas waktu pembelajaran berakhir, aku berjalan menuju ke bilik kecemasan untuk menenangkan fikiran. Tiba-tiba, aku terserempak dengan Kai yang sedang berdiri di luar bilik itu. Dia memandang aku dengan wajah penuh persoalan. "Eh, kenapa kau macam pelik semalam? Dan kenapa kau suruh aku baiki cip tu?" tanya Kai dengan nada yang agak serius. Aku berhenti sejenak. Dalam kepala aku, berputar-perutar segala kemungkinan untuk mengelak, tapi aku tahu aku tidak boleh terus berbohong kepadanya. Aku menarik nafas panjang dan memandang Kai dengan pandangan yang penuh kepercayaan. "Kai," aku berkata perlahan, "kalau aku cerita ni, kau kena janji jangan cerita pada siapa-siapa, okay?" Kai mengangguk cepat. "Baik, apa dia?" jawabnya, seperti tidak sabar. Aku memandang sekeliling untuk memastikan tiada orang lain yang mendengar, kemudian aku mula bercerita. "Sebenarnya, akademi ni sedang dalam bahaya. Aku dah temui banyak rahsia yang tersembunyi. Cip yang kau baiki semalam, dan laman web yang aku suruh kau buka, itu semua hanya sebahagian kecil daripada apa yang sedang berlaku." Kai semakin tertarik. "Macam mana maksud kau? Apa yang sebenarnya berlaku?" Aku mengerutkan dahi. "Sekolah ni... sekolah kita, sebenarnya menyimpan ubat berbahaya. Jika ubat tu jatuh ke tangan yang salah, aku takut sekolah ni akan hancur, Kai." Aku dapat lihat reaksi wajah Kai berubah. Dia terkejut, tetapi dia cuba menenangkan dirinya. "Aku faham sekarang. Jadi, apa yang kita perlu buat?" Aku mengangkat bahu sedikit, merasa agak lega kerana akhirnya aku dapat berkongsi beban ini dengan seseorang. "Aku tak tahu lagi, Kai. Tapi kita kena cari cara untuk berhati-hati. Aku tak boleh buat semua ni seorang diri." Kai mengangguk tegas, "Aku akan bantu kau. Apa-apa pun, kita hadapi ni bersama-sama." Aku tersenyum sedikit. Kata-kata Kai memberi aku sedikit harapan. "Terima kasih, Kai. Aku sangat menghargainya." "Dah tentu," balas Kai dengan senyuman. "Kita kan kawan." Dan dalam hati aku, aku berasa sedikit lega. Mungkin, hanya dengan bantuan Kai dan kawan-kawan, aku dapat menghadapi segala rahsia gelap yang sedang mengancam kami di sekolah ini. Setibanya aku di bilik kecemasan, aku melihat Anis sedang terjaga dari tidur. Di sisinya, Azmi duduk menemani, seakan memberi sokongan. Aku mengetuk pintu dan melangkah masuk, memastikan suasana sekitar tenang. Mata Anis langsung memandangku, seolah-olah dia masih mengenali aku, namun ada sesuatu yang berbeza pada raut wajahnya. Aku mengambil nafas, bersedia untuk bertanya. "Kenapa awak melarikan diri dari saya?" soalku, cuba menahan perasaan yang bercampur-campur. Anis menundukkan wajahnya sejenak, seolah-olah ada rasa penyesalan. "Maaf," katanya perlahan. "Saya terpaksa tinggalkan awak tempoh hari." Aku meneliti wajahnya, mencari jawapan yang lebih mendalam. "Kenapa awak pergi ke hutan waktu itu?" tanyaku lagi, ingin tahu lebih lanjut.If you spot this narrative on Amazon, know that it has been stolen. Report the violation. Anis memandang ke arahku, matanya kosong seolah-olah berusaha mengingati sesuatu. "Waktu itu... saya cuba bertemu dengan seseorang. Tapi entah macam mana, seseorang yang memakai jubah menyerang saya. Itu sahaja yang saya ingat," jawabnya, suaranya tersekat-sekat. Aku cuba mengingati setiap perkataan yang diucapkan Anis, dan terus bertanya, "Kenapa awak memberi amaran kepada saya? Tentang kemana saya melangkah, saya sentiasa diperhatikan. Apa maksudnya?" Anis menggigit bibir bawahnya, kelihatan bingung. "Saya... saya masih tidak mengingati hal itu," jawabnya dengan nada bimbang. Tiba-tiba, pintu bilik kecemasan terbuka perlahan, dan Justin muncul dengan langkah tegap. "NPV," katanya dengan nada serius. Anis terkejut, tubuhnya kaku seakan-akan dia baru disambar kilat. Tiba-tiba wajahnya berubah, seakan sesuatu terlintas dalam fikirannya. Dia seakan mengingati sesuatu yang gelap dan menakutkan. "Saya... saya pernah dijadikan bahan uji kaji," Anis berbisik, suaranya dipenuhi ketakutan. Aku terkejut mendengar pengakuan itu, tetapi sebelum aku sempat bertindak, Anis tiba-tiba melarikan diri. Tanpa berfikir panjang, Justin segera mengejar, meraih pergelangan tangan Anis. "Apa yang membuatkan kau trauma seperti ini? Cuba kau bagitau aku," tanya Justin dengan nada tegas, suaranya bergetar dengan urgensi. Anis cuba melepaskan dirinya, dan dalam beberapa detik, pergelangan tangannya berjaya dilepaskan. Dia berlari dengan pantas, berlari jauh dari kami. "Kita harus kejar dia!" jerit Azmi, dan kami bertiga berlari mengejarnya. Ketika pintu bilik kecemasan terbuka, kami mendapati Anis sudah tiada. Dia hilang begitu sahaja, tanpa jejak. Langit dilihat semakin gelap, seperti hendak hujan. Hujan yang mungkin melambatkan pencarian kami. Kami harus mencarinya secepat mungkin. Anis tidak boleh dibiarkan berseorangan dalam keadaan seperti ini. Aku hanya berharap kami sempat menemui dia sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Kami berlari mengelilingi bangunan, mencari Anis di setiap sudut yang mungkin dia sembunyikan diri. Hati aku berdebar-debar, tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Tiba-tiba, aku terlihat kelibat Anis yang sedang duduk di tepi kolam, wajahnya tertunduk, air matanya mengalir tanpa henti. Aku menghampirinya perlahan-lahan, cuba tidak mengejutkan dia. "Kenapa awak melarikan diri?" aku bertanya, suaraku rendah, berusaha menahan rasa risau. Anis hanya mendongak sedikit, matanya merah dan penuh kesedihan. "Awak tak akan faham apa yang saya telah lalui," jawabnya dengan suara yang hampir tidak kedengaran, sebelum dia kembali menangis, teresak-esak. Aku duduk di sebelahnya, cuba memberikan ruang untuk dia meluahkan perasaannya. "Saya tahu. Saya telah tahu segalanya. Selepas awak melarikan diri, saya cuba mencari punca awak jadi begini. Satu persatu misteri akhirnya saya telah tahu semua yang terjadi," kataku, penuh keyakinan. Anis menggelengkan kepala perlahan, seperti tidak mahu menerima kenyataan. "Awak masih tidak faham," jawabnya, suaranya penuh kesakitan. "Selagi NPV masih ada, selagi itu mereka akan memburu saya." Aku hendak berkata sesuatu lagi, tetapi tiba-tiba, suara Justin muncul dari belakang kami. "Kau tidak payah mendiamkan diri," katanya dengan nada yang tegas. Anis terkejut, tetapi sebelum dia dapat berkata apa-apa, Azmi melangkah ke hadapan, suaranya penuh empati. "Dulu aku tidak sempat untuk menyelamatkan engkau. Kemudian kita terpisah, tapi akhirnya kita bertemu semula di sekolah ini. Aku tahu, aku membuatkan kau terkenangkan masa lalu, membuat kau teringat akan kesakitan yang engkau hadapi. Namun sekarang, kau tidak sendirian. Kami ada untuk menolong. Kau tidak layak menerima nasib yang berat seperti ini. Kami masih ada bersama dan akan menolong kau." Kata-kata Azmi itu seolah-olah membawa sedikit kelegaan kepada Anis. Tanpa dapat menahan diri, dia akhirnya menangis di atas ribaku. Aku membiarkannya, merangkul bahunya dengan lembut, memberikan sokongan yang dia perlukan. Kami semua berdiri di situ, menemani dia dalam kesedihan, bersama hujan yang turun dengan lebat, seolah-olah alam juga turut merasai penderitaannya. Setelah kejadian itu, Anis berubah. Dia tidak lagi terperangkap dalam trauma masa lalunya, tidak lagi gentar apabila mendengar perkara yang berkaitan dengan sejarah hidupnya. Dia kembali ceria seperti dahulu, dengan senyuman yang mula muncul di wajahnya, memberi harapan baru kepada kami semua. Azmi, Justin, Syafikah, Saifu, dan ahli kelab Misteri yang lain turut merasa gembira dengan perubahan itu. Kami semua dapat merasai betapa pentingnya sokongan antara satu sama lain. Anis kini tidak lagi berseorangan menghadapi kesakitannya. Dia tahu bahawa dia boleh bergantung kepada kami, dan kami akan sentiasa ada untuknya. Kami berjanji untuk terus berjalan bersama, melangkah ke hadapan, tanpa menghiraukan bayang-bayang gelap masa lalu yang cuba menghantui kami. catatan: Tamat.. Chapter 11 Kelab Komputer HARI KESEBELAS Setelah aku menulis "TAMAT", aku sedar bahawa itu bukanlah pengakhiran yang sebenar. "TAMAT" yang aku tuliskan bukan bermaksud cerita ini telah sampai ke hujungnya, tetapi ia adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang masih belum berakhir. Aku telah mengetahui segalanya tentang Anis, namun jalan yang perlu dilalui selepas ini masih penuh dengan cabaran dan misteri yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang, aku merasa seperti aku telah terlalu cuai, tetapi itu adalah pelajaran yang harus aku terima. Hari kesebelas tiba, dan aku masih di sini, cuba untuk memahami segala yang berlaku. Memulihkan hati yang terluka bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan hanya tentang masa, tetapi juga tentang cara kita menghadapinya. Jika kita salah langkah, luka itu mungkin akan menjadi lebih dalam. Dan jika kita tidak berhati-hati, luka itu mungkin tidak akan pernah sembuh. Semua ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan cara yang tepat. Kami memutuskan untuk membawa Anis bersiar-siar di taman, berharap ia dapat memberi ketenangan kepada dirinya yang masih dilanda keresahan. Taman ini, dengan suasananya yang damai dan tenang, diharap dapat memberikan ruang untuk Anis melepaskan segala tekanan yang terkumpul dalam dirinya. Di taman ini, segala sesuatu disusun dengan sempurna. Ada kolam yang tenang, tempat untuk bersenam, pokok-pokok hiasan yang rapi, dan banyak lagi. Setiap penjuru taman ini nampak seperti dicipta untuk memberi kedamaian. Kami berjalan perlahan-lahan, menikmati udara segar dan keindahan sekitar. Suara angin yang berdesir di antara daun-daun pokok memberikan ketenangan, sementara kolam yang tenang mencerminkan langit yang cerah. Ini adalah tempat di mana para pelajar datang untuk melupakan masalah mereka seketika, dan kami berharap Anis dapat merasai sedikit ketenangan di sini, jauh dari beban yang menimpanya. "Saya rasa lebih baik sedikit," kata Anis perlahan, suaranya lebih lembut daripada sebelumnya. Mungkin, walaupun hatinya masih terluka, dia mulai merasai sedikit harapan. Aku tersenyum mendengarnya, walaupun aku tahu perjalanan pemulihan ini tidak akan mudah, sekurang-kurangnya dia sudah memulakan langkah pertama. "Tak perlu terburu-buru, Anis. Setiap langkah kecil itu penting," aku berkata, meyakinkannya. Kami terus berjalan bersama, menikmati keindahan alam sekitar dan berbicara tentang perkara-perkara ringan, seperti masa depan dan impian masing-masing. Dalam keheningan itu, aku menyedari bahawa perjalanan ini adalah milik kami bersama. Tidak ada lagi yang perlu disembunyikan atau ditakuti. Kami akan terus maju, menyembuhkan luka lama dan menghadapinya dengan kekuatan yang baru. Aku terbaring di atas tanah berdekatan dengan taman, dikelilingi dengan kehijauan yang menenangkan. Aiman duduk di sebelahku, wajahnya kelihatan keliru dan agak bingung. "Aishh, susah! Dari tadi aku cuba menyelesaikannya, tapi tetap tak boleh!" keluhnya. " Ada apa, Aiman?" tanya aku, sedikit kehairanan melihatnya tertekan. "Aku tak boleh jawab soalan ni," jawab Aiman dengan nada frustrasi. "Yang mana?" aku datang mendekatinya dan cuba melihat soalan yang sedang dia hadapi. Namun, dia segera menghalangku. "Ah, pergi main jauh-jauh, mengganggu betul kau ni," kata Aiman dengan nada kesal. Aku mengangkat kening dan cuba melihat lagi, tetapi akhirnya aku terpandang soalan yang tertera di telefon Aiman. Rupanya, ia adalah soalan Cinta dari Alia yang dia tak dapat jawab. Aku tergelak melihatnya. "Soalan macam ni pun kau tak boleh jawab?" tanya aku sambil ketawa kecil. "Ada ke patut dia tanya soalan ni pada kau, lawak, lawak," aku sindir, masih tertawa. "Haha, lawak sangat lah tu!" Aiman membalas dengan sindiran juga. Tanpa berlengah, aku merampas telefon Aiman dan berlari menjauh darinya. Aiman, yang tak mahu kalah, segera mengejarku. Kami berlari hampir keseluruhan taman. Kejar-mengejar ini terasa seperti cabaran kecil yang menggembirakan. Namun, selepas beberapa ketika, Aiman kelihatan keletihan. Dia berhenti dan duduk di bawah sebatang pokok, menghembus nafas berat. Aku berdiri di depannya, masih memegang telefon Aiman, lalu dengan tersenyum aku memulangkan semula telefon kepadanya. "Kau ni memang laju," katanya sambil menghembus nafas panjang. "Biasa saja," jawabku sambil tersenyum, menikmati momen kecil itu. Aku duduk di sebelahnya, rasa tenang setelah berlari tadi. Tanpa sengaja, aku bertanya, "Adakah kau marah pada aku?" "Tak, kenapa?" Aiman jawab sambil menatapku, seperti biasa, penuh dengan ketenangan. "Yelah, tempoh hari aku tinggalkan kau di kantin semasa kau sedang sakit. Adakah kau marah?" tanyaku, dengan sedikit rasa bersalah. Aiman menjawab dengan tenang, "Aku dah faham dengan perangai kau. Jika ada masalah yang lebih besar dari masalah yang lain, kau akan tinggalkan masalah yang kecil dan menghadapi masalah yang lebih besar." Dia kemudian memandangku dan menyambung, "Semua orang ingin tahu masalah kau. Jadi katakanlah padaku!" Aku terdiam sejenak, cuba mencerna kata-katanya. "Masalah ku telah selesai, dan apa yang aku cari sudah kutemui," jawabku, memberi jaminan. "Jadi sekarang, aku mahu mengetahui apa punca kau sakit sehingga memerlukan penawar yang kuat." Aiman menunduk dan berkata perlahan, "Aku tidak tahu apa puncanya. Yang aku tahu, seseorang memberikan aku minuman, malah aku tak ingat siapa dia." Dia kelihatan masih bingung dan agak terkejut dengan kejadian itu. Mendengar penjelasannya, fikiranku berputar. Apa tujuan sebenarnya Aiman diracuni? Siapa yang berani melakukan perkara sebegitu? Ada banyak persoalan yang masih belum terjawab. Tiba-tiba, Alia datang menghampiri kami dan menegur Aiman. Aku, yang merasa agak terasing antara mereka, memutuskan untuk mengundurkan diri. Dengan perlahan aku bangkit dan berjalan meninggalkan mereka berdua, memberi mereka ruang. Namun, dalam langkahku yang perlahan, aku menoleh ke belakang sekali lagi. Kelihatan Aiman dan Alia sedang berbual mesra, membuatkan aku merasakan sedikit ketegangan di dalam hati. Apakah yang sedang berlaku antara mereka? Namun, aku tahu, itu adalah urusan mereka. Aku hanya perlu memastikan Aiman selamat dan segala yang terjadi akan terbongkar suatu hari nanti. Aku berjalan perlahan di sekitar kawasan hutan, di tempat di mana Anis pengsan beberapa hari lalu. Kesan pedang dan tanda-tanda pertempuran antara Max dan penjubah hitam masih kelihatan jelas pada batang pokok, seolah-olah jejak pertarungan itu baru sahaja berlaku. Walaupun kawasan ini nampak tenang dan damai, perasaan aku tetap bergelora. Udara di sekitar sini terasa nyaman, dengan dedaunan yang berdesir ditiup angin. Namun, aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Aku terus melangkah, meneliti setiap sudut kawasan ini. Tiba-tiba, aku melihat beberapa larangan kecil di sekitar kawasan hutan, seperti tanda yang tidak sepatutnya ada di sini. Dan lebih menghairankan lagi, sebuah patung yang terletak tepat di tengah-tengah hutan, seolah-olah ia mempunyai kaitan dengan sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang lebih misteri. Di tengah pencarianku, aku bertemu Justin yang kelihatan sedang mencari sesuatu dengan penuh fokus. "Oii, Justin! Apa yang engkau cari?" tanya aku sambil mendekatinya. "Oh, kau. Aku ingat kau dah berhenti mencari misteri yang ada!" jawabnya tanpa menoleh, matanya terus tertumpu pada sekeliling. "Apa maksud kau?" tanyaku, sedikit kebingungan dengan kata-katanya. "Tiada apa-apa," balasnya sambil terus memeriksa keadaan sekitar dengan teliti. "Eh, apa yang kau cari sebenarnya?" tanya aku sekali lagi. Dia berhenti sejenak dan memandangku. "Aku masih mencari siapa yang memerhatikan kita dan kenapa dia menyerang Anis," jawabnya dengan suara yang lebih serius. Aku terdiam, memerhatikan gerak-gerinya. Kemudian, pandanganku tertumpu pada sebuah kamera keselamatan yang terpasang di atas pokok berhampiran. "Itu bukan seperti kamera keselamatan ke?" tanya aku sambil menunjukkan ke arah kamera tersebut. "Nampaknya betul," jawab Justin, matanya tajam memerhatikan kamera itu.Reading on this site? This novel is published elsewhere. Support the author by seeking out the original. Kami terus berjalan, mencari petunjuk lanjut. Tidak lama selepas itu, kami bertemu dengan Kai yang sedang berjalan menuju ke arah kami. Kami menyuruh Kai untuk memeriksa kesemua kamera keselamatan yang ada di sekitar hutan ini. Namun, dia kelihatan sedikit ragu-ragu. "Aku tak boleh. Untuk melakukan itu, aku perlu ke makmal komputer, dan buat masa sekarang ni, kelab komputer sedang menggunakannya," katanya. Aku mengangguk, memahaminya. Kemudian Justin memutuskan untuk pergi berjumpa dengan kelab komputer untuk meminta keizinan bagi mengakses makmal itu. Sebelum dia pergi, dia memberi isyarat supaya aku terus menunggu dengan Kai. Selepas Justin pergi, Kai memandang aku dan berkata, "Aku sudah selesai berbincang dengan rakan sekelas dan mereka faham yang kau sekarang sedang menghadapi masalah." "Masalah apa?" tanyaku, agak terkejut. "Masalah nyanyuk yang melampau batas," jawab Kai sambil tersenyum nakal. Dia memandang aku dan ketawa kecil. Aku hanya terkebil-kebil, tidak pasti sama ada dia serius atau bergurau. "Okey-okey, aku bergurau je tadi!" tambahnya dengan gelak tawa yang semakin lemah. Aku tidak tahu sama ada ia satu gurauan atau kenyataan sebenar, tetapi aku tahu, ada perkara lebih penting yang perlu aku selesaikan sekarang. "Aku terpaksa pergi untuk melihat keadaan Justin," kataku, akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan Kai. "Nanti, aku pun nak ikut sekali," balas Kai sambil mengikutiku beberapa langkah. Kami berdua bergerak menuju ke kelab komputer, harapan kami kini terletak pada apa yang mungkin dapat ditemukan dalam data dari kamera keselamatan yang sedang diperiksa. Apakah yang akan kami temui? Itu masih menjadi tanda tanya, tetapi aku tahu, aku harus terus mencari jawapan. Sesampainya di makmal komputer, aku melihat Justin berdiri di hadapan pintu, mengetuk dan memanggil-manggil. "Bagi aku masuk! Woi! Apa yang kau buat tu tak penting!" dia berteriak. "Apa yang berlaku, Justin?" tanyaku, sambil mendekati. Aku agak terkejut melihat dia yang terjerit-jerit begitu. "Kelab komputer ni halau aku!" jawab Justin, kelihatan marah. "Semata-mata hal kecil!" tambahnya lagi. "Hal apa?" tanya aku, ingin tahu. "Semata-mata sebab game RV," jawab Justin, nada suaranya penuh dengan kekesalan. "Bodohnya!" balas Kai, mendengar cerita Justin dengan rasa tidak puas hati. Kami bertiga hanya saling memandang, kemudian sepakat untuk bertindak. Dengan satu gerakan serentak, kami memecahkan pintu makmal komputer. Apabila pintu terbuka, kami terkejut melihat keadaan di dalam makmal. Beberapa ahli kelab komputer sedang duduk santai, namun ekspresi mereka berubah menjadi serius apabila melihat kami. "Kamu ni degil ya?" tanya salah seorang dari mereka, matanya tajam memandang kami. "Kami datang untuk menggunakan komputer kerana urusan penting," jawab Kai, tegas. Salah seorang daripada mereka tersenyum sinis. "Baiklah, mari kita main satu permainan," katanya. "Permainan apa?" tanya Justin, tak faham. Mereka berbisik sesama mereka dan memandang kami, seolah-olah merancang sesuatu. "Kita akan bermain game," jawab mereka, senyuman lebar terukir di wajah mereka. "Game?" ulangku, masih tidak percaya. "Ya, jika kamu menang, kamu boleh guna komputer kami. Kalau kalah, berambuslah," kata salah seorang ahli kelab, dengan nada yang lebih mendesak. Justin tanpa berfikir panjang mengangguk. "Saya setuju," katanya, memandang kami dengan tekad. Perlawanan bermula dengan format 3 lawan 3. Dua orang dari kelab tersebut menjadi pengadil. Kami tidak banyak membuang masa, terus memasuki medan pertempuran. Permainan bermula dengan cepat, dan tidak seperti yang kami jangkakan, ianya menjadi sangat sengit. Namun, tidak lama selepas itu, kami mula terganggu dengan sikap pengadil yang jelas tidak adil. Mereka kelihatan memihak pada pihak kelab, memberi kelebihan pada mereka dalam setiap keputusan. Kami cuba bertahan, tetapi gangguan demi gangguan menghalang permainan berjalan dengan lancar. "Ini tak adil!" protes Justin, tetapi pengadil hanya memberi isyarat untuk kami terus bermain, tanpa mempedulikan keluhan kami. Kami berjuang sekuat tenaga, namun setiap langkah seakan-akan memberi cabaran baru yang lebih sukar. Setelah kami berjaya mengalahkan mereka dalam permainan, mereka akhirnya membenarkan kami untuk menggunakan komputer, dan mereka pun mencari tempat lain untuk bermain game. Kai segera duduk di hadapan komputer, mulai memeriksa semua kamera keselamatan yang ada. Justin, dengan penuh harapan, menyuruh Kai memeriksa kawasan tempat Anis diserang oleh si penjubah hitam. Rakaman tersebut menunjukkan Anis berjalan sambil memegang sepotong surat. Tidak lama kemudian, si penjubah mengikuti dari jauh. Namun, rakaman itu tergendala sebentar dan setelah itu, kami terlihat tiba di tempat kejadian. "Periksa lagi, Kai. Carilah apa-apa lagi yang berkaitan dengan si penjubah itu," ujar aku. "Sekali lagi kau suruh aku?" Kai mengeluh, kelihatan agak jengkel. "Bukan ke kau setuju untuk membantu aku?" jawabku, sambil masih memeriksa rakaman. Aku bertanya kepada Kai, "Kenapa kau tak join kelab komputer? Kan kau mahir dalam bidang programming?" Kai membalas dengan nada santai, "Aku dah cuba, tapi tengoklah perangai mereka. Itu sebab aku berhenti." Kami terus memeriksa rakaman, satu persatu, mencari kaitan dengan penjubah misteri itu. Tiba-tiba kami menemui satu rakaman yang menunjukkan hari pertama aku bertemu Justin¡ªmasa acara memasak, saat Haikal mengambil gambar aku, dan beberapa tempat lain yang aku tak tahu. Kami juga melihat sang bertopeng itu terakam, tetapi hanya ketika dia melawat Anis yang sedang sakit. Aku terus terfikir tentang amaran yang diberikannya. Apa yang dia boleh buat jika aku terus mendekati Anis? Kenapa dia begitu mengancam? Akhirnya, Kai menemui satu rakaman yang lebih jelas. Di situ, si penjubah mula memakai jubahnya, tetapi rakaman itu hanya dapat dilihat pada waktu malam, menyebabkan wajahnya sukar dikenali. Kai berkata, "Aku boleh pulihkan semula rakaman yang tergendala tadi, dan mencerahkan rakaman gelap ini. Tapi, aku perlukan masa, sama macam kau." Kami berdua mengangguk, dan Justin serta aku pun meninggalkan Kai untuk meneruskan kerjanya. Sebelum kami keluar, aku bertanya kepada Kai, "Kau takkan beritahu sesiapa, kan?" Kai menjawab sambil menatap kami, "Jangan risau, aku takkan memberitahu sesiapa." Kami keluar dari makmal komputer. "Baiklah, si penjubah itu akan dibongkarkan. Apa langkah seterusnya?" tanya aku kepada Justin. Justin menjawab dengan serius, "Seterusnya, amaran yang diberikannya kepada kita. Dia kata jangan dekati Anis lagi." Ketika itu, seorang rakan sekelas Justin memanggilnya, dan dia pun meminta diri. Aku memutuskan untuk pergi berjumpa dengan Azmi, melangkah keluar dari makmal dengan fikiran yang masih penuh dengan teka-teki tentang si penjubah misteri dan ancamannya. Setibanya aku di kelab misteri, aku membuka pintu dan mendapati Azmi tiada di dalamnya. Aku mencari ke merata tempat, namun tidak menemui bayangannya. Setelah beberapa ketika, akhirnya aku bertemu Azmi yang sedang berjalan di sekitar kawasan itu. Aku memanggilnya, "Hey, Azmi, adakah kau diberi amaran tentang jangan dekati Anis?" Azmi memandangku dengan wajah bingung. "Tidak, dan amaran seperti apa?" Aku pun memberitahunya tentang lelaki bertopeng yang memberikan amaran itu. Azmi kelihatan terkejut dan nampaknya dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut. Aku terus memikirkan bentuk pakaian lelaki bertopeng itu, dan kemudian teringat sesuatu¡ªada logo berbentuk huruf G yang kelihatan pada jubahnya. Ketika aku bertanya kepada Azmi mengenai logo itu, dia tampak seperti cuba mengingati sesuatu, namun akhirnya dia menggelengkan kepala. "Maaf, aku tak faham apa maksud kau dan aku tak kenal siapa lelaki yang kau cakapkan." Aku mengangguk perlahan, merasa sedikit kecewa. Kejadian itu masih membingungkan, dan aku rasa ada sesuatu yang lebih besar yang sedang berlaku. Tanpa berfikir panjang, aku berjalan ke bawah jambatan untuk meleraikan fikiran. Di tepi tasik, aku terlihat Amiliya sedang termenung sambil memegang sehelai surat. Aku menghampirinya dan menegur, "Kenapa awak berada di sini?" Amiliya mengangkat pandangannya dari surat yang sedang dipegang, seolah-olah terkejut melihat aku. "Awak telah berjaya menyelesaikan misteri yang awak cari. Tahniah lah!" ujarnya, dengan nada yang kurang bersemangat. "Tapi saya pula masih bingung dengan surat yang saya terima dan ke mana ibu saya telah menghilang?" Dia termenung, memandang ke arah kolam tasik itu sambil berkata, "Kenapa semua ini berlaku kepada saya?" Aku berdiri di sebelahnya, merasa kasihan. "Kerana itu ialah takdir," jawabku, mengingatkan dirinya bahawa kehidupan ini memang penuh dengan ujian. Tiba-tiba, aku mendengar langkah kaki dari belakang, dan apabila aku menoleh, aku melihat Justin sedang menghampiri kami. "Takdir?" kata Amiliya, masih tidak faham, sambil memandang Justin. "Ya," jawab Justin dengan tenang. "Awak masih memiliki ayah awak. Anak-anak di sekolah Permata Mutiara, seperti Saiful, Azmi, dan Anis, kehilangan ibu bapa mereka sejak kecil. Tapi mereka tetap kuat untuk teruskan hidup. Itu lah yang berlaku kepada Anis. Dia melalui nasib yang sangat teruk." Amiliya memandang surat di tangannya lalu berkata, "Saya ni melebih-lebihkan perkara yang remeh sahaja." Dia berdiri dan melangkah beberapa langkah, sebelum berkata dengan tekad, "Baiklah, saya akan cuba melupakan masa silam saya dan hadapi hidup yang baru." Tiba-tiba, Amiliya mengangkat surat tersebut dan kelihatan seperti ingin membalingnya ke dalam tasik. Aku cepat-cepat melangkah ke arahnya dan berkata, "Nanti, sebelum awak membaling surat itu, boleh berikan pada saya?" Amiliya terdiam sejenak, kemudian dengan perlahan dia menghulurkan surat tersebut padaku. "Ambil lah," katanya dengan nada yang sedikit kecewa, seolah-olah melepaskan sesuatu yang berat dari tangannya. Aku memegang surat itu dengan berhati-hati, sedar bahawa ia mungkin mengandungi sesuatu yang penting¡ªsesuatu yang akan membantu kami memahami lebih banyak tentang misteri yang sedang kami hadapi. Apabila malam menjelang, suasana hening dan indah mengelilingi aku. Cahaya bulan memancar lembut, menerangi permukaan tasik yang tenang, dan angin malam berhembus perlahan, membawa kesegaran yang menenangkan fikiran. Dalam keheningan itu, aku termenung, merenung segala yang telah berlaku sepanjang hari. Aku berfikir tentang Kai¡ªadakah dia telah berjaya menemukan siapa sebenarnya lelaki bertopeng itu? Apa yang akan kami lakukan jika si penjubah itu muncul lagi? Perasaan cemas dan curiga berbaur dalam hatiku. Setiap langkah yang kami ambil, setiap petunjuk yang kami temui, membawa lebih banyak persoalan yang belum terjawab. Aku tahu kami berada di penghujung jalan, namun bahaya yang menanti terasa semakin dekat. Esok, aku berjanji pada diri sendiri untuk memberitahu Anis mengenai surat yang aku temui dari Amiliya. Surat itu mungkin lebih daripada sekadar kertas biasa¡ªmungkin ada petunjuk penting yang perlu Anis tahu. Tetapi, aku juga berfikir tentang kesannya. Apakah Anis cukup bersedia untuk mengetahui semua ini? Adakah dia akan menerima kenyataan tentang misteri yang lebih besar yang sedang berlaku di sekelilingnya? Aku menutup mataku sejenak, berharap bahawa esok akan membawa jawapan, atau sekurang-kurangnya sedikit petunjuk. Namun, aku tahu bahawa perjalanan ini masih jauh dan penuh dengan cabaran. Apa yang lebih penting sekarang adalah memastikan kami bersedia menghadapi apa jua yang akan datang, terutama dengan si penjubah yang masih menjadi ancaman tidak nyata. Chapter 12 Bunga Api HARI KEDUA BELAS Keesokan harinya, aku melangkah masuk ke kelas seperti biasa. Tak lama setelah aku duduk, beberapa rakan sekelasku datang mendekat dengan wajah penuh tanda tanya. "Hazrul, kau dah tua ke?" tanya salah seorang daripada mereka tiba-tiba. "Hah? Apa maksud kau?" balasku, bingung. "Kau ni masih muda lagi, tapi nampaknya macam dah mula nyanyuk," balas seorang lagi sambil tertawa kecil. "Sejak bila pula aku nyanyuk?" Aku mengerutkan dahi, berusaha memahami apa yang mereka maksudkan. Di sudut kelas, Kai berdiri sendirian di tepi tingkap sambil tertawa kecil, seolah-olah mendengar perbualan kami. "Si Kai tak guna," gumam hatiku dengan sedikit rasa geram. Ketika waktu rehat bermula, aku menghampiri Kai untuk menanyakan tentang rakaman yang kami bincangkan sebelum ini. Aku memang ingin tahu perkembangan terbarunya. "Kai, macam mana dengan rakaman tu?" tanyaku, cuba bersikap santai tetapi tak dapat menahan rasa ingin tahu. Kai menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Maaf, buat masa sekarang, Pengetua sedang menjalankan pemindaian data. Aku kena tunggu sampai pemindaian itu selesai sebelum dapat teruskan." "Apa? Tak boleh ke teruskan sekarang?" balasku, agak kecewa dengan jawapannya. "Boleh je kalau nak teruskan," jawab Kai sambil mengangkat bahu. "Tapi kalau aku ditangkap, kita semua mungkin akan kena sekali. Kau nak ke?" Aku terdiam, cuba memikirkan risikonya. Kai sambung lagi, "Lagi pun, kelab aku akan mengadakan bunga api malam ni. Jadi, buat masa sekarang aku memang sibuk sikit. Mungkin lain kali lah ya." Selesai berkata begitu, Kai berjalan meninggalkan aku yang masih berdiri di situ, merenungkan jawapannya. Setelah aku masuk semula ke dalam kelas, aku perasan semua orang seolah-olah tertumpu ke arah taman di luar tingkap. Rupa-rupanya mereka sedang melihat Aiman dan Alia duduk bersama di bangku taman, kelihatan seperti pasangan yang sedang menikmati masa berdua. Aku terdengar perbualan di antara Husnah dan Lili yang duduk di belakangku. Lili memulakan dengan nada berbisik, "Husnah, kalau awak bercinta, apa yang awak akan buat?" Husnah tertawa kecil sebelum menjawab, "Kalau saya? Saya akan bermanja dengan teman lelaki saya sampai puas!" Mereka berdua kemudian meneruskan perbualan itu dengan penuh keterujaan, makin lama makin bising dan bersemangat. Aku yang sudah mula merasa rimas segera melangkah pergi, menghala ke tempat dudukku sambil cuba mengalihkan fokus dari perbualan mereka yang tak henti-henti itu. Setelah tamat waktu pembelajaran, aku berjalan santai di taman. Tidak lama kemudian, aku terserempak dengan Anis. Kami pun berjalan bersama, menikmati keindahan taman yang menghijau. Dalam hatiku, aku terfikir ini mungkin peluang terbaik untuk memberitahunya tentang surat yang dia jumpa dulu. Namun, aku tak mahu mengungkit hal itu, bimbang kalau ia akan membuatnya bersedih lagi. Sambil berjalan, aku memberanikan diri berkata, ¡°Hei, Anis, cita-cita awak sebenarnya nak jadi seorang idola, kan?¡± Dia memandangku terkejut, namun tersenyum kecil. ¡°Dari mana awak tahu? Agaknya Azmi yang beritahu awak, ya?¡± Aku tersenyum kembali. ¡°Tak¡ sebenarnya saya pernah dengar awak bernyanyi. Suara awak sangat merdu.¡± Sebagai tanda sokongan, aku mula menyanyikan lagu yang pernah kudengar Anis nyanyikan. Saat aku selesai, aku menoleh padanya, dan nampak pipinya sudah kemerah-merahan. ¡°Awak tak payahlah nyanyi lagu tu lagi,¡± kata Anis, sambil tersipu-sipu. ¡°Kenapa?¡± tanyaku, tersenyum nakal. Dia kelihatan malu, seolah-olah tidak selesa mendengar orang lain menyanyikan lagunya sendiri. Aku mengangguk perlahan. ¡°Baiklah, saya faham. Saya takkan nyanyi lagu tu lagi,¡± balasku lembut, sambil memandangnya dengan penuh keikhlasan. Kami berjalan di tepi bangunan, menikmati suasana petang yang tenang. Tiba-tiba, Haikal muncul dan menegur kami dengan suaranya yang riang, ¡°Weh, Hazrul! Rupanya kau kat sini. Eh, siapa ni?¡± tanyanya sambil memandang ke arah Anis. Aku tersenyum dan memperkenalkan Anis kepadanya. ¡°Ini Anis, dia¡¡± ¡°Teman wanita kau, kan?¡± Haikal memotong dengan nada menggoda. ¡°Apa?¡± balasku, terkejut dengan andaian spontan itu. ¡°Kenapa kau tak bagitau aku yang kau dah ada teman wanita?¡± kata Haikal sambil menggeleng-gelengkan kepala, seolah-olah dia benar-benar kecewa. Kemudian, dia memandang ke langit dengan ekspresi dramatik dan berseru, ¡°Wah, bertuahnya kau! Muka macam ni pun laku juga rupanya.¡± Aku mengerutkan dahi, sedikit tercabar. ¡°Apa maksud kau?¡± tanyaku, cuba mendapatkan penjelasan. Haikal tersenyum, menahan ketawa. ¡°Tak ada apa-apa pun,¡± katanya, berlagak selamba. Aku mendesak lagi, ¡°Cakap betul-betul apa maksud kau?¡± Dia hanya ketawa kecil sambil berkata, ¡°Tak nak.¡± Anis yang menyaksikan gelagat kami akhirnya tak dapat menahan tawa. ¡°Kamu berdua ni memang kelakar lah,¡± katanya sambil tersenyum. Setelah ketawa reda, Anis memperkenalkan dirinya dengan sopan, ¡°Saya Anis, selamat berkenalan.¡± Haikal dengan gaya menggoda, tersenyum kembali pada Anis. ¡°Awak senyum kat saya ke? Alahai, janganlah. Malu pula saya nanti.¡± Aku segera menegur, ¡°Hoi, Haikal, janganlah mengada-ngada boleh tak?¡± Haikal ketawa dan akhirnya mengingatkan tujuan asalnya menegur aku. ¡°Oh ya, sebenarnya Kai tengah buat persiapan bunga api, dan dia minta aku tolong. Tapi, aku dah malas nak tolong dia. Kau boleh tak gantikan tempat aku?¡± Aku mengangguk sambil tersenyum. ¡°Boleh, lagipun aku ada benda yang aku nak tanya Kai.¡±Unauthorized duplication: this tale has been taken without consent. Report sightings. Anis pula mencelah dengan penuh semangat, ¡°Lagi ramai lagi bagus. Saya pun akan tolong, jadi awak pun kena tolong juga.¡± Haikal mengangguk setuju, ¡°Baiklah, kita semua akan tolong Kai.¡± Kami berjalan menuju ke bilik kebudayaan, tempat Kai dan ahli kelab yang lain sedang sibuk menghias untuk acara malam nanti. Setelah membuka pintu, kami melihat Kai bersama ahli kelab cuba memasang tirai bendera. ¡°Oh, kau Hazrul,¡± kata Kai sambil tersenyum memandangku. Dia berdiri dan berjalan menghampiri kami. Matanya kemudian tertumpu pada Anis. ¡°Eh, bukan ke kau salah satu dari¡¡± Sebelum dia sempat menyebut lanjut, aku cepat-cepat memijak kakinya. Kai tersentak sekejap, lalu memandangku dengan dahi berkerut. Aku memberi isyarat kepala agar dia tidak menyebut siapa Anis sebenarnya. Kai kelihatan faham dan segera mengubah kata-katanya. ¡°Oh, salah satu dari¡ kawan Hazrul.¡± Salah seorang ahli kelab yang sedang minum air hampir tersedak, lalu menyembur air dari mulutnya. Haikal, yang berdiri di belakang, mencelah sambil tersenyum nakal, ¡°Terang-terang dia bersama Hazrul dari tadi. Dah tentulah dia bukan sekadar kawan, tapi¡¡± ¡°Tapi apa?¡± tanya Kai, pura-pura bingung. ¡°Tapi teman wanitanya,¡± jawab Haikal dengan nada mengusik. Ahli kelab tadi sekali lagi menyembur air dari mulutnya, kali ini lebih kuat. Kai menoleh padaku dengan dahi berkerut, dan aku tergelak kecil sambil berkata, ¡°Nanti, nanti. Kau salah faham.¡± Haikal masih meneruskan usikannya, ¡°Betul, cinta sejati kadang-kadang memang sukar difahami.¡± Ahli kelab itu menyembur air untuk kali ketiga, sudah tak mampu menahan gelak. Kai akhirnya bersuara, ¡°Apa-apa pun, mari kita siapkan bunga api ni cepat. Masa tak banyak ni.¡± Ahli kelab yang menyembur air tadi akhirnya bergegas ke tandas, mungkin kerana tak tahan lagi dengan usikan tersebut. Sementara itu, Haikal mengambil gelasnya dan memandang ke dalam dengan penuh tanda tanya. ¡°Kenapa dia minum air ni dan menyemburkannya?¡± Haikal kemudian memutuskan untuk mencuba minum air tersebut, tapi sebaik sahaja dia telan, dia segera meludah kembali sambil mencebik, ¡°Baru aku tahu¡ rupanya isinya air garam!¡± Ketua kelab kebudayaan membahagikan tugas kepada kami semua. Aku dan Kai ditugaskan untuk membawa bunga api ke padang, sementara Anis dan ahli kelab lain menyiapkan pementasan di dewan. Ketika sedang mengangkat kotak-kotak bunga api, Kai tiba-tiba menegur, ¡°Oit, macam mana kau boleh kenal Anis?¡± Aku tersenyum kecil dan menjawab, ¡°Panjang ceritanya.¡± ¡°Untuk apa kau buat kerja ni?¡± tanya Kai padaku, sambil mengangkat kotak lain. ¡°Sama seperti kau, aku cuma nak tolong orang,¡± jawabku. Kai mengangguk perlahan, namun kemudian aku bertanya lagi, ¡°Macam mana dengan rakaman tu?¡± ¡°Oh, nanti bila ada masa aku akan tengok. Tapi sekarang ni kita ada tugas lain yang perlu disiapkan,¡± balasnya sambil tersenyum. Aku melihat ke arah padang yang mulai gelap dan bertanya lagi, ¡°Untuk apa kelab kebudayaan buat semua ni?¡± Kai tersenyum, sedikit berjenaka, ¡°Sebab malam ni kami nak buat pertunjukan bunga api. Kan aku dah cakap tadi?¡± Kami berdua ketawa kecil dan meneruskan tugas hingga semuanya siap. Selepas selesai, ketua kelab kebudayaan datang dan mengucapkan tahniah serta berterima kasih atas kerja yang kami lakukan. Dia turut menjemput kami untuk datang menonton pertunjukan bunga api malam itu. Aku dan Anis berjalan keluar dari kawasan kelab. Dalam perjalanan, aku terfikir tentang surat yang aku jumpa dan mengapa dia pergi ke hutan. Tapi, mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal itu. Aku memutuskan untuk menyimpan soalan-soalan itu buat sementara waktu, menikmati malam yang tenang bersama Anis. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, aku memutuskan untuk berjumpa dengan Shafikah. Malam itu, selepas selesai pertunjukan bunga api, aku mencari-cari kelibatnya di sekitar kawasan. Setelah beberapa lama mencari, akhirnya aku berjaya menemuinya di satu sudut padang yang agak sunyi. "Di sini kau rupanya, Shafikah," aku menyapa. Shafikah yang sedang berdiri memandang ke arah langit, akhirnya menoleh dan membalas, "Adakah kau mencari aku?" Kami kemudian berjalan perlahan di sekitar padang, jauh sedikit dari keramaian orang. Aku mengambil kesempatan untuk menanyakan tentang surat yang diterima oleh Anis, yang selama ini masih mengusik fikiranku. "Oh, surat itu?" Shafikah menjawab tanpa terkejut. "Dia simpan surat itu dalam laci meja dia." Aku mengangguk perlahan, merasakan sedikit kelegaan. Namun, rasa ingin tahuku masih belum terpuaskan. Aku bertanya lagi, ¡°Kenapa Anis menyimpan surat itu? Apa yang terkandung di dalamnya?¡± Shafikah memandangku, matanya seakan ingin tahu mengapa aku begitu tertarik dengan surat itu. ¡°Kenapa, kau nak ceroboh masuk asrama perempuan ke?¡± katanya dengan nada berseloroh. Aku agak terkejut dengan soalan itu dan membalas dengan sedikit gugup, "Aku dah pernah masuk ke dalam asrama perempuan dua kali," jawabku, cuba bergurau. Shafikah mengerutkan dahi, jelas tidak percaya dengan apa yang baru aku katakan. ¡°Apa?¡± dia bertanya, tidak yakin. ¡°Tak ada apa,¡± balasku cepat, cuba mengelakkan topik itu daripada diteruskan. Shafikah hanya menggelengkan kepala, tetapi aku boleh rasa dia masih tertanya-tanya. Namun, aku lebih tertumpu pada surat yang masih menjadi misteri. Aku akhirnya berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Tetapi, aku masih tidak faham kenapa Shafikah menyuruhku berpakaian seperti wanita. Dengan senyuman nakal, Shafikah berkata, "Untuk masuk ke dalam asrama perempuan, kau haruslah menyerupai seorang perempuan." Aku mengeluh. "Ya, tapi tak payahlah sampai macam ni sekali." Meskipun merasa canggung dengan pakaian itu, aku tetap mengikut perintah Shafikah. Kami menuju ke bilik tidur Anis, dan sebaik sahaja aku melangkah masuk, aku melihat biliknya yang sangat kemas. Sama seperti yang aku dan Azmi lihat tempoh hari. Semua teratur dan nampak sempurna. Aku kemudian membuka laci meja Anis, tetapi ia berkunci. Aku cuba membukanya dengan lebih kuat, tetapi tetap tiada hasilnya. Aku meneliti setiap sudut biliknya, mencari sebarang petunjuk, tetapi semuanya nampak biasa sahaja. Akhirnya, selepas beberapa minit cuba menyiasat, aku memutuskan untuk keluar dari bilik itu. Shafikah kemudian berkata, "Lebih baik kau pakai pakaian tadi." Aku menggelengkan kepala. "Tak nak," balasku. Tapi, Shafikah memaksa dan aku terpaksa memakainya juga. Tiba-tiba, Shafikah mengambil gambar dariku dari belakang. Aku terkejut dan segera menyuruhnya padam, tetapi dia hanya bergurau. Setelah itu, dia memadam gambar tersebut. Tiba-tiba, Anis datang dan terkejut melihat kami berdua di biliknya. "Siapa ni, Shafikah?" tanya Anis dengan wajah kehairanan. Shafikah segera memperkenalkan aku, "Ini kawan saya, namanya Amani binti Hazrul." Aku terasa sedikit pelik dengan nama yang Shafikah berikan itu. Kenapa dia letak nama aku kat belakang tu? Aku bertanya dalam hati. Anis hanya tersenyum dan berkata, "Indah nama dari rupa." Aku terdiam, Apa maksud kau, Anis? hatiku bertanya. Kemudian, Anis melihat wajahku dan bertanya kepada Shafikah, "Shafikah, kenapa muka dia nampak macam lelaki?" Shafikah menjawab selamba, "Mungkin keturunan keluarga dia macam tu kot." Anis mengangguk, "Oooo..." Aku merasa terperangkap dalam situasi ini. Shafikah memang suka mengenakan aku. Aku memutuskan untuk meminta diri dan keluar. Tetapi sebelum aku pergi, Anis sekali lagi bertanya kepada Shafikah, "Shafikah, kenapa suara dia macam lelaki?" Aku terkejut dan segera berkata, "Apa?" "Tengok tu," balas Anis sambil menunjuk ke arahku. Shafikah hanya tersenyum dan berkata, "Tenanglah Anis, dia memang macam tu, apa yang kita boleh buat?" Aku hanya mampu tersenyum tawar dan segera meninggalkan mereka. Tak sangka maruahku tercalar pada malam ini, dan aku rasa sangat malu dengan apa yang baru sahaja berlaku. Setelah berjaya keluar dari asrama, aku menanggalkan pakaian yang dipakai tadi dan menyimpannya. Setelah itu, aku pulang ke bilikku. Badanku terasa sangat penat selepas peristiwa tadi. Aku terbaring di atas katil dan cuba untuk melupakan segala yang berlaku. Beberapa saat kemudian, telefonku berdering. Aku melihat nombor ibu bapa ku tertera di skrin. Aku menerima panggilan tersebut, dan kedengaran suara ibu di hujung talian. Mereka bertanya tentang keadaanku di sini, kerana sudah seminggu mereka tidak mendengar khabar dariku. Aku berbual dengan mereka, memberi tahu yang semuanya baik-baik sahaja. Sambil berbual, aku terdengar bunyi bising yang datang dari tingkat atas. Mungkin pemilik bilik tersebut sedang menonton televisyen dengan kuat. Aku membuka tingkap sedikit supaya dapat mendengar dengan lebih jelas apa yang dikatakan oleh ibu bapa ku. Tiba-tiba, bunga api dilepaskan ke udara, menerangi langit malam dengan cahaya berwarna-warni. Bunyi bising dari tingkat atas berhenti seketika, memberi ruang bagi keindahan malam itu. Aku mengambil kesempatan itu untuk menyelesaikan perbualan dengan ibu bapa ku. Selepas selesai berbual, bunyi bising tersebut kembali lagi. Namun, kali ini sesuatu yang aneh berlaku. Aku mendengar tiga das tembakan yang datang dari televisyen. Pada mulanya, aku menyangka bunyi itu hanya kesan daripada pertunjukan yang sedang berlangsung. Tetapi tembakan yang terakhir... bunyi itu datangnya dari pistol yang sebenar. Aku terkejut dan segera melihat ke arah tingkap yang masih terbuka. Dari situ, aku ternampak Justin yang terjatuh dari tingkat atas. Hatiku berdebar, dan aku segera melepaskan telefon bimbitku dan berlari ke arahnya. Aku berlari keluar dari bilik dan menuju ke tempat kejadian. Dalam hati, aku hanya mampu berbisik, "Alangkah malangnya nasibku." Malam itu, walaupun bunga api begitu cantik dan memukau, hatiku terasa berat. Kejadian itu telah mengubah segalanya. Chapter 13 Dinding Misteri Pada malam itu, aku menerima panggilan dari ibu bapaku. Selepas berbual sebentar, aku terdengar tiga das tembakan yang datang dari arah tingkap atas. Tembakan terakhir itu jelas, seolah-olah datang dari sebuah pistol yang sebenar, dan seseorang terjatuh dari tingkap itu. Sambil diterangi oleh cahaya bunga api yang menyinari langit, aku berkata dalam hati, Alangkah malangnya nasib diriku. Orang yang jatuh itu kelihatan seperti Justin. Jika itu memang Justin, apa yang harus aku lakukan? Aku memang, cuai. Aku memandang keluar tingkap untuk memastikan siapa yang terjatuh tadi. Pakaiannya begitu mirip dengan Justin, dan lagi, orang itu memakai topeng. Aku menuruni tangga dengan langkah tergesa-gesa, ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Keadaan sekeliling agak sunyi kerana kebanyakan orang sedang berkumpul di padang untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. Bunyi dentuman bunga api itu juga menghalang mereka dari mendengar tembakan yang tadi. Setibanya aku di lokasi kejadian, mayat yang terbaring di situ kelihatan dengan posisi yang sangat aneh. Jantungku berdegup kencang, berdebar-debar dengan perasaan takut. Patutkah aku memberitahu sesiapa? Apa yang patut aku katakan kepada Pengetua nanti? Hati aku berbelah bahagi. Tak lama selepas itu, mayat itu tiba-tiba terbakar dan meletup. Aku terkedu, mata aku mula dipenuhi air mata. "Nasib baik yang mati tadi bukan aku, kan?" Suara itu datang dari belakangku. Aku terkejut dan cepat-cepat menoleh. "Hi, kita bertemu lagi, kan?" Suara itu dikenali, dan aku tahu siapa yang berkata. "Justin..." aku berbisik, tidak percaya. "Justin!" balasku, sedikit terkejut melihatnya berdiri di sana, seolah-olah tiada apa yang berlaku. "Apa yang terjadi sebenarnya?" tanyaku, dengan suara yang sedikit gemetar. Dia berjalan mendekatiku, wajahnya serius. "Tadi aku terdengar seseorang cuba memecah masuk ke dalam bilikku. Jadi aku tanggalkan jaketku dan meletakkannya pada sebuah patung. Kemudian aku hadapkan patung itu ke arah tingkap supaya kelihatan seperti aku sedang melihat bunga api. Tiba-tiba, aku dengar tembakan, dan bunyi tembakan terakhir itu datang dari sebuah pistol yang sebenar. Aku intai dari bilik air. Rupa-rupanya, orang itu ialah penjubah hitam. Setelah selesai melakukan kerjanya, dia terus meninggalkan bilikku tanpa rasa ragu," jelas Justin, suaranya tenang tapi penuh makna. Dia berhenti sejenak dan menatapku dengan mata yang tajam. "Aku tak tahu apa yang dia inginkan, tapi satu hal yang pasti... dia sanggup membunuh sesiapa sahaja untuk memastikan identitinya tetap tersembunyi." Aku terdiam, memproses apa yang baru saja dia katakan. Kemudian aku bertanya, "Ya, aku fikir kau sudah mati. Apa yang patut aku buat sekiranya kau sudah tiada?" Justin mengangkat bahunya, sedikit tersenyum. "Kau tak perlu risau tentang itu. Aku masih di sini, kan?" Kemudian, Justin membalas dengan pandangan tajam, matanya penuh tekad. "Bangun dan terus bangkit. Kau telah berjaya memecahkan misteri tentang Anis. Sekarang, teruskanlah. Selesaikanlah misteri yang masih ada dan lindungi sekolah ini." Aku hanya mengangguk perlahan, terasa beban tanggungjawab semakin berat di bahu. Justin kemudian memberi arahan, "Buang patung itu ke dalam pembakar. Kita tak boleh biarkan ia terus ada di sini." Kami berdua menuju ke tempat pembakar dan dengan hati-hati mencampakkan patung itu ke dalam ruang pembakar. Mesin itu kemudian dihidupkan, dan kami berdua berdiri sejenak, memerhatikan patung yang mulai terbakar, berfikir tentang maksud sebenarnya di sebalik kejadian ini. Apa yang si penjubah inginkan sebenarnya? Tiba-tiba, suara yang keras dan misteri menyapaku. "Bukan ke kau sudah tahu, lembat?" Kami berdua tersentak dan melihat ke atas. Seorang lelaki bertopeng berdiri di atas pokok, memerhatikan kami dengan pandangan tajam. "Jika Anis diculik oleh mereka, aku takkan maafkan kamu berdua. Dan lagi satu, bukan ke mereka sedang mencari Beg NPV?" katanya dengan nada mengancam. Aku menahan marah dan membalas dengan tegas, "Jahanam kau! Jika kau menghalang kami untuk mendekati Anis, kenapa tidak kau bertemu dengannya dan jaganya sendiri?" Lelaki bertopeng itu mengangkat tangannya, seolah-olah ingin menjelaskan sesuatu. "Aku dah buat sekali," jawabnya dengan suara yang perlahan. "Apa?" tanyaku, tercengang. Dia menundukkan wajahnya, menjawab dengan suara yang berat, "Nampaknya Anis sudah menyukai salah seorang dari kalangan kamu semua. Aku tak mahu melihatnya disakiti lagi, jadi aku biarkan dia berada dengan kamu." Sebelum lelaki bertopeng itu menghilang, dia sempat memberi amaran terakhir. "Jaga lah dia dengan sepenuh tenaga kamu." Ketika dia hilang dari pandangan, aku dan Justin saling bertukar pandang, masih tercengang dengan apa yang baru saja berlaku. Kami masih tertanya-tanya, Apa sebenarnya tujuan lelaki bertopeng itu berjumpa kami? Apa kaitannya dia dengan Anis? Kami tahu bahawa misteri ini semakin dalam, dan kami perlu segera mencari jawapannya. Pagi itu, aku termenung memikirkan kejadian semalam. Pikiran aku masih terbelenggu oleh apa yang telah berlaku. Untuk menenangkan diri, aku memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar bangunan asrama dan padang sekolah. Terlihat padang sedang dibersihkan oleh beberapa pelajar, mencipta suasana yang tenang meskipun hatiku masih penuh dengan persoalan.This story has been unlawfully obtained without the author''s consent. Report any appearances on Amazon. Setelah beberapa lama berjalan, aku merasa sedikit penat dan memutuskan untuk singgah ke kantin. Aku membuka pintu kantin dengan perlahan, sambil teringatkan peristiwa pahit di mana Aiman pernah diracuni. Rasa penyesalan muncul dalam hati¡ªkenapa aku harus meninggalkannya begitu saja saat dia sangat memerlukan aku? Fikiranku melayang sebentar, tetapi tak lama selepas itu, aku terasa bahuku ditepuk oleh seseorang. Aku menoleh dan terkejut melihat Aiman berdiri di belakangku. "Sini pun kau puas aku cari," kata Aiman dengan senyuman lebar di wajahnya. Aku terkejut dan sedikit bingung. "Kau cari aku ke?" tanyaku, masih teragak-agak. Aiman mengangguk sambil tersenyum. "Hari ni aku nak tunjukkan sesuatu pada kau." Dia mengajak aku mengikuti langkahnya, dan tak lama kemudian kami tiba di tempat di mana Alia sedang berdiri. Aku mengerutkan dahi, heran dengan apa yang sedang berlaku. "Ada apa sebenarnya?" tanyaku, kehairanan. Aiman menjawab dengan serius, "Kami sedang membersihkan padang sekolah. Jadi, kami harap kau dapat menolong kami." Aku melihat ke arah Alia yang hanya mengangguk sebagai tanda setuju. Walaupun hatiku masih dipenuhi dengan kebingungan dan perasaan yang tak menentu, aku tak mahu menolak bantuan mereka. Mungkin ini cara untuk aku merasa lebih tenang. "Baiklah, aku akan bantu," jawabku, berusaha menyembunyikan perasaan di dalam hati. Selepas selesai membersihkan padang sekolah bersama Aiman dan Alia, aku kembali ke bilik dan cuba menenangkan diri. Namun, tak lama kemudian, telefonku berbunyi. Aku menjawab panggilan itu, dan suara ibuku kedengaran di hujung talian. "Hazrul, apa yang berlaku semalam? Kami dengar cerita yang agak mengelirukan. Adakah semuanya baik-baik saja?" tanya ibuku dengan nada cemas. Aku berusaha untuk menenangkan hati ibu dan menjawab dengan tenang, "Tak, tak ada apa. Semua ok saja, cuma sedikit kecoh. Jangan risau." Namun, ibuku masih terdengar risau. "Kita tak mahu kau berada dalam bahaya, Hazrul. Memandangkan esok cuti, kami rasa kami perlu melawat kamu." "Apa?" tanya aku dengan terkejut. Aku cuba untuk menahan kebimbangan yang mula menyelubungi diriku. "Tapi, ibu, tak perlu... semuanya baik-baik saja di sini." "Iyalah, kami risau kalau terjadi apa-apa pada kamu, Hazrul. Memandangkan esok cuti, kami mahu melawat kamu," balas ibuku dengan suara penuh perhatian. Aku menghela nafas panjang. Aku cuba membantah, tetapi aku tahu ibu dan ayah memang degil. Mereka tak akan membiarkan perkara ini begitu saja. "Tapi ibu, ada banyak perkara yang perlu aku uruskan di sini. Mungkin... mungkin tidak perlu datang dulu." Namun, jawabannya tegas dan tak tergoyahkan. "Kami akan datang esok, Hazrul. Kami mahu pastikan kamu selamat." Aku menggigit bibir, terasa tak banyak yang boleh aku lakukan. Mereka sudah membuat keputusan, dan aku hanya boleh menunggu mereka datang. Rasa cemas mulai menyelubungi perasaanku. Apa yang akan berlaku jika mereka datang? Apakah yang akan aku katakan tentang semua yang telah berlaku? " Itu ibu bapa kamu ke?" tanya Atirah, memandangku dengan penuh perhatian. Aku menggelengkan kepala. "Sebenarnya, kemana kau menghilang baru-baru ni?" tanyaku, ingin tahu. Atirah terdiam seketika sebelum menjawab dengan nada yang agak kecewa, "Aku cuma pergi ke hutan untuk mencari haiwan lain, tapi... tak dapat apa-apa pun." Dia mengeluh, jelas kecewa dengan perjalanannya yang tidak membuahkan hasil. Aku memandangnya dengan simpati. "Kau tak apa-apa ke? Nampak macam ada sesuatu yang mengganggu." Dia mengangguk perlahan, wajahnya masih sedikit suram, tetapi kemudian dia tersenyum tipis. "Jangan risau. Aku cuma perlukan sedikit masa untuk diri sendiri." Tak lama selepas itu, Atirah mengajakku berjalan. "Jom, kita pergi bersiar-siar. Mungkin dengan berjalan-jalan, aku boleh rasa lebih baik." Aku setuju dan kami pun berjalan bersama, menyusuri jalanan Akademi Putra. Dalam perjalanan itu, aku perasan sesuatu yang menarik perhatian di tepi jalan. Ada papan tanda yang terletak di sebelah jalan bertulis: "Kawasan ini bebas Haiwan." Aku memandang Atirah dengan sedikit terkejut. "Kawasan ini bebas haiwan? Apa maksudnya?" Atirah menoleh ke arah papan tanda itu dan mengangkat bahu. "Mungkin tempat ni tak sesuai untuk haiwan. Atau mungkin ada sesuatu yang lebih besar yang kita tak tahu." Dia kelihatan agak serius, tetapi aku dapat rasakan dia cuba mengalihkan perhatian dari topik yang lebih berat. Kami terus berjalan, tetapi dalam hati aku terfikir, apakah yang sebenarnya tersembunyi di balik kawasan ini dan apakah kaitannya dengan kejadian yang sedang berlaku. Tak lama kemudian, Anita memanggil Atirah dengan nada yang agak tergesa-gesa. Sepertinya Anita ingin mengajak Atirah pergi ke suatu tempat. Atirah memandangku seketika, memberi isyarat agar aku jangan terlalu risau, lalu mengikuti Anita tanpa banyak berkata-kata. Aku hanya mengangguk perlahan dan meneruskan langkahku sendiri. Menjelang petang, aku singgah di perpustakaan untuk mencari ketenangan. Aku mengambil beberapa buku dan mula membaca, cuba melupakan sebentar kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Perpustakaan itu kosong, hanya aku seorang. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Di sudut bilik, aku perasan ada sesuatu yang tidak biasa pada dindingnya. Dengan hati-hati, aku mendekati dan menyentuh dinding itu. Tiba-tiba aku terkejut apabila terasa ada pintu rahsia tersembunyi di situ. Aku cuba menekannya sedikit, namun tak dapat membuka pintu tersebut. Hati aku berdebar, fikiranku dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Apa yang ada di balik pintu ini? Mengapa tiada siapa yang memberitahu tentang tempat ini? Tetapi aku segera mengalihkan perhatian dan menutup pintu itu kembali, berusaha untuk tidak terlalu memikirkan hal yang pelik ini. Aku meninggalkan perpustakaan dan menuju ke makmal Komputer, tempat di mana kelab Komputer biasa berkumpul. Apabila aku sampai di sana, aku melihat mereka sedang bergembira, berbual dan tertawa. "Bukan ke kami kata akan bagi pinjam pada hari Ahad ni?" kata salah seorang dari mereka dengan nada riang. Aku terhenti sebentar dan bertanya, "Apa? Tak, aku cuma mencari kawan aku, si Kai." Mereka menjawab sambil tersenyum, "Oh, kalau begitu, masa yang diberikan hanya untuk hari ini saja. ¡°Budak tu, dia nampaknya pergi ke suatu tempat. Kami sendiri tak tahu ke mana dia menghilang.¡± ¡°Mungkin Kai dah berjumpa dengan mereka semula untuk meneruskan penyiasatannya,¡± sibut hariku. Aku mengangguk faham. Mungkin Kai sedang sibuk dengan sesuatu yang lebih penting, dan aku tidak ingin mengganggunya. Aku meminta maaf kepada mereka dan menutup pintu dengan perlahan. Masa berlalu begitu cepat, dan aku masih rasa bimbang dengan apa yang bakal berlaku keesokan hari. Aku tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya ibu bapaku datang esok. Aku duduk sendirian di atas kerusi di luar bangunan, menatap langit petang yang semakin gelap. "Apa yang harus aku lakukan?" aku bertanya dalam hati, cuba mencari jawapan atas kekeliruan yang melanda diriku. Chapter 14 Ibu Bapa HARI KEEMPAT BELAS Pada pagi tersebut seseorang memukul muka ku dengan bantal. "Bangun Hazrul." "Apa dia Aiman?" Kata aku kepada Aiman. Dia menunjuk jarinya ke arah tingkap lalu berkata "tengok lah tu, ibu bapa kau datang seperti yang mereka katakan." "Apa?" aku terkejut. "Mana? tepi memang betul lah." Aku melihat ke arah tingkap kemudian aku berpaling ke arah Aiman. "Mari kita pergi sambut mereka."This tale has been unlawfully lifted without the author''s consent. Report any appearances on Amazon. Tak lama selepas itu kami melihat Alia yang sedang menegur mereka di kawasan taman. "Alia. Kamu pun bersekolah di sini juga ya?" tanya ibu bapaku. "Ya," jawab Alia. Mereka melihat kami "Ooh, Hazrul kamu sihat? Mari sini kat mak sayang." Aku bertanya kepada mereka sambil dipeluk ibuku "Kenapa mak ayah datang? Apa tujuan?" "Semalam kami terdengar bunyi tembakan. Mak risau kalau-kalau Hazrul dalam bahaya." "Tak, sebenarnya orang yang tinggal di bilik atas memasang televisyen dengan kuat cuma itu aja." Dan selepas itu aku membawa ibu bapa ku bersiar-siar di sekitar sekolah. Aku tidak memberitahu mereka tentang larangan Blok 7. Setelah selesai mereka membenarkan aku untuk terus tinggal di sini. Aku lega semuanya telah berakhir jika tidak aku akan di pindahkan. Malam itu Kai memberitahu ku bahawa dia hampir siap memutihkan gambar. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi semula gambar itu siap sepenuhnya. Selepas menerima berita itu, aku terbaring di atas katil lalu mula terlelap. Aku bermimpi tentang kematian seseorang. Chapter 15 Misteri Dipecahkan Part 01 Hari Kelima Belas Pada pagi hari yang cerah itu, aku bersiap untuk ke kelas seperti biasa. Sempat juga aku singgah di perpustakaan kerana masih awal, dan di sana aku terserempak dengan Anis yang kelihatan sibuk menolong Syafikah menyusun buku-buku. Aku menghampiri mereka, lalu menawarkan diri, ¡°Hey, boleh saya tolong awak berdua?¡± Anis memandangku, matanya seakan meneliti wajahku, membuat aku sedikit hairan. ¡°Kenapa?¡± tanyaku, tetapi dia hanya menjawab singkat, ¡°Tak, tak ada apa-apa,¡± sebelum kembali mengatur buku-buku di rak. Sementara itu, Syafikah yang duduk di kerusi mengenyitkan mata padaku dan tersenyum. Dia mendekat lalu berbisik, ¡°Macam mana hari tu?¡± Aku menjeling padanya, bercakap perlahan, ¡°Awak ni tak guna tau. Kenapa suruh saya berpakaian macam perempuan?¡± ¡°Alah, sekali-sekala pun bukan selalu,¡± jawabnya sambil ketawa kecil. Anis, yang sedang mengemas di rak sebelah, nampak memandang ke arah kami dengan sedikit rasa curiga. Selepas selesai menyusun buku-buku, Syafikah tiba-tiba meminta aku untuk menemani Anis ke kelasnya. Aku memandangnya dengan sedikit kehairanan, ¡°Kenapa aku pula yang kena hantar dia?¡± Syafikah tersenyum lebar, ¡°Alah, kelas kau dan dia kan dekat. Daripada jalan sorang-sorang, ada baiknya kau temankan dia. Macam mana, Anis?¡± Anis, yang terkejut dengan cadangan itu, tergagap, ¡°Hah? Apa?¡± Syafikah hanya ketawa dan berkata sambil menggenggam tangan Anis, ¡°Tak payahlah buat muka terkejut. Awak berdua kan dah lama kenal.¡± Anis akhirnya mengangguk setuju. Aku pun bertanya pada Syafikah, ¡°Macam mana dengan awak, Syafikah? Awak tak pergi kelas ke?¡± Dia melepaskan genggaman tangannya pada Anis dan memandangku sambil membuka tangannya lebar-lebar, ¡°Saya ketua kelab perpustakaan, tempat saya memang di sini.¡± Aku hanya mengangguk dan tersenyum kecil. ¡°Ya, baiklah, aku faham,¡± kataku perlahan, mengiyakan keputusannya. Dengan itu, aku dan Anis berjalan keluar dari perpustakaan menuju ke kelas, dan suasana pagi yang tenang itu menemani langkah kami. Saat kami melangkah keluar dari perpustakaan, Syafikah sempat berpesan, ¡°Jaga Anis baik-baik ya.¡± ¡°Ya, baiklah,¡± jawabku sambil tersenyum. Kami pun berjalan di sepanjang koridor sekolah. Dalam perjalanan, aku sempat teringatkan surat yang diterima Anis. Haruskah aku memberitahunya sekarang? Saat hampir sampai di Kelas 1B, aku melihat rakan sekelas, Alif, baru tiba dan sedang hendak membuka pintu. Dia berhenti seketika dan memandang ke arahku. ¡°Oh, kau Hazrul,¡± katanya sambil tersenyum kecil. ¡°Eh, siapa dengan kau tu?¡± Aku memperkenalkan Anis kepadanya, ¡°Ini ialah Anis.¡± Ketika pintu kelas dibuka, tiba-tiba Haikal berlari keluar sambil dikejar Lili yang kelihatan marah. ¡°Haikal, pulangkan balik gelang aku!¡± ¡°Haha, tak mahu,¡± balas Haikal, tersengih nakal. Haikal berlari menghampiriku dan langsung berseloroh, ¡°Kau rupanya Hazrul. Eh, teman wanita kau pun ada sekali.¡± Rakan sekelas lain yang mendengar terus terkejut. ¡°Apa? Kau ada teman wanita?¡± tanya Lili, matanya membesar. ¡°Sejak bila kau dan dia kenal?¡± Alif turut menyoal dengan rasa ingin tahu. Saiful dan Amiliya yang baru tiba di kelas segera bertanya, ¡°Woi, woi, apa kecoh-kecoh ni?¡±Reading on Amazon or a pirate site? This novel is from Royal Road. Support the author by reading it there. ¡°Oh, awak rupanya Anis,¡± sapa Amiliya pada Anis, seolah-olah mengenalinya. Tak lama kemudian, pelajar lain mula keluar kelas. Syamin bertanya dengan nada ingin tahu, ¡°Apa yang bising-bising ni, Haikal?¡± Haikal menunjuk ke arah Anis dan berseru, ¡°Awak semua tengoklah! Hazrul ada teman wanita lah!¡± ¡°Atifah segera menyanggah, ¡°Haaaa, setakat teman wanita tak payahlah kecoh-kecoh bising tau tak.¡± Dayana dan Husnah keluar dari kelas dengan wajah kehairanan. ¡°Hah, bisingnya. Eh, bukan ke saya pernah jumpa awak?¡± tanya Dayana sambil menatap Anis. ¡°Oh, saya dah ingat. Awak lah budak perempuan yang sakit tempoh hari, kan?¡± Haikal yang semakin kelam kabut bertanya, ¡°Hah? Sakit? Hazrul, teman wanita awak sakit ke tempoh hari? Bila?¡± Dayana menjawab, ¡°Masa tu, saya ingat hari Ahad, masa Husnah buatkan makanan untuk kita.¡± Alif menambah, ¡°Oh, jadi sebab itulah kau lari, rupanya teman wanita kau sakit ye, Hazrul.¡± Satu per satu mereka mula berkenalan dengan Anis, dan aku perasan Husnah seperti sedikit cemburu. Tiba-tiba Aiman muncul bersama Alia sambil menegur, ¡°Weh, awak semua, cikgu suruh siapkan kerja sekolah ni.¡± Alia menambah dengan wajah hairan, ¡°Kenapa semua orang duduk di luar kelas ni?¡± Haikal dengan cepat menjawab, ¡°Hazrul ada teman wanita.¡± Alia kemudian menarik telinga Haikal sambil menegur, ¡°Haikal, kenapa kau selalu kalut bila melihat orang sedang bercinta, hah?¡± ¡°Aduh! Aduh! Sakit tau tak,¡± rintih Haikal, memegang telinganya. Lili langsung menuntut, ¡°Oh, ya! Mana gelang aku, Haikal?¡± katanya dengan nada marah. Kami semua tergelak melihat gelagat mereka, dan aku lega melihat Anis juga tersenyum. Tidak lama selepas itu, Azmi yang menuju ke kelas 2C sempat terlihat kami sedang berbual-bual di luar kelas. Dia tersenyum melihat Anis yang kembali ceria, lalu melangkah ke kelasnya dengan senyuman di wajah. Sekarang baru aku tahu, di mana kelas Azmi. Aku menoleh ke arah Anis dan bertanya, ¡°Anis, awak kelas keberapa?¡± Dia tersenyum kecil sambil menunjukkan pintu kelasnya, ¡°Kelas saya ialah 2B.¡± Rupanya, selama ini kelas dia begitu dekat dengan kelasku. Apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula, aku segera menuju ke kelas Azmi. Aku mengetuk pintu dan masuk, melihat dia sedang duduk di meja. ¡°Macam mana kau tahu aku kelas ni?¡± tanya Azmi sambil menoleh ke tingkap. ¡°Aku ternampak tadi,¡± jawabku sambil melangkah masuk. Kemudian aku duduk di depannya. ¡°Rupanya kau lebih tua dari aku. Aku ada soalan yang aku nak tanya pada kau,¡± kataku ¡°Apa?¡± tanya Azmi. Aku mula bertanya, ¡°Kau tahu apa-apa berkaitan dengan si penjubah atau yang berkaitan dengan dia?¡± Azmi kelihatan berfikir seketika sebelum menjawab, ¡°Tidak, setakat ni apa yang aku tahu adalah Beg NPV dan sejarah Anis. Tapi aku pernah diperhatikan oleh seseorang. Waktu itu, kelab misteri belum ditubuhkan, aku dan Anis pergi ke pembinaan untuk melihat kenapa Beg NPV boleh berada di sana. Hanya sekali itu sahaja aku rasa diperhatikan.¡± ¡°Jadi kau tak tahu lah apa kaitan si penjubah dengan Anis?¡± tanyaku, masih ingin tahu. ¡°Tidak, boleh kau ceritakan semua yang engkau tahu setakat ini?¡± jawab Azmi. Aku pun menceritakan segala yang aku tahu mengenai si penjubah, Beg NPV, dan juga apa yang terjadi dengan Anis. Selepas mendengarnya, Azmi kelihatan lebih faham tentang situasi yang sedang aku hadapi. ¡°Baiklah, aku faham. Nanti selepas waktu pembelajaran tamat, kita berjumpa di bilik Kelab Misteri untuk membuat sidang kelab,¡± kata Azmi. ¡°Sidang kelab tu apa?¡± tanyaku, agak keliru. Azmi menjawab dengan tenang, ¡°Sidang kelab ialah tempat di mana kita menceritakan semua yang berlaku kepada ahli kelab yang lain supaya semua dapat memahami segala situasi yang ada.¡± ¡°Baiklah, aku akan datang,¡± balasku, mengangguk faham. Setelah itu, aku keluar dari kelas tersebut, berfikir tentang apa yang Azmi katakan dan apa yang akan berlaku selepas sidang kelab nanti. Apabila waktu pembelajaran tamat, aku ditugaskan untuk membersihkan kelas bersama Mimi. Setelah selesai, aku meminta diri untuk pergi ke Kelab Misteri. Dalam perjalanan ke sana, aku berasa tidak sedap hati, seperti ada sesuatu yang tidak kena, seperti akan berlaku sesuatu yang buruk, bahkan pembunuhan. Aku berhenti sekejap dan berfikir tentang pelbagai kemungkinan yang akan terjadi. Aku cuba menenangkan diri dan akhirnya meneruskan perjalanan. Setibanya aku di bilik Kelab Misteri, kelihatan hanya Azmi dan Anita yang sudah ada. Aku sedikit lega kerana tidak terlalu lewat. Beberapa minit kemudian, Atirah pun tiba. "Akhirnya datang juga kau," kata Azmi sambil tersenyum. Kemudian Anita berkata, "Baik, memandangkan Amiliya belum sampai, saya nak pergi buat air." "Biar, saya tolong awak," kata Atirah dengan segera. Mereka berdua pergi untuk menyiapkan air minuman. Tidak lama kemudian, Amiliya pun sampai. "Persidangan ini bertujuan apa?" tanya Amiliya dengan serius. "Bertujuan untuk mencari siapa yang memerhatikan kita," jawab Azmi dengan tenang. Atirah berhenti seketika, seolah-olah termenung sebentar, tetapi Anita yang perasan dengan kelakuannya segera bertanya, "Kenapa?" "Tak ada apa," jawab Atirah dengan cepat, sambil menyambung kerja mereka. Setelah selesai menyiapkan air, Anita dan Atirah meletakkan minuman itu ke atas meja. "Baiklah, kita mulakan persidangan ini," kata Azmi, sambil duduk di kerusi dan memberi isyarat agar semua orang duduk. Dengan itu, persidangan kelab bermula, dan aku dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang lebih besar sedang menanti kami. Chapter 15 Misteri Dipecahkan Part 02 PERSIDANGAN Lalu Persidangan dimulakan. Anita: Kita nak mulakannya dari mana dulu? Azmi: Dari mula. Amiliya: Baiklah. Azmi: Sekolah Permata Mutiara adalah tempat tinggal anak yatim piatu. Anis, Saiful, Hakimi, Hafiz dan aku pernah sekolah disana. Kemudian BlackAlpha mengambil Anis, Hariz, Hakimi dan pelajar yang lain untuk menjalankan ujian. Selepas itu sekolah kami terpaksa ditutup oleh BlackAlpha. Amiliya: Kemudian Ayah aku menubuhkan sebuah sekolah tapi dihalang oleh ibuku. Azmi: Tak lama selepas itu aku terpilih untuk datang ke Akademi Putra. Aku bertemu dengan Anis dan pada suatu hari aku terlihat BlackAlpha mengambil sebuah Beg. Aku teringin untuk jalankan siasatan mengenainya. Anita: Kemudian kamu berdua melihat video di perpustakaan. Video itu membuatkan Anis trauma. Betul kan? Azmi: Ya. Setelah itu kami mencari orang untuk menggantikan tempatnya lalu Anita. Anita: Lalu saya menganjak awak Hazrul. Hazrul: Kenapa? Anita: Kerana masa hari pendaftaran saya melihat awak dengan Atirah sedang berbual tentang Blok 7. Azmi: Apa tujuan kau menegur Hazrul? Atirah? Atirah: Tujuan aku adalah kerana aku melihat Hazrul yang sedang melihat carta pelajar. Aku fikir dia sukakan perkara misteri jadi itu tujuannya. Hazrul: Ya. Masa tu aku melihat carta pelajar jadi aku tertarik sedikit. Azmi: Carta tentang apa? Hazrul: Berkaitan dengan kelas 2A. Azmi: Itu tentu ada kaitan dengan Justin. Boleh kau ceritakan macam mana kau boleh berjumpa dengannya. Hazrul: Masa tu aku dan Amiliya pergi ke Blok 7 lalu justin melarang kami. Betulkan Amiliya? Amiliya: Betul. Masa tu jugalah kami rasa diperhatikan. Si pemerhati melarikan diri lalu Kami mengejarnya sehingga sampai ke Blok 7. Azmi: Apa yang berlaku seterusnya? Amiliya: Kemudian Hazrul meninggalkan kami. Hazrul: Oh, pasal tu. Aku kena tolong Husnah memasak. Jadi aku agak sibuk. Tapi selepas tu Justin mengajak kami memecah masuk bilik Pengetua. Amiliya: Ya, Sebab aku yang suruh. Apabila kami berada di bilik pengetua. Pengetua menerima laporan mengatakan seseorang cuba menceroboh masuk Blok 7. Azmi: Mungkin orang yang memerhatikan kamu. Apa tujuan kamu bertiga pergi bilik pengetua? Hazrul: Mungkin Amiliya cuba mencari bukti berkaitan dengan ibunya dan juga dia menerima surat. Ini suratnya. Amiliya: Ya, tapi aku sudah tidak peduli kerana Justin lah aku dapat melupakannya. Hazrul: Isi yang terdapat dalam surat ini ialah ''Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama''. Azmi: Nasib yang sama? Anita: Mungkin Maksudnya ialah, Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama seperti Sekolah Permata Mutiara dan juga Akademi Permata Bersinar. Azmi: Mungkin. Amiliya: Baik kita teruskan lagi dengan Hazrul. Hazrul: Aku? Amiliya: Kenapa kau melarikan diri semasa Aiman sedang sakit? Hazrul: Sebenarnya, Aku mencari Justin. Amiliya: Kenapa? Hazrul: Masa tu aku tahu apa itu NPV. Aku bertanya pada Natsumi semasa mengambil ubat untuk Aiman. Katanya NPV ialah sebuah ubat yang mampu memulihkan sel manusia dengan pantas. Azmi: Memulihkan sel. Macam mana kau boleh kenal Natsumi?Love this story? Find the genuine version on the author''s preferred platform and support their work! Hazrul: Masa aku tolong Husnah. Masa tu lah aku kenal dia. Azmi: Apa yang berlaku pada Anis sehingga dia terpaksa pergi ke bilik rawatan? Hazrul: Kerana selepas aku memberi ubat kepada Aiman aku pergi ke bilik kimia. Lalu aku terdengar perbualan diantara Natsumi dan Justin. Selepas itu Justin dan Natsumi keluar lalu Justin menyuruh ku mengambil Ubat dan berjumpanya di taman. Amiliya: Tapi kau dihalang oleh Haikal dan Kai. Hazrul: Ya betul itu. Aku cuba meminta ubat daripada Dayana tetapi dia tidak membenarkan kerana Aiman lebih memerlukannya. Jadi aku terpaksa pergi ke taman tanpa membawa apa-apa. Tak lama kemudian aku melihat Anis berlawan dengan si penjubah. Kemudian dia diberi racun lalu pengsan itu lah punca kenapa Anis sakit. Azmi: Si penjubah? Amiliya: Kerana dia memerhatikan kami sambil memakai jubah sebab itu lah kami panggilnya si penjubah. Hazrul: Ya, selepas itu Justin, Natsumi dan seorang lagi kawan mereka datang melawan si penjubah itu. Apabila si penjubah hilang kami bertemu dengan sang bertopeng. Azmi: Itu ke orang yang kau tanya pada aku tempoh hari? Hazrul: Ya. Sang bertopeng juga pernah melawat Anis dan memberikan Amaran kepada aku dan juga Justin. Anita: Hmmm... Hazrul: Ada apa Anita? Anita: Aku terfikir macam mana Justin boleh tahu berkaitan beg NPV. Amiliya: Kerana dia pernah bertanya pada Saiful tentang kenapa Saiful selalu memandang pembinaan. Hazrul: Kerana ia ada kaitan dengan masa lalunya iaitu kemusnahan sekolah permata mutiara. Tapi dia ditenangkan oleh Justin. Jadi dia tidak lagi berfikir tentang pembinaan itu. Dia juga melihat seseorang mengeluarkan Beg daripada tanah. Azmi: Jadi Saiful ternampak Beg NPV dan mengingau tentangnya lalu menceritakan kepada Justin? Hazrul: Ya. Azmi: Baru aku faham. Amiliya: Kita sudah tahu kenapa Saiful memandang pembinaan itu dan macam mana Anis boleh pengsan. Tapi kenapa Anis boleh berlawan dengan si penjubah? Hazrul: Kerana dia menerima surat yang menyuruhnya pergi ke hutan. Lalu si penjubah menyerangnya dari belakang. Azmi: Mungkin surat itu sama dengan surat yang diterima Amiliya. Hazrul: Mungkin betul, mungkin tidak. Oh, Aku teringat Atirah pernah mengajak aku untuk pergi memeriksa Blok 7. Lalu dia meminta diri untuk pergi ke tandas. Atirah: Waktu itu saya sakit perut maaf lah. Azmi: Apa tujuan awak mengajak Hazrul? Atirah: Untuk mencari lebih banyak lagi misteri. Teruskan Hazrul. Hazrul: Setelah itu Justin menolak aku. Rupanya dia menyelamat aku dari bahaya. Azmi: Bahaya apa? Hazrul: Lampu yang jatuh dari tingkat yang tinggi mungkin dari si penjubah yang cuba membunuhku. Kemudian Justin ternampak si penjubah berlari ke dalam hutan. Justin mengejarnya. Apabila Justin hampir berjaya menangkapnya si penjubah melawan semula dan berlari ke dalam kabus. Setelah itu kami terjumpa CIP yang terjatuh dari si penjubah tak lama kemudian Atirah datang. Atirah: Waktu itu aku ternampak Hazrul dan Justin berada di dalam hutan. Hazrul: Azmi. Apa yang dimaksudkan kau tentang ''Ada udang di sebalik batu''? Azmi: Kerana ada pemerhati. Hazrul: Dan kenapa kau membawa aku pergi melawat Anis di asrama perempuan? Azmi: Aku dah kata, Aku cuma menolong kau. Anita: Ahhhh, Aku dah bosong boleh kita teruskan dengan mencari siapa si penjubah itu? Azmi: Baik, waktu itu aku sedang berjalan di kawasan pembinaan lalu aku berasa diperhatikan. Aku tahu ada sesuatu dalam disebalik semua ini. Hazrul: Aku pun berasa semua itu. Anis pernah memberitahu ku "Dimana awak melangkah mereka sentiasa memerhatikan awak". Lebih kurang macam tu lah. Azmi: Tolong ceritakan semua tempat yang kau rasa diperhatikan. Hazrul: Baiklah. Di kawasan taman tepatnya apabila aku dan Amiliya sudah selesai menyapu sampah, Kawasan halaman sekolah dimana Haikal mengambil gambar ku, Di hutan semasa Atirah mengajak ku pergi ke Blok 7 dan Semasa Anis bertarung dengan si penjubah yang terakhir ialah di bilik Justin. Masa tu dia cuba membunuh Justin tetapi tidak berjaya. Sang bertopeng juga pernah bagi amaran tentangnya. Azmi: Dimana awak baru-baru ini Atirah? Atirah: Eh, saya cuma memburu tupai. Azmi: Awak berkelakuan pelik baru-baru ini. Semasa Justin menanyakan tentang Beg NPV awak bersungguh untuk tahu mengenainya dan apabila Anis sakit awak tidak melawatnya. awak kerap menghilang. Atirah: Ala, saya cuma pergi memburu je. Anita: Boleh cepatkan ke? Saya ada aktiviti lain pulak ni. Azmi: Kau rasa siapa si penjubah ini? Hazrul: Aku tidak tahu lagi siapa aku hanya menunggu Kai berjaya menyelesaikan kerjanya. Amiliya: Jadi Kai pun tahu mengenai hal ini? Hazrul: Ya, dan dia lah yang berjaya membuka CIP tersebut. Dalam CIP itu tertulis "Kamu harus mencari NPV, jika tidak mereka akan mati." Lebih Kurang macam tu lah. Azmi: Itu menunjukkan si penjubah diugut. Lagi apa? Hazrul: Anis menghidap amnesia adakah kau tahu mengenai ini? Azmi: Mungkin racun yang terkena pada Anis dan Aiman adalah punca nya. Anita: Aisss lamanya. Azmi: Ada petunjuk lain? Hazrul: Tak, setakat ini kita hanya tunggu Kai siap dan selepas itu kita akan tahu siapa si penjubah yang sebenarnya. Azmi: Baiklah, tentu kau tahu apa yang terjadi pada Anis semasa dia jalankan ujian kan? Hazrul: Ya, masa ujian dijalankan Tiga orang dari mereka terselamat tapi yang sebaliknya menjadi raksasa ganas dan menyerang markas itu. Mereka tidak mampu melawannya jadi mereka memutuskan untuk mengebom markas tersebut. Azmi: Itu saja? Hazrul: Ya, Selepas kejadian itu BlackAlpha menemukan Beg berisi ubat NPV di tempat kejadian. Azmi: Jadi mungkin seseorang membuat salinan data dan masukkannya ke dalam Beg itu. Hazrul: Tapi kenapa dia boleh tertanam di kawasan pembinaan? Anita: Mungkin seseorang cuba menyembunyikannya. Amiliya: Siapa? Azmi: Mungkin orang terdahulu dari kita. Kau kata NPV ialah ubat yang membaiki sel tapi kenapa orang yang diuji menjadi raksasa? Hazrul: Kerana ada orang yang menterbalikkan ujian. Aku tidak tahu siapa mungkin pengganas. Atirah: Aku rasa pengganas cuba mencari Beg NPV lalu dia menghantar orang untuk mengawasi sekolah ini dan dimana letaknya NPV? Azmi: Tapi siapa? Lalu Sidang kelab berhenti seketika. Aku berfikir sejenak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Aku menutup mataku dan dalam bayangan ku aku terbaca papan tanda. "Kawasan ini bebas dari Haiwan." Kemudian aku terfikirkan tentang jarak diantara Blok 7 dengan tandas wanita. Amiliya bertanya pada Anita sambil meminum air. "Hey Anita, kalau awak jadi pemerhati dimana awak nak cari letaknya Beg NPV?" Balas Anita "Kalau saya jadi pemerhati, saya akan menyamar jadi salah seorang pelajar sekolah ni secara senyap-senyap." Kemudian aku sudah tahu jawapannya rupanya si penjubah bergitu dekat sekali dengan aku. Iaitu salah seorang dari kenalan aku. Sambil memerhatikan pada Anita aku berkata "Aku tahu siapa si penjubah itu. Dia berada di sekitar kita selama ini. Orang itu ialah." Bersambung..... Chapter 15 Misteri Dipecahkan Part 03 Persidangan dihentikan seketika. Aku menutup mata, cuba untuk menggali lebih dalam lagi maklumat yang ada di sekelilingku. Pikiran aku terus berputar, mengingatkan tentang larangan bertulis yang sempat aku baca sebelum ini, "Kawasan ini bebas haiwan." Kata-kata itu terus berulang dalam benak ku. Semakin dalam aku berfikir, semakin banyak maklumat yang muncul, seolah-olah ada sesuatu yang aku terlepas pandang. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang aneh ¡ª jarak antara Blok 7 dan tandas wanita. Aku membuka mata dengan segera, dan pada saat itu, sesuatu yang besar terungkap dalam fikiranku. Aku sudah tahu siapa sebenarnya si penjubah itu. Tanpa membuang masa, aku berdiri dan berkata dengan yakin, "Si penjubah itu berada di sekitar kita. Malah dia sedang mendengar apa yang kita cakapkan." Azmi, Amiliya, Anita, dan Atirah semuanya terkejut dengan kata-kataku. Mereka memandangku dengan penuh kekeliruan. Aku memandang ke sekeliling dengan tajam, mataku tidak terlepas dari seorang individu di dalam bilik itu. "Orang itu ialah¡" aku terhenti seketika, tetapi tidak sempat menghabiskan kata-kata kerana pintu tiba-tiba dibuka dengan kuat. Justin masuk dan berkata dengan tenang, "Ialah Atirah." Semua orang terkejut, termasuk aku. Semua pandangan tertumpu pada Atirah yang berdiri dengan tenang di sudut bilik. Atirah tidak sempat menjawab, sebaliknya dia melepaskan tembakan ke arah Justin. "Maaf," katanya dengan suara yang tidak begitu terkesan, dan Justin jatuh rebah di depan pintu. Keadaan menjadi semakin kacau. Atirah cuba menembak Anita, tetapi Azmi dengan cepat menghalang tembakan tersebut. Amiliya yang sedang terkejut dengan kejadian itu tiba-tiba terjatuh ke atas lantai kerana terminum racun yang disembur oleh Atirah. Tembakan Atirah tidak didengari oleh sesiapa kerana dia telah memasang alat penggenap bunyi. Aku dengan pantas mengelak, namun tembakan itu tetap mengenai bahagian kaki aku. Aku jatuh ke lantai, kesakitan. Atirah memandang Justin yang kesakitan, dengan nada yang lebih tenang, berkata, "Pistol ini bukan bertujuan untuk membunuh." Dia kemudian membuka pintu dan melarikan diri. Ketika Atirah keluar, seseorang muncul dari bayang-bayang, meluru ke arah Atirah. Dengan pergerakan yang perlahan dan penuh keyakinan, Max merampas senjata yang dipegang Atirah. "Kau memang bijak, tapi kami lebih bijak daripada kau," kata Max sambil berpusing dan menyasarkan pistol pada Atirah. "Tembaklah," jawab Atirah sambil tersenyum lebar, seperti tiada apa yang dapat menggoyahkan kepercayaannya. Aku cuba menghalang Max, berlari ke arahnya dengan harapan dapat menghalang tembakan itu, namun Max tidak memperdulikan aku. Dia terus menekan butang picu pistol. Namun, pistol tersebut tidak mengeluarkan tembakan, dan Max terkejut. "Apa?" katanya dengan kehairanan, sambil menekan bicu pistol berulang kali. Max segera membuka slot peluru dan memeriksa isinya. Atirah hanya tersenyum dan berkata dengan tenang, "Aku dah kata. Pistol itu bukan bertujuan untuk membunuh." Pada ketika itu, lampu di dalam bilik terpadam buat seketika, mengubah suasana menjadi kelam. Apabila lampu menyala semula, Atirah sudah hilang tanpa jejak. Max menanyakan kami, "Adakah kamu semua selamat?" Justin yang kini berdiri dan meraba bajunya berkata, "Ya, kerana baju ini lah aku selamat." Dengan wajah yang penuh tanda tanya, Justin bertanya pada Kai, "Ke mana arah Atirah pergi?" "Ke arah taman," jawab Kai menerusi alat komunikasi. Max kemudian menerima laporan dari Kai yang mengatakan bahawa seseorang sedang menuju ke arah bilik pengetua. "Rupanya si penjubah ada dua," kata Justin, dengan nada yang sedikit terkejut. "Kami terpecah. Aku dan Max akan pergi ke dalam bilik pengetua. Justin dan Azmi, kalian pergi cari Atirah. Anita, kau hantarkan Amiliya ke bilik rawatan." Keempat-empat kami bergerak pantas ke arah tugas masing-masing, dengan hati yang penuh dengan kebimbangan dan tekad untuk menyelesaikan misteri ini sebelum terlambat. Apabila kami tiba di hadapan bilik pengetua, kami mendapati pintu terkunci dari dalam. Tanpa berfikir panjang, Max mengeluarkan pedangnya dan mula mencongkel pintu untuk membukanya. Begitu pintu terbuka, pemandangan di dalam bilik itu mengejutkan kami¡ªseorang lelaki berjubah sedang mengacukan pistol ke arah pengetua yang terduduk, dengan kaki berlumuran darah akibat tembakan. Max melangkah masuk dengan cepat dan menegur lelaki berjubah itu, ¡°Apa yang kau buat?¡± Penjubah itu memalingkan muka ke arah kami, matanya tajam seperti pisau, sebelum tiba-tiba berlari pantas menuju ke tingkap. Max cuba menghubungi Kai menggunakan alat komunikasi, namun seakan-akan alat itu sudah rosak dan tidak berfungsi. Tanpa membuang masa, Max menoleh ke arahku dan berkata, ¡°Kau jaga pengetua. Aku akan kejar dia.¡± Aku mengangguk, kemudian berlari ke sisi pengetua, sementara Max melompat keluar dari tingkap mengejar lelaki berjubah itu. Dari dalam bilik, aku melihat mereka berlari dengan pantas, melompat dari satu bumbung ke bumbung yang lain di atas sekolah. Kejar-mengejar mereka semakin jauh dari pandangan, tetapi ketegangan dalam bilik itu tetap terasa, seakan-akan masa berhenti sejenak. Aku bertanya kepada pengetua, "Apa yang berlaku?" Pengetua menoleh sedikit dan menjawab dengan suara yang berat, "Kau tidak layak mengetahuinya." Aku tidak berputus asa dan bertanya lagi, sambil melangkah ke arahnya, "Kenapa pengetua tidak mahu memberi tahu kami segalanya tentang sekolah ini? Kalau pengetua memberitahu kami, kami boleh menolong pengetua." Saat aku berjalan mendekat, aku tanpa sengaja terpijak perangkat yang ditinggalkan oleh lelaki penjubah tadi. "Nanti! Hati-hati, jangan datang dekat!" jerit pengetua dengan nada yang agak cemas. Namun, terlambat¡ªkaki aku terkena peluru beracun yang dilancarkan dari perangkat itu. Rasa sakit yang tajam menyusup ke dalam tubuhku, membuat aku terhuyung-huyung dan terpaksa bersandar pada dinding sebelum akhirnya rebah. Tanganku dan kakiku kehilangan deria, dan aku tidak mampu bergerak mahupun berjalan. Pengetua memandangku dengan penuh keprihatinan dan berkata, "Aku sudah pesan supaya jangan mendekati ku." Dia melihat aku dengan serius dan menambah, "Nampaknya kesan ubat itu akan hilang dalam beberapa jam." Aku cuba bertanya dengan suara yang lemah, "Apa tujuan sekolah ini dibina? Boleh bagitau saya semuanya?" Pengetua merenung ke arahku dengan pandangan yang sukar dibaca, lalu menjawab, "Kamu sama macam Amiliya. Sebenarnya, tujuan aku mencipta sekolah ini adalah kerana aku mahu supaya para pelajar dapat melupakan masalah yang mereka hadapi."The narrative has been illicitly obtained; should you discover it on Amazon, report the violation. Aku mengerutkan dahi, masih bingung dengan jawapan tersebut, lalu terus bertanya, "Pengetua, apa yang ada di sebalik Blok 7?" Pengetua menghela nafas panjang, dan dengan wajah yang penuh ketegangan, dia akhirnya berkata, "Baik, memandangkan sudah sejauh ini, aku akan ceritakan kesemuanya. Sekolah ini adalah gabungan antara dua sekolah¡ªSekolah Permata Mutiara dan Akademi Mutiara Bersinar. Sekolah Permata Mutiara adalah tempat tinggal anak-anak yatim piatu, sementara Akademi Mutiara Bersinar pula adalah tempat untuk mereka yang berbakat." Dia berhenti sejenak, seperti memikirkan kembali kisah yang ingin dia sampaikan, sebelum menyambung, "Pada suatu hari, aku berjaya menemui ubat yang dikatakan dapat membantu memulihkan sel badan manusia. Jadi, untuk menguji ubat tersebut, aku bekerja sama dengan pihak SCI. Pihak SCI mengambil beberapa orang pelajar dari Sekolah Permata Mutiara untuk dijadikan bahan uji kaji. Mereka memilih pelajar yang malang nasibnya¡ªseperti kehilangan kaki, tangan, atau mempunyai sel badan yang lemah. Pelajar-pelajar ini dipilih dengan harapan kehidupan mereka akan menjadi lebih baik setelah menjalani ujian tersebut. Tapi malangnya, alat yang kami gunakan untuk menguji ubat itu mengalami kerosakan, dan eksperimen itu menyebabkan pelajar-pelajar yang diuji berubah menjadi makhluk yang ganas. Hanya tiga orang yang berjaya bertahan dan terselamat. Kami terpaksa mengurung mereka dalam penjara, berharap mereka dapat dipulihkan semula. Namun, seseorang membebaskan mereka, dan markas kami diserang oleh pengganas. Kami tidak mampu melawan mereka, jadi kami memutuskan untuk meletupkan markas tersebut." Pengetua berhenti sebentar, menatap aku dengan pandangan yang serius. "Selepas itu, Squak IV menjumpai beg yang mengandungi data-data berkaitan ubat tersebut. Mereka memberikannya padaku, dan aku harus menyimpannya dari tangan pengganas. Aku rasa simpati dengan Sekolah Permata Mutiara yang menjadi mangsa letupan itu, jadi aku bercadang untuk membina sekolah yang dapat menggantikan tempatnya." Wajah pengetua berubah sedikit suram. "Namun, Ibu Amiliya menghalang aku. Dia takut aku akan melakukan ujian yang sama terhadap pelajar di sekolah ini. Dia meminta bantuan SCI, tetapi entah bagaimana, tempat dia bekerja meletup. Apabila akademi ini akhirnya siap dibina, pihak Squak IV menempatkannya di satu lokasi yang sangat rahsia. Nama tempat itu ialah Blok 7." Pengetua mengerutkan dahi, seolah-olah teringat sesuatu yang penting. "Sekarang, aku harus mengetatkan lagi kawalan di Blok 7 kerana baru-baru ini ada orang cuba menceroboh masuk ke sana. Aku tak boleh biarkan ia jatuh ke tangan yang salah." Aku terdiam, merenung pengetua dengan perasaan yang bercampur baur. Segala yang aku dengar terasa begitu berat, dan aku mulai faham kenapa sekolah ini wujud dan apa yang sebenarnya sedang berlaku di balik tabirnya. Aku mengeluarkan surat yang Amiliya tulis dan memandang pengetua dengan serius. "Adakah pengetua tahu tentang maksud yang ditulis di dalam kertas ini?" Pengetua mengerutkan dahi, kelihatan agak terkejut. "Apa yang ditulisnya?" tanyanya, nampaknya tidak sabar untuk mengetahui isi surat tersebut. Aku membuka surat itu dan membaca dengan perlahan, "Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama." Pengetua mengambil surat itu dan melihatnya sejenak, kemudian berkata dengan suara yang penuh perasaan, "Itu tulisan ibu Amiliya, seperti yang aku agak. Dia masih hidup." Dia tersenyum sinis dan ketawa pelahan, "Aku... tak sangka dia masih lagi hidup." Aku memandang pengetua dengan pandangan tajam dan bertanya lagi, "Pengetua tahu apa maksudnya?" Ketawa pengetua perlahan-lahan mereda. Dia berhenti sejenak, wajahnya kembali serius. "Ya, sekarang aku tahu. Pengganas itu akan menyerang sekolah ini untuk mendapatkan beg itu. Tapi pasukan BlackAlpha¡ªyang sebelum ini dikenali sebagai SCI¡ªsudah bersedia menunggu kedatangan mereka. Di setiap Blok 7, mereka sentiasa menjaga tanpa mengira siang atau malam." Suasana dalam bilik itu menjadi tegang, dan aku dapat merasakan betapa seriusnya situasi yang sedang kami hadapi. Pengetua kelihatan lebih tenang dari sebelumnya, tetapi aku tahu, dia juga mempersiapkan diri untuk kemungkinan yang lebih buruk. Selepas itu, Justin, Natsumi, dan Azmi datang menghampiriku. "Kau tak apa-apa ke Hazrul?" tanya Justin, nada bimbang jelas terdengar. "Tak, cuma kaki aku terkena peluru beracun," jawabku dengan tenang, walaupun rasa sakit mulai menghantui. "Nampaknya, Atirah berjaya melarikan diri," kata Azmi dengan nada sedikit kecewa. Kemudian, Natsumi mengeluarkan sejenis ubat penawar dan memberikannya kepadaku. Setelah menelan ubat itu, tubuhku mula terasa lebih ringan, dan aku dapat merasakan pergerakan kembali ke dalam badanku. Natsumi kemudian menguruskan untuk menghantar pengetua ke bilik rawatan, memastikan keadaan semua orang terkawal. Aku bertanya kepada Azmi, "Di mana Anita?" Azmi menjawab, "Dia berada di bilik rawatan, menemani Amiliya." "Jadi Atirah ialah si penjubah itu?" tanyaku, mengingat kejadian tadi. Justin membalas, "Aku tak rasa dia jahat, sebab dia sempat meminta maaf sebelum menembakku." Azmi pula berkata, "Mungkin dia dipaksa." Ketika itu, Justin menerima laporan daripada Kai. "Justin, aku sudah tahu di mana lokasi Atirah." "Dimana?" tanya Justin, kelihatan teruja. Kai menjawab, "Di hutan, sepertinya dia mahu pergi ke Blok 7." "Baik, kami akan pergi kesana," kata Justin, siap untuk bertindak. Tiba-tiba Kai berkata dengan tegas, "Nanti dulu. Seperti Anis dalam bahaya." Aku menatap Justin, lalu berkata dengan penuh semangat, "Kita kena berpecah. Azmi, kau pergi tolong Anis. Aku dan Justin akan menghalang Atirah." Azmi menggenggam tangannya dengan erat dan berkata, "Aku takkan membiarkan Anis dalam bahaya lagi." Azmi bergegas pergi untuk membantu Anis, manakala aku dan Justin berlari menuju ke arah Atirah, dibantu oleh Kai melalui alat komunikasi. Kami berlari menuju ke arah Blok 7 dan tiba-tiba ternampak Atirah terbaring di atas tanah, tubuhnya berlumuran darah akibat tikaman. Dengan wajah cemas, Justin segera bertanya, ¡°Apa yang terjadi kepada kau, Atirah?¡± Atirah menjawab dengan suara lemah, ¡°Seseorang menikam aku dari belakang. Aku tak tahu siapa¡ Maaf, Justin, sebab aku pernah cuba untuk membunuh kau.¡± Aku, yang sedang memegang tubuhnya, bertanya dengan rasa kecewa, ¡°Kenapa kau sanggup mengkhianati kami?¡± Dia menatap aku dengan mata yang sayu, ¡°Aku terpaksa mengkhianati kalian¡ Kalau tidak, ibu bapa aku akan dibunuh. Tapi semua sudah terlambat¡ mereka sudah pun tiada.¡± Aku dan Justin terdiam, terkejut mendengar apa yang dikatakannya. Dengan sisa-sisa tenaganya, Atirah melanjutkan, ¡°Jika aku tidak menemukan di mana beg NPV itu, aku juga akan dibunuh¡ Tapi aku gagal.¡± Suaranya semakin perlahan, dan dia menggenggam tanganku dengan erat. ¡°Aku tak menyesal pernah bersama kamu semua. Setiap detik dalam Kelab Misteri sangat berharga.¡± Tak lama kemudian, Natsumi tiba, tergesa-gesa memberikan penawar, tetapi ia sudah terlambat. Atirah memandangnya dan berkata lembut, ¡°Tak perlu, jangan buang penawar itu. Biarkan aku begini.¡± Dengan nafas terakhir, Atirah menatap aku dan mengucapkan sesuatu yang mengejutkan. ¡°Sebenarnya¡ aku sukakan kau, Hazrul.¡± ¡°Apa?¡± Aku terkejut mendengar kata-katanya. ¡°Saat pertama kali kita bertemu¡ aku sudah suka, tapi tugas aku menghalang semuanya.¡± Suaranya makin lemah. ¡°Kalau boleh, aku mahu sentiasa ada di sisi kau.¡± Saat nafasnya berhenti, daun-daun di sekeliling berguguran. Justin dan Natsumi berdiri di situ, turut merasakan kesedihan mendalam atas kehilangan Atirah. Namun tiba-tiba, suara dingin datang dari atas pokok. ¡°Sedih betul aku dengar cerita korang.¡± Kami mendongak dan terlihat seorang lelaki bertopeng berdiri di dahan, sebelum dia melompat turun dan mendekati kami dengan senyum sinis. ¡°Aku dah pesan supaya hati-hati dengan Atirah, kan, Justin?¡± Justin membalas dengan nada sinis, ¡°Apa sebenarnya tujuan kau lindungi Anis?¡± Sang bertopeng menggeleng perlahan, ¡°Jangan berlagak penyelamat, Justin. Hanya aku tahu apa masalah Anis yang sebenar.¡± Dia melangkah mendekati kami dengan tenang, sambil berkata, ¡°Lagi pun, Raimundor mati kerana kau juga.¡± Dia ketawa perlahan, menghantar gelombang marah di wajah Justin. Justin mendengus. ¡°Kau silap! Raimundor tak mati kerana aku. Dia berkorban untuk lindungi kami semua.¡± Natsumi, yang ada di situ, mula mengingat sesuatu tentang Raimundor, seorang pejuang yang tak kenal takut. Max dan Azmi tiba tepat pada waktunya, memandang kami yang masih terkesan oleh kata-kata bertopeng itu. ¡°Baiklah, kalau dia seorang pahlawan, aku nak tengok dia di akhir dunia nanti,¡± kata lelaki bertopeng sambil menghilangkan diri ke dalam bayangan malam. Max mendekati kami, menyesal. ¡°Si penjubah itu terlepas¡¡± Azmi pula menambah, ¡°Rakaman tergendala, tak sempat kita jejak semua.¡± Tak lama kemudian, Kai cuba menghubungi melalui radio, ¡°Maaf semua, beberapa rakaman tak berfungsi tadi. Jadi aku tak tahu apa yang berlaku sepenuhnya.¡± Setelah peristiwa itu, Atirah dikebumikan bersama ibu bapanya. Kelab Misteri terpaksa dibubarkan, dan kami semakin memahami rahsia sekolah ini, Blok 7, dan sejarah BlackAlpha. Kami melawat kubur Atirah, memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya. Hari-hari selepas itu kembali seperti biasa¡ tetapi dalam hati kami, Atirah dan segala pengorbanannya takkan pernah dilupakan. ¡°Atirah, nampaknya menderita dengan teruk dan dia kehilangan ibu bapa.¡± ¡°Apa yang kau nak buat dengan dia?¡± tanya Natsumi. Sang bertopeng mendekat, ¡°Ini akan perlahan sel dalam badan dia.¡± Atirah disuntik oleh sesuatu seperti serum yang dibawa oleh sang bertopeng. ¡°Atirah tidak akan mati dengan mudah. Serum ini akan tingkatkan kekebalan tubuh dia dan dia akan menjadi seperti Anis. Ini ialah serum cubaan yang aku buat sendiri. Harap ini akan membantu dia dan Natsumi.¡± Natsumi berpaling, ¡°Tolong pindahkan Atirah ke organisasi atas.¡± Sebut Sang Bertopeng dengan perlahan dan hanya Natsumi yang memahaminya. Chapter 16 Kelab Dibubarkan HARI KEENAM BELAS Kejadian semalam telah menyebabkan kelab misteri dibubarkan. Pihak sekolah menutup kemalangan yang terjadi pada Atirah dan segala hal yang berkaitan dengannya turut ditutup. Semua yang terlibat atau mengetahui tentangnya kini berada dalam pemerhatian ketat oleh pihak sekolah. Kawalan di Blok 7 semakin diperketat. Amiliya, yang masih terkejut, terbaring di atas katil ditemani Anita. Seolah-olah pihak sekolah, atau lebih tepat lagi Akademi Putra, bertekad menyembunyikan segala perkara aneh yang berlaku. Semasa waktu rehat, aku memutuskan untuk berjumpa Kai di makmal komputer. Setelah mengetuk pintu, aku masuk dan melihat Kai sedang menatap layar komputer dengan serius. Aku menghampirinya dan bertanya tentang kejadian semalam. "Hey, Kai, apa sebenarnya yang terjadi?" tanyaku. Kai menoleh, sejenak merenungku, lalu menjawab, "Sebenarnya, beberapa alat komunikasi mengalami kerosakan. Selain itu, rakaman juga tergendala pada beberapa waktu tertentu." Dia menunjuk satu demi satu rakaman yang tergendala di layar. "Rakaman ini tergendala masa kau dan Max pergi ke bilik pengetua. Jadi, aku tidak tahu apa yang berlaku di sana. Itulah sebabnya Justin dan yang lain lambat sampai." Dia meneruskan penjelasan, "Ini pula rakaman semasa Atirah cuba pergi ke Blok 7. Rakaman tergendala buat sementara waktu, dan kemudian baru kau dan Justin sampai ke lokasi itu." "Semasa di atas bumbung juga, rakaman yang ada semuanya rosak teruk. Jadi, itulah sebabnya Max kehilangan jejak." Kai menunjukkan satu lagi klip, "Dan ini, semasa Anis berjumpa dengan seseorang yang kalian semua panggil ¡®sang bertopeng¡¯. Dalam rakaman itu, sang bertopeng tidak mencederakan Anis, malah kelihatan seperti menolongnya. Tapi, apabila Azmi tiba, sang bertopeng menghilang dengan cepat. Siapa pun dia, pasti ada kaitan dengan Anis dan Azmi." Aku beralih ke pertanyaan lain yang mengganggu fikiranku. "Hey Kai, mana gambar yang kau cuba cerahkan tu?" Kai membuka fail tersebut dan menunjukkannya kepadaku. Wajah Atirah tampak jelas dalam gambar itu, seolah-olah dia hadir secara langsung di depanku. Ada sesuatu yang ganjil, lalu aku bertanya, "Kenapa rakaman yang ada Atirah tidak tergendala seperti yang lain?" Kai menghela nafas, seolah menyembunyikan sesuatu di sebalik jawapannya. "Mungkin ada yang berusaha menyembunyikan hal berkaitan dengan penjubah yang lain itu. Mereka mungkin punya alasan mereka sendiri." Kami berdua terdiam, masing-masing larut dalam pemikiran tentang apa yang sebenarnya berlaku di Akademi Putra. Saat aku melangkah keluar, sebuah pertanyaan terlintas di benakku, Kenapa pihak sekolah langsung tidak tahu tentangnya? Dengan penuh tekad, aku memutuskan untuk menemui pengetua di bilik rawatan. Sesampainya di sana, aku mengetuk pintu dan terdengar suara perbualan yang tegang. Ternyata, Amiliya sedang berbicara dengan ayahnya, dan tampaknya ada ketegangan antara mereka. "Kenapa ayah bubarkan Kelab Misteri?" Amiliya bertanya dengan nada marah dan kecewa. Ayahnya menghela nafas dan menjawab, "Ayah tak mahu lihat kamu dalam bahaya lagi. Kelab itu yang membuatkan kamu terjebak dalam risiko yang besar." Amiliya menoleh ke belakang, tetapi ayahnya dengan lembut memujuknya agar tenang. "Ayah¡ kenapa hal ini berkaitan dengan ibu?" Suaranya mulai bergetar. Ayahnya terdiam sejenak sebelum berkata, "Sudah-sudahlah mencari misteri yang berkaitan dengan ibumu. Dia sebenarnya masih hidup." Mata Amiliya membesar, terkejut mendengar pengakuan ayahnya yang tiba-tiba itu. "D-dia masih hidup? Dimana dia sekarang?" Amiliya bertanya, suaranya serak dengan harapan. "Semalam, dalam surat yang ditunjukkan oleh rakan kamu, ada maklumat yang menyatakan dia masih dalam pasukan SCI. Dia sedang menjalankan penyiasatan tentang organisasi hitam yang memerhatikan Akademi ini kebelakangan ini. Ayah yakin, dia akan pulang." Mendengar itu, Amiliya memeluk ayahnya dengan erat, menangis bahagia. Aku, yang merasa momen itu terlalu peribadi, memutuskan untuk berlalu tanpa mengganggu lebih lanjut. Bel loceng berbunyi, dan para pelajar mulai memasuki kelas masing-masing. Aku mengambil tempat dudukku, memandang sekeliling kelas yang sunyi dengan perasaan yang tenang. Beberapa saat kemudian, Kai muncul di sebelahku. "Hazrul, aku ada berita buruk," katanya, tampak kecewa. "Kelab Komputer dah tak benarkan aku guna komputer mereka lagi. Maaf." Aku menatapnya, terkejut. "Apa? Tanpa komputer, kita takkan dapat selidik apa yang terjadi pada rakaman yang tergendala itu!" Kai tersenyum simpul, seolah-olah cuba menenangkanku. "Tapi¡ semua dah selesai, kan? Kelab Misteri dah dibubarkan. Apa yang kita perlukan dah kita tahu. Misteri dah terbongkar. Lagipun, Blok 7 dah dikawal ketat oleh pihak tentera." This narrative has been unlawfully taken from Royal Road. If you see it on Amazon, please report it. Aku menggeleng, menolak pemikirannya. "Masih ada yang tak selesai, Kai. Aku dapat rasakan." Kai memandangku dengan serius, mendengar kata-kataku. Akhirnya, dia mengangguk perlahan. "Baiklah. Kalau kau betul-betul mahu aku bantu, cari saja sebuah komputer untuk aku gunakan." Dia melangkah pergi ke tempat duduknya, meninggalkan aku dengan pikiran yang masih bergelora, bersedia untuk menghadapi misteri yang masih menanti di Akademi Putra. Setelah waktu pelajar tamat, aku menemui Anis di taman. Dia sedang memandang kolam, terlihat seperti tengah merenung sesuatu yang mendalam. Aku mendekatinya, dan dia berpaling padaku. "Oh, awak, Hazrul," katanya, mengenaliku. Kami berjalan bersama, menikmati suasana taman. Dalam perjalanan, aku memberanikan diri untuk bertanya, ¡°Hey, Anis.¡± Dia menoleh padaku, tertarik. ¡°Ya, kenapa?¡± Aku mengingatkannya tentang surat yang diterimanya tempo hari. ¡°Awak ada sebut seseorang berikan surat pada awak, kan? Lalu awak pergi ke hutan. Sebenarnya, apa yang tertulis dalam surat itu?¡± Anis berhenti sejenak, seperti sedang berusaha mengingat kembali. ¡°Hmm¡ Isinya¡ Oh, saya ingat,¡± katanya akhirnya. ¡°Di situ tertulis, ''Datanglah ke hutan, Anis. Aku akan menunggumu. Dari sahabat lamamu''.¡± Dia menambahkan bahwa tanda tangan surat itu hanya berupa huruf ¡®G¡¯. Aku termenung. Kawan lama, dan huruf ¡®G¡¯. Pikiranku langsung tertuju pada sang bertopeng. Namun, siapakah dia sebenarnya? Ingin sekali aku menyelidik rekod ujian mereka untuk mencari petunjuk, tapi sayangnya, Kelab Komputer tidak mengizinkanku menggunakan komputer lagi. Aku kemudian menunjukkan surat yang diterima oleh Amiliya kepada Anis. ¡°Adakah surat ini serupa dengan yang awak terima?¡± tanyaku. Dia memeriksa surat itu dan menggeleng. ¡°Tidak, tulisan yang saya terima jauh lebih buruk dan tidak berdaya cipta. Yang ini nampak lebih cantik,¡± katanya. Aku mengangguk, membenarkan dugaanku bahwa surat Amiliya tidak berkaitan langsung dengan surat yang diterima Anis. Kami melanjutkan perjalanan, namun pikiran tentang kata-kata sang bertopeng di atas bumbung semalam terus menghantuiku, ''Hanya aku yang tahu apa masalah dia yang sebenar.'' Juga, pesan Anis di perpustakaan, ''Hati-hati, dimana awak melangkah mereka sentiasa memerhatikan awak.'' Rasa ingin tahuku memuncak, hingga aku tak bisa menahan diri lagi. ¡°Hey, Anis, apa maksud awak dengan ¡®di mana saya melangkah, saya sentiasa diperhatikan¡¯?¡± tanyaku. Dia berhenti, lalu berpaling padaku, sedikit ragu. ¡°Kalau saya beritahu, awak jangan gelak, ya.¡± Aku tersenyum, meyakinkannya. ¡°Ya, baiklah.¡± Dia menghela nafas dan berkata sambil menoleh ke sisi, ¡°Sebenarnya, saya ada dua kelebihan hasil dari ujian itu¡ªluka cepat sembuh dan penglihatan mata yang tajam. Dan disebabkan penglihatan saya yang sangat tajam, saya boleh¡ nampak ¡®hantu¡¯.¡± Aku tersenyum kecil, nyaris tertawa, tapi berusaha menahan. Aku tahu dia serius, walau kedengarannya sulit dipercaya. Melihatku, dia tersenyum sedikit, mungkin mengenang masa lalu. ¡°Sudah, mari kita pergi,¡± katanya, kembali berjalan sambil mengajakku. Aku terus memandangnya, rasa ingin tahuku makin dalam. Siapa yang telah membuat Anis melupakan semua peristiwa lamanya? Di tengah perjalanan, aku bertanya lagi, ¡°Jadi, itu sebabnya awak menjauhkan diri? Sebab awak boleh nampak hantu?¡± ¡°Ya,¡± balasnya singkat, tanpa ragu. Aku ingin tahu alasan lain mengapa dia tidak ingin bertemu denganku, tapi dia hanya diam, enggan memberitahu. Aku merasa pasti, masih ada misteri yang belum terpecahkan. Aku menggenggam surat Amiliya dengan erat, bertekad untuk terus menyelidik dan menemukan kebenaran di balik setiap petunjuk ini. Saat senja tiba, aku berdiri di atas jambatan, menatap kolam dengan penuh fikiran. Langit memudar, dan bayangan matahari yang hampir hilang menambah keheningan. Tiba-tiba, Max muncul di sebelahku, memecahkan kesunyian. "Sudah puas mencari misteri yang ada?" tanyanya, suaranya tenang namun penuh maksud. Dia berdiri bersandar di pagar jambatan, memandang ke arah kolam. Aku menghela nafas dan menjawab, "Belum. Aku masih tertanya siapa sebenarnya sang bertopeng itu, dan kenapa dia memberi amaran padaku." Max mengangguk sambil memandangku, ekspresinya serius. "Aku tidak tahu siapa dia sebenarnya. Tapi, waktu aku bertemu dengannya, aku dapat rasa dia bukan lawan yang mudah. Pedangnya... mirip dengan pedang ketuaku." Aku tersentak mendengar ini. "Max, adakah kau tahu siapa Raimundor?" Max terdiam sejenak, seolah tenggelam dalam memori lama. "Raimundor? Dia seorang pahlawan pedang yang hebat. Dialah yang mengajar aku cara bermain pedang. Tapi dia sudah pergi... masuk ke dalam cahaya, meninggalkan kami. Dia memang luar biasa." Langit berubah gelap, dan Max mengajakku pulang. Dia mulai berjalan, tetapi aku tetap berdiri di sana, meremas surat Amiliya di tanganku, berusaha mencari petunjuk terakhir. Dalam keputusasaan, aku membaling surat itu ke udara. Namun, saat kertas itu terayun, cahaya terakhir matahari menyingkap sesuatu di atasnya. ¡°Eh! Apa ni?¡± Aku menatap surat itu dengan terkejut. Di situ, tersingkap tulisan rahsia: "Hati-hati. Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama seperti Akademi Mutiara Bersinar bila menjelang Hari Terasing." Max yang mendengar keterkejutanku, segera berbalik. "Apa yang kau baca?" Aku menunjukkan kepadanya tulisan itu, dan wajahnya segera berubah serius. "Hari Terasing... Aku tahu apa maksudnya. Hari Terasing ialah hari di mana semua alat komunikasi tidak berfungsi. Dan pada masa itulah..." Aku menyambung, "Hari di mana Akademi ini akan diserang." Max kelihatan gelisah. "Jadi, askar yang mereka hantar selama ini cuma pengintai, askar yang rela mati untuk mencari titik lemah di sekolah ini. Bila hari itu tiba, mereka akan datang dengan kekuatan penuh." Aku terkenang mimpiku¡ªmajlis hari jadi pengetua diserang oleh sekumpulan orang, dan di antara mereka, seseorang ketawa dengan nada jahat yang menusuk hati. Mimpi itu terasa semakin nyata. Max menatapku dengan penuh kesungguhan. "Kawanmu, Kai, mungkin tak nak terlibat dalam hal ini," katanya perlahan. "Ya," aku mengakui. "Dia sudah bilang padaku dia tak punya komputer untuk meneruskan siasatan ini." Max berpikir sejenak sebelum mengangguk. "Aku akan usahakan komputer baru untuknya. Kita perlu dia dalam pasukan kita. Tanpanya, kita lemah. Dan lagi satu," katanya, hampir berbisik, "ini bukan lagi tentang siasatan. Ini tentang melindungi sekolah ini... melindungi dunia sebelum Hari Terasing tiba." Max pun berjalan meninggalkanku, dan aku berdiri di sana, ditemani bayangan matahari yang hampir menghilang. Pada malam itu, aku bermimpi lagi. Mimpi yang semakin jelas, semakin nyata. Aku melihat kawan-kawanku, satu demi satu, pergi. Di dalam kegelapan itu, dunia terasa kosong, dan aku hanya tinggal sendirian. Chapter 17 Isabella dan Max Bandar HARI KETUJUH BELAS Pada malam ketujuh belas itu, aku mengalami mimpi yang sama, namun kali ini lebih jelas, seolah-olah bayangannya semakin nyata, mengingatkanku pada sesuatu yang hampir terlupakan. Pagi datang, dan bunyi jam loceng membangunkanku. Aku tersentak, mendapati tubuhku basah dengan peluh. Dengan cepat, aku bangun dari katil dan mengemas tempat tidurku. Sinar matahari pagi menyelinap masuk melalui tingkap, memberikan kehangatan yang seakan menyapa. Aku menghela nafas, menyedari betapa cepatnya masa berlalu sejak aku sampai di sini. Sebelum menuju ke kelas, aku singgah di perpustakaan. Setibanya di sana, aku melihat Anis dan Shafikah sedang menyusun buku di rak. Aku mengetuk pintu perlahan. "Hi, boleh saya masuk?" tanyaku. "Masuklah," jawab Shafikah dengan senyuman ramah. Aku melangkah masuk dan memilih tempat duduk yang agak tersembunyi, tetapi masih cukup untuk memerhatikan mereka berdua. Aku melihat Shafikah sibuk menyusun buku sambil Anis menumpukan perhatian pada rak di sebelahnya. Setelah beberapa saat, Shafikah menoleh padaku. ¡°Hah, ada apa kau datang ke sini?¡± tanyanya, nada suaranya ingin tahu. ¡°Tak ada apa-apa,¡± jawabku sambil tersenyum. ¡°Aku cuma nak lihat-lihat perpustakaan ni sebelum kelas bermula. Lagipun, masih awal lagi.¡± Aku perasan Anis sekilas menjeling ke arahku sebelum kembali menyusun buku. Setelah beberapa buku lagi disusun, Shafikah berdiri di depanku, meregangkan badan dengan lega. ¡°Hais, leganya! Akhirnya selesai juga kerja aku,¡± katanya sambil duduk di hadapanku. Ketika Anis melangkah ke rak sebelah, aku mula berbisik kepada Shafikah. ¡°Hey Shafikah, adakah Anis tahu aku sebenarnya Amani?¡± tanyaku, sedikit bimbang. Shafikah tersenyum kecil, pandangannya lembut. ¡°Tak, dia belum tahu. Tapi lambat laun, dia pasti akan tahu juga.¡± Aku mengangguk perlahan, berasa lega tapi tetap sedikit risau. Kemudian, aku bertanya lagi, ¡°Sebenarnya, Anis ni kelab apa?¡± Shafikah menggeleng. ¡°Anis tak ada dalam daftar kelab. Maknanya dia memang tak memiliki kelab sekarang.¡± Aku menatap Shafikah dengan penuh minat. ¡°Tapi kau tahu tak, dulu dia pernah sertai kelab misteri?¡± Shafikah mengangguk, sedikit senyum terukir di wajahnya. ¡°Ya, sebab itulah aku tahu tentang BlackAlpha. Kau dah baca buku yang kau cari?¡± Aku mengangkat bahu. ¡°Ya, tapi buku tu taklah penting sangat pun.¡± Shafikah tersenyum, memandang ke arah Anis yang masih sibuk dengan rak buku. ¡°Apa pun, aku gembira melihat Anis senyum semula,¡± katanya lembut. Aku ikut memandang Anis, melihat sekilas ketenangan yang mulai kembali di wajahnya. Dalam keheningan perpustakaan, aku rasa seolah-olah ada misteri yang sedang terungkap sedikit demi sedikit, membawa aku semakin dekat pada rahsia di sebalik kisah Anis. Aku meminta diri untuk ke kelas, namun di perjalanan, aku tergerak hati untuk singgah di Kelab Misteri. Di pintu depannya, terdapat papan tanda usang bertulis: "Kelab ini dibubarkan, dah tak ada apa yang berlaku." Aku membuka pintu perlahan, mendapati ruang di dalam kelab itu sunyi dan kosong. Hanya habuk dan sawang labah-labah yang menghiasi setiap sudut. Aku melangkah masuk, kenangan hari pertama aku bergabung dengan kelab ini melintas di fikiran. Saat-saat itu sungguh bermakna. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi dari arah sudut bilik. Aku segera berpaling, dan, mengejutkan, seorang pelajar muncul dari timbunan kotak dan sampah di sudut tersebut. Rupa-rupanya, itu Isabella. Aku terkejut, namun segera bertanya kenapa dia berada di situ. ¡°Oh, kau Hazrul.¡± Dia tersenyum tipis sebelum melangkah mendekatiku. ¡°Apa yang awak buat di sini?¡± tanyaku, kehairanan. Isabella menjawab sambil tersenyum kecil. ¡°Saya mencari tempat sunyi untuk bertapa.¡± ¡°Bertapa?¡± Aku kehairanan. ¡°Ya,¡± balasnya, matanya bersinar-sinar. ¡°Saya mencari kesunyian untuk melakukan beberapa mentera sihir.¡± Baru aku teringat bahawa Isabella mempunyai bakat dalam perkara-perkara ghaib. Tertarik, aku bertanya, ¡°Adakah awak mampu menjauhkan penglihatan makhluk halus dari seseorang?¡± Isabella mengangguk. ¡°Ya, itu mudah aja bagi saya.¡± Aku mengambil kesempatan itu untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh Anis, yang kelihatannya memerlukan bantuan Isabella. Setelah mendengar ceritaku, dia memandangku dengan serius dan berkata, ¡°Bawa Anis ke sini waktu rehat nanti. Biar aku bantu dia.¡± Aku mengangguk setuju, bersyukur atas bantuannya. Sebelum aku melangkah keluar, aku teringat akan mimpi-mimpi aneh yang kerap menghantuiku akhir-akhir ini. Dengan penuh harapan, aku bertanya pada Isabella sama ada dia tahu maksud di sebalik mimpi-mimpi tersebut. Dia terdiam sejenak, merenung jauh seakan mencari jawapan. ¡°Mimpi boleh jadi petanda, atau cuma mainan tidur, Hazrul. Aku tak pasti apa makna mimpi kau, tapi berhati-hatilah. Kadangkala mimpi membawa kita kepada sesuatu yang belum kita fahami.¡± Kata-kata Isabella terus terngiang di benakku saat aku meninggalkan ruang kelab yang penuh misteri itu, bersiap sedia untuk berhadapan dengan hari ini di Akademi Putra. Setelah itu, kami berjalan menuju ke kelas bersama. Ketika sampai di depan pintu kelas, kami terdengar bunyi bising yang luar biasa, seperti ia datang dari dalam kelas kami. Aku membuka pintu perlahan dan melihat sekeliling kelas, namun keadaan di dalam kelas mengejutkan. Kesemua kerusi di kelas telah hilang, dan yang ada hanya satu susunan besar kerusi yang membentuk sebuah Istana. Aku menoleh ke belakang kelas dan ternampak Haikal sedang berdiri di situ, tersenyum bangga dengan hasil kerjanya. ¡°Weh, Haikal! Apa yang kau buat hah?¡± Lili bersuara, jelas kelihatan marah. Haikal yang masih bersemangat mengambil gambar dengan telefon bimbitnya dan menjawab dengan penuh keyakinan, ¡°Ini seni. Tengoklah ni.¡± Lili menggelengkan kepala, ¡°Yelah tu.¡± Kami berdua hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Haikal. Tanpa membuang masa, kami pun melangkah masuk ke dalam kelas. Tetapi tiba-tiba Haikal meluru ke arahku. ¡°Hazrul, pinjam telefon kau kejap.¡± Aku terkejut dan bertanya, ¡°Kenapa?¡± ¡°Adalah¡¡± Haikal mengelak, sambil terus memandangku dengan mata penuh harapan. Walaupun aku agak bingung, aku terpaksa memberikan telefonku. Aku tidak mahu menyusahkan, lagipun Haikal memang jarang meminta begitu. Tidak lama kemudian, Amiliya tiba di kelas. Dia kelihatan lebih segar dan sihat, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Ramai rakan sekelas bertanya kepadanya mengapa dia tidak hadir ke kelas semalam. Amiliya hanya tersenyum lemah dan menjawab dengan tenang, ¡°Oh, saya cuma demam biasa. Tak ada apa-apa yang serius.¡± Semua orang kelihatan percaya dengan penjelasannya, tetapi aku tahu hanya aku dan Kai yang tahu tentang kejadian sebenar. Kai pula tidak datang ke sekolah hari ini, mungkin ada urusan lain. Aku memerhatikan Amiliya dengan hati-hati, tetapi dia seolah-olah tidak mahu sesiapa tahu lebih lanjut. Aku berharap dia baik-baik saja, kerana kami semua terlibat dalam perkara yang jauh lebih besar daripada yang dapat dilihat oleh orang lain. Semasa waktu rehat tiba, aku segera mencari Anis. Setelah puas mencari, akhirnya aku menemui dia di sudut koridor. Tanpa banyak bicara, aku memegang tangannya dan membawanya pergi ke kelab Misteri. Anis kelihatan pelik dan bertanya, ¡°Kenapa ni, Hazrul?¡± Aku hanya menjawab, ¡°Tak ada apa-apa. Ikut aja.¡± Apabila kami sampai di pintu kelab, Anis tiba-tiba berhenti. ¡°Saya ingat tempat ni,¡± katanya, matanya kelihatan seperti mengenali kelab tersebut. Taken from Royal Road, this narrative should be reported if found on Amazon. Kami masuk ke dalam, dan Anis mula memandang sekeliling dengan teliti. Dia menyebutkan satu persatu tempat dan peralatan yang ada dalam bilik itu, seolah-olah dia pernah datang ke sini sebelum ini. Aku hanya mendengar, sedikit pelik dengan perasaannya. Tak lama kemudian, Isabella muncul dari belakang rak buku. Dia muncul dalam pakaian putih, seolah-olah seperti seorang hantu. Anis terkejut melihatnya dan secara spontan memegang tanganku. ¡°Apa yang berlaku ni?¡± tanya Anis dengan nada cemas. Aku cuba menenangkan Anis, ¡°Saya cuma cuba menghilangkan penglihatan mata yang awak alami tu.¡± Namun, Anis melepaskan tanganku dan berkata dengan tenang, ¡°Tak apa, Hazrul, Isabella. Saya boleh mengawal penglihatan mata ini. Tak perlu susah-susah.¡± Isabella, yang mendengar perbualan kami, hanya mengangguk dan berkata, ¡°Baiklah, kalau macam tu, tak ada apa-apa yang perlu saya buat.¡± Kemudian, Isabella kembali ke tempatnya dan membiarkan kami berdua keluar dari kelab Misteri. Di luar, Anis bertanya, ¡°Sebenarnya kenapa awak cuba menghilangkan penglihatan mata yang saya miliki?¡± Aku memandangnya dengan serius, ¡°Kerana saya risau kalau awak jadi trauma semula. Jika awak diserang lagi, saya mahu bersedia.¡± Anis tersenyum dan menjawab dengan tenang, ¡°Hazrul, awak tak payah risaukan saya. Saya bukan manusia yang lemah. Saya dah bagitahu awak yang saya mempunyai dua kelebihan. Jadi jangan risaukan saya lagi.¡± Dia mengukir senyuman, dan sekejap sahaja, dia sudah berjalan pergi menuju ke kelasnya. Aku hanya berdiri seketika, merenung ke belakang sebelum loceng berbunyi menandakan waktu kelas akan bermula. Selepas tamat waktu pembelajaran, aku berjalan pulang ke asrama dengan langkah yang santai. Ketika aku melalui jalan menuju asrama, seseorang menegurku dari belakang. "Hey, Hazrul!" Aku berpaling dan nampak Max sedang berlari mendekatiku. "Ada apa?" tanyaku. "Hari ini aku nak keluar ke bandar. Jadi, aku mahu mengajar kau satu benda," jawab Max sambil tersenyum lebar. "Bukan ke kita tak dibenarkan keluar kecuali waktu cuti?" balasku. "Ya, memang macam tu. Tapi aku ada satu cara yang membolehkan kita keluar," jelas Max dengan senyuman nakal. Aku agak terkejut dengan kata-katanya, tapi memutuskan untuk ikut sahaja. Kami berdua menuju ke pintu pagar sekolah. Perjalanan kami melalui kawasan sekitar begitu indah, dengan suasana yang terasa lebih tenang berbanding hari pertama kali aku masuk ke Akademi Putra. Setibanya di pintu pagar, seorang pengawal keselamatan mendekati kami. "Apa tujuan kamu berdua datang ke sini?" tanya pengawal itu dengan suara garang. Max berjalan mendekati pengawal tersebut, dan berkata dengan santai, "Hi, kenal aku lagi tak?" Pengawal itu terkejut dan jawab, "Oh, awak Max, ya. Lama tak jumpa." Mereka seolah-olah sudah kenal lama, bercakap-cakap tentang perkara yang aku tak tahu. Kemudian Max bertanya, "Boleh kami keluar dari sekolah ni?" Pengawal itu menjawab dengan tegas, "Tak boleh." Namun, Max kemudian mengeluarkan sejumlah wang dari poketnya dan mengayunkannya sedikit di depan pengawal itu. "Boleh kan?" Max berkata sambil tersenyum sinis. Pengawal itu kelihatan teragak-agak, tetapi setelah beberapa saat, dia akhirnya mengambil wang itu. "Tengok ni, banyak duit ni," kata Max sambil membelek-belek wang yang diberikan Max. "Ya ya, baiklah. Kamu berdua boleh pergi," kata pengawal itu akhirnya, sambil menerima wang tersebut. Max tersenyum puas. "Terima kasih," katanya, dan kami berdua mula berjalan keluar dari pagar sekolah. Sebelum kami benar-benar meninggalkan kawasan sekolah, pengawal itu sempat memberi pesan, "Hati-hati kalau kamu tak pulang dengan selamat. Aku yang akan bertanggungjawab." Max hanya tersenyum dan membalas, "Tak ada apa, kami akan pulang." Dia berjalan mengundur sambil memberi isyarat tangan, dan kami akhirnya meninggalkan sekolah untuk keluar ke bandar. Di bandar, aku akhirnya bertanya kepada Max tentang kenapa dia mengajakku keluar. "Kenapa kau ajak aku?" tanyaku, masih terkejut. Max melihat ke arah sebuah kedai komputer yang terletak di seberang jalan. "Haa, itu kedainya," katanya sambil menunjuk. Aku memandang papan tanda kedai yang tertera ¡®Kedai Komputer Terkemuka¡¯. Aku mengalihkan pandanganku kepada Max, "Tentu kau kesini untuk beli komputer dan hadiahkan pada Kai, kan?" Max hanya tersenyum sambil melangkah masuk ke kedai. "Yup, memang pun." Kami masuk ke dalam kedai yang dipenuhi dengan komputer canggih dan mahal. Aku tercengang melihat teknologi yang ada. Sesekali, aku bertanya pada Max tentang bagaimana dia memperoleh wang yang banyak ini. "Oh, duit ni sebenarnya elaun dari kerajaan. Kami pernah menyelamatkan negara dari ancaman kemusnahan. Jadi, kerajaan bagi ganjaran dalam bentuk kad ni," jelas Max sambil menunjukkan kad yang dimilikinya. "Dalam kad ni ada wang yang banyak." Aku terkejut mendengarnya. "Oh, jadi sebab tu ya?" "Yup," jawab Max, mengangguk. Sambil melihat-lihat barang di kedai, aku bertanya lagi. "Hey Max, tugas apa yang kau buat sampai kerajaan beri ganjaran banyak macam ni?" Max kelihatan sedikit teragak-agak, tetapi kemudian dia menjawab. "Tugas tu rahsia. Kami dah lama lupakan apa yang berlaku masa tu dan gambaran peristiwa tu." Aku bertanya lagi, "Boleh tak kau perkenalkan aku dengan kawan-kawan kau?" Max tersenyum lebar. "Ya, sudah tentu. Semakin ramai orang, semakin mudah untuk melawan mereka." Aku terfikir sebentar, lalu bertanya, "Max, kalau hari terasing tu tiba, apa yang kita perlu buat?" "Kita kena kumpulkan barang-barang penting sebelum hari tu tiba dan pastikan komputer ni kuat. Khas untuk Kai," jawab Max dengan tegas. Aku terdiam seketika, memikirkan kata-kata Max. "Macam mana kau kenal Kai?" "Justin dan Natsumi yang perkenalkan dia pada aku," jawab Max sambil melirik ke arah komputer yang sedang dipilihnya. "Ooo..." balasku, menyedari bahawa perkenalan mereka cukup kuat dan saling berkait. "Baiklah, sudah selesai beli barang, mari kita pulang," kata Max sambil memandangku. "Tapi, Max, kenapa aku yang kena pegang semua ni?" aku bertanya, keletihan membawa barang-barang yang dibeli. Max tersenyum lebar, "Kalau aku pegang, susah nanti untuk aku bertarung. Jadi, kau yang kena pegang dulu." Aku hanya mengangguk, walaupun dalam hati sedikit kecewa. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah kafe yang kelihatan sibuk. Udara di dalamnya berbau harum dengan pelbagai jenis makanan dan minuman. Kami memilih meja di sudut, dan tidak lama selepas itu, pesanan makanan kami tiba. Aku mula makan dengan gelojoh, lapar setelah seharian berjalan. Max memandangku dengan tatapan yang aneh. Aku berhenti makan seketika dan memandangnya. "Ada apa, Max?" tanyaku. "Tak, tak ada apa-apa," jawabnya cepat, namun aku dapat merasakan ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. Setelah beberapa saat, Max bertanya lagi, "Hazrul, kalau aku ajar kau cara bertarung, kau berminat tak?" Aku terkejut mendengar pertanyaan itu. "Untuk apa?" balasku, bingung. Max menghembuskan nafas dan memandangku dengan serius. "Aku lihat kau ni macam penakut je. Jadi sebelum hari terasing tu tiba, aku nak ajar kau cara bertarung. Supaya kau dapat melindungi diri sendiri dan orang lain." Aku terdiam seketika, merenungnya. Aku baru saja selesai mengunyah makanan dan menjawab, "Baiklah, bila kita mula?" Max tersenyum, "Cuti hujung minggu, kita mula. Kau bersedia?" Aku mengangguk perlahan, merasakan ada sesuatu yang penting sedang menanti di hadapan, dan aku tidak mahu terlepas peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Tak lama selepas itu, suasana di kafe yang tenang bertukar kecoh apabila pintu kafe tiba-tiba terbuka dengan keras. Seorang lelaki yang memakai topi ski hitam dan berwajah serius melangkah masuk. Di belakangnya, beberapa perompak lain turut muncul, memegang senjata dengan wajah menakutkan. "Serahkan pada kami semua wang yang kamu ada!" teriak lelaki itu dengan suara garang, membuatkan semua pelanggan dalam kafe terdiam kaku. Aku segera menoleh kepada Max yang duduk di sebelahku, wajahnya kelihatan tenang. Tanpa berkata apa-apa, Max memandangku dan tersenyum sedikit. "Lihat kemahiran yang aku ada," katanya, sebelum dengan pantas mengeluarkan pedangnya dari sarungnya yang tersembunyi di bawah jaket. Aku terkejut. "Pedang?" aku hanya mampu berbisik, namun dalam sekelip mata, Max sudah melangkah ke hadapan, menghadap para perompak dengan penuh keyakinan. Dengan kelajuan yang luar biasa, Max menghayunkan pedangnya, bergerak begitu pantas dan tepat. Satu demi satu perompak yang cuba menyerang jatuh terpelanting ke lantai. Aku hanya mampu menyaksikan dengan takjub, bagaimana Max mengalahkan mereka dengan gerakan yang begitu cekap dan berseni. Tiada seorang pun yang dapat menahan kemahiran bertarungnya. Dalam beberapa minit sahaja, kesemua perompak telah terbaring di atas lantai, tidak berdaya. Max memasukkan pedangnya kembali ke dalam sarung dengan tenang, seolah-olah apa yang baru sahaja berlaku adalah perkara biasa. Dia berjalan kembali ke meja kami dan duduk. "Tengok, kan aku dah kata susah bagi ku untuk berlawan jika aku memegang barang," kata Max sambil tersenyum kepadaku. Aku terdiam seketika, kemudian tidak dapat menahan perasaan kagum. "Kau! Memang hebatlah!" kataku penuh semangat, jantungku masih berdegup kencang akibat kejadian tadi. Max hanya tersenyum, mengangkat bahu. "Perkara kecil aja," jawabnya ringkas, seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa yang luar biasa. Tetapi aku tahu, apa yang baru saja dia lakukan bukanlah perkara kecil. Apabila kami tiba di pintu pagar, pengawai keselamatan itu kelihatan seperti sudah menunggu kami. "Ohh, sampai juga kamu berdua," katanya sambil memandang kami dengan senyuman. Max yang berada di sebelahku segera bertanya, "Kau takkan bagitau Pengetua, kan?" Pengawai itu menggelengkan kepala dan menjawab dengan tegas, "Tak," sambil membuka pintu pagar untuk kami keluar. Setibanya kami di dalam, mataku tertumpu pada kamera keselamatan yang terletak di beberapa penjuru. Aku berhenti seketika dan memandang Max. "Max, suruh pengawai tu balikkan rakaman pada masa Max kejar penjubah itu," kataku, merancang untuk melihat apa yang berlaku. Pengawai itu mengangguk dan mula memutarkan rakaman dari kamera keselamatan. Kami melihat dengan teliti, tetapi seolah-olah rakaman itu berjalan lancar, tanpa ada gangguan. Kawasan bumbung kosong terlihat jelas di skrin. Aku memberi arahan lagi, "Cuba undur sedikit, waktu Atirah berjalan ke Blok 7." Tetapi, sepertimana yang kami jangkakan, rakaman tetap berjalan tanpa gangguan dan tidak ada seorang pun yang muncul di skrin. Kami bertukar pandangan, dan Max akhirnya berkata, "Nampaknya semua rakaman telah diubah. Itu sebabnya pihak sekolah tak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku." Aku mengangguk perlahan, tetapi perasaan bimbang tetap menghantui. "Patut ke kita bagitau pihak sekolah tentang hari terasing?" tanyaku, masih teragak-agak. Max memandang aku dengan serius. "Tidak. Kalau mereka tahu, mesti akan ada masalah lain yang timbul. Sebaiknya, biarkan saja. Tak perlu kita libatkan mereka." Aku mengangguk, menerima penjelasannya. Kami terus berjalan menuju ke laman sekolah. Suasana di luar begitu tenang, namun hati kami berdebar-debar, tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Malam itu, ketika aku sedang bersiap untuk tidur, pintu bilikku tiba-tiba terbuka. Aku segera mendekati pintu dan mendengar suara dari luar. "Ini aku, Alif." Aku membuka pintu dan ternyata Alif berdiri di hadapanku. "Ada apa sebenarnya kau datang berjumpa aku?" tanyaku, agak terkejut. Alif memandangku dengan serius. "Sebenarnya kelab Muzik memerlukan dua orang ahli baru. Jadi, memandangkan kelab kau telah dibubarkan...," katanya sambil memerhatikan reaksiku. Aku terdiam sebentar, kemudian berkata, "Baiklah, aku akan sertai kelab kau." Alif tersenyum lebar dan kelihatan gembira. "Baguslah!" katanya dengan penuh semangat. "Aku yakin kau akan memberi banyak sumbangan kepada kelab ini." Aku hanya tersenyum kecil, tetapi dalam hati aku sudah memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya. Chapter 18 Kelab Muzik HARI KE LAPAN BELAS Hari ini aku ditawarkan untuk menyertai kelab muzik di Akademi Putra. Aku berjalan menuju pintu kelab dan mengetuknya perlahan. "Haa, kau Hazrul, marilah masuk." Alif menyambut dengan senyuman. Aku melangkah masuk, dan Alif memperkenalkan aku kepada ahli kelab yang lain. Keterangan Kelab: